sian penyokong spanyol... insyaallah, spanyol akan kembali ke pangkuan islam!
huuu, orang belanda?
sama seperti penjajah seblom ni, mereka juga amat zalim dan sangat penindas. bangsa indonesia diganyang tanpa belas. mungkin kita pnah dengo nama snouck hurgronje. nak tau lebih lanjut kisah dia, bule tengok kat wikipedia.
secara ringkasnya beliau merupakan dalang yang menyebabkan kejatuhan kerajaan acheh pada 1904, yang sangat teguh berpegang dengan islam dan mampu bertahan dari serangan belanda. mereka menjadi bangsa indonesia yang paling lewat dijajah lantaran kekentalan mereka. hingga dikatakan setiap anak yang dalam buaian akan didodoikan dengan lagu perjuangan menentang belanda. tak heran le mereka sangat membencikan penjajajah ganas ini.
snouck hurgronje, kristian khatolik yang kelat pahit ini dihantar belajar tentang orang islam di mekah dan telah memeluk islam untuk tujuan mendampingi ulama islam. ada uudang sebalik mee... dan telah diatur takdir Allah, supaya kita mengambil ikhtibar, dia bertemu dengan seorang ulama acheh dan daripada ulama ini beliau dapat merisik kekuatan sebenar bangsa acheh. melalui surat-urat dan nasihat hurgronjelah, akhirnya acheh berjaya ditundukkan.
catatan nasihat snouck hurgronje telah diterjemah dan dibukukan ke dalam tulisan indonesia dan walaupun aku ada sebahagian terbitan tu namun blom berkesempatan nak membacanya. teruk tu laaa...
okeh, warm-up dulu seblom tido untuk tahajud dan layan bola malam ni
Ahad, 11 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 zmn org suka mengomen:
Mesej yg sgt jelas: Rakyat Malaysia belum merdeka. hmm...sedih lak teringat sejarah dulu..huhu
Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat
Saya pun dapat mesej nya.
Apa khabar?
salam en cemomoi.terima kasih atas info sejarah ini.teruskan pengkisahan ini moga umat Islam buka hati,buka minda,kenali diri (asal usul)
banyak negara penjajah dlm piala dunia ini.penjajahan cara baru terus menyusup masuk dalam daerah (penguasaan) Islam
Salam jika dikenang sejarah mmg teramat sedih pun bergitu sejarah bukan sekadar utk kesedihan. pengajaran drp sejarah tersebut utk kita jadi iktibar TQ berkongsi info yang baik.
indonesia pernah layak world cup 1938 atas nama Hindia Timur
bagusnya spain menang..
walaupun teman sokong Germany..tapi dari atas kertas mmg selayaknya spain tu menang pun sbb dia kan eropah punya campion kan..
dari segi ligat...rasanya belanda tu lebih ligat tapi melang mendampingi depa..
tak sedih pun..padan muka depa laa
p/s- mengenai penjajahan tu ...
teman tak berkesempatan nak komen ..mmg panjang lebar kalau nak diperkatakan..
itulah musuh Islam...
fighting forever and ever..
memang dah menjadi kerja buat depa..
Salam...
Kesan sejarah yang pahit menyedarkan kita dlm byk perkara..
assalamuaalaikum:
iqbal: tenung, renung dan menungkan untuk kebaiakan kita dan generasi seterusnya
iris: berkongsi maklumat
alhamdulillah sihat adanya
pacifist: mencari diri yang telah hilang dimamah sejarah
penjajahan tak pernah lenyap dalam kamus hidup manusia cuma mungkin bertukar corak dan strategi
akuanakpahang: ander orang kabo tak payoh kenang sejaroh apatoh lagi dok kaji sebak tu subjek sejaroh tak penting kat sekuloh... sedangkan ayat Quran banyok cerita perihal sejarah lampau manusia untuk ikhtibar
sahrom: umang ai terer tul ekau jang bab bola ni... jang hobin jang!
lanabulu: takpe sekadar hiburan je tengok bola tu. tang penjajahan cuma perlu pesan pada generasi baru supaya tak ulangi kesilapan lalu
sejarah akan berulang cuma masa dan bentuk yang berbeza
abd razak: 'bagi kaum yang mahu berfikir'
Patutlah singa laut ni tak boroi. Selalu sit up rupenyer....
echam: belajar le daripada dia...
Catat Ulasan