memanjangkan nasihat...
"hidup kita cuma di dalam 3 hari:
semalam ~ sudah menjadi sejarah.
hari ini ~ apa yang sedang kita lakukan.
esok ~ hari yang belum pasti.
hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
hidup cuma dalam 2 nafas:
nafas naik.
nafas turun.
hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
hidup cuma ada 2 pilihan :
hidup dalam keredhaan Allah.
hidup dalam kemurkaan Allah.
hidup yang abadi cuma ada 2 tempat :
kekal di dalam neraka.
kekal di dalam syurga.
ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun iman. rukun iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha hebat. tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya, terjemahkan rukun islam yang 5 itu dan puncaknya adalah solat ... amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.
Isnin, 12 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 zmn org suka mengomen:
Benar bersyukurlah atas segala nikmat yang oleh Allah kurniakan utk kita.
salam.
sungguh berisi entri awak kali ini. melihat gambar orang seperti itu, terasa betapa bersyukurnya saya kerana diberikanNya anggota yang sempurna sifat dan kedudukannya.
terima kasih atas ingatan aok te..
gambar yang dipamir tu macam kartun cat dog pulak.
Terima kasih atas ingatan tu. Sgt berguna...
bersahaja tapi sungguh bermakna. t kasih.
betul ngat: "dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ..."
entri penuh makna..kdg2 kiter tak sedar akan keberuntungan yg kita perolehi
alhamdulillahh..sy berjaya menjadi follower echam ke 158..saya mengetahui blog ini dr piewahid...jemput ke blog sy..tenkiu :-)
menarik entry kali ni... :)
salam..
bersyukur apa yang kita dapat
kita rasa kita susah,realiti
ramai diluar sana lagi susah..he he
Salam...
Keimanan dan kesyukuran adalah lambang darjat ketakwaan yang tinggi di sisi Allah SWT. Insan yang bersyukur di atas segala limpahan nikmat telah dijanjikan oleh Allah SWT keselamatan kehidupan di dunia dan akhirat
... semoga Allah tiada membolak-balikkan jiwa2 kita sekalian
assalamualaikum:
akuanakpahang: sifat manusia mudoh lupa dan sokmo ingin memiliki kesenangan yang orang lain perolehi sampai kita lupa nok bersyukur pada apa hok kita ander
abg al-lavendari: teringat mula-mula jumpa orang tak berkaki separas pinggang dok guna papan lunsur meminta sedekah di celah-celah kaki manusia di pasar pudu, "ya Allah!" berasa macam membaca hikayat si miskin, rupanya memang benar ada orang yang begitu dhaif
endiem: masa koi save tak tau nok isi fail apa koi tulih cat n dog je.. ntoh ke betui gambo ni atau teknik foto tak tau le
echam: berkongsi maklumat untuk saling mengingatkan sesama kita saudara muslim
abgpie: koi pon cuba membayangkan pos surat tanpa setem... lastnya bila surat masuk tong sampoh retinya solat kita dilempar semula ke muka kita
sahrom: amik ikhtibar dan sebarkan le pada kengkawan
nick irfan: orang bagi kita tolong forward je dengan tambahan latar hias untuk muhasabah diri
zulkbo: teknik yang sama digunakan bila harga minyok naik heeee
abd razak: ucaplah alhamdulillah syukur kita kepada Allah - kata raihan
ampuan awang: amin... semoga doa itu memberikan kerahmatan kepada kita semua
Salam Cemomoi
Betapa berat mata memandang.. namun itulah kehendak dan ketentuan Allah kpd kembar ini..
Alhamdulillah diri kita sempurna.. ya Allah bantulah kami dalam mensyukuri nikmatMu.. jauhkanlah kami daripada nerakaMU
Syukur Alhamdulillah kita dijadikan cukup sempurna!
Salam tuan,
rasa tersekat nafas baca entry nih. Betapa lah tak mampu nak lawan godaan/pujukan/bisikan dan tipudaya syaitan,iblis dan hawa nafsu..
tqvm kerana mengingatkan.
Salam bahagia Cemomoi,
Peringatan begini amat perlu supaya kita semua sama-sama tak lalai. Terima kasih. Mudah-mudahan usaha murni ini diberkati Allah.
Catat Ulasan