Jumaat, 30 Julai 2010

pesan dari sorang pakar motivasi terkenal:

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan 'serba tak kena'

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... Jadi renunglah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita dilihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah... Segera!

tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja. tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat... kita draw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki-mendengki... nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renunglah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

psst: aku sokmo kena paksa diri nak g keja

14 zmn org suka mengomen:

Aku Anak Pahang berkata...

Salam hari jumaat sahabat..kawan dtg ke pejabat semmg dgn keceriaan sokmo sebab kawan amat mengharapkan hasilnya akan jadi lebih sempurna nanti...

Keknya bila kawan buka aje blog sudah ceria ke lain hehehe....keje x jalan juga sakit...

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum,
Kadang2 kita berialah tersenyum supaya orang kata kita nih murah dengan senyuman, tapi deme kata kita nih macam kerang busuk...aduhlah wehhh..tak tau menghargai kemesraan orang betul dia tuh....

zulkbo berkata...

salam..
alahai..
anak sapa
la tinggal atas
meja aku ni..
balerrr..he he

Werdah berkata...

Salam Cemomoi

Begitulah pentingnya ikhlas dan sedar diri.. jika dilatih betul-betul, insyaAllah, cuma kita ni kurang azam dan istiqamah.

Tanpa Nama berkata...

sedih baca entry ni
terfikir diri ini masuk golongan mana sbnrnya;(

>.<

ikan emas berkata...

wooooo...

wa memang suker n3 ni..

nak tampal beso kat dinding ni..
tak pun kat depan pintu bilik ni ...!!

sahromnasrudin berkata...

cemomoi..ohh..cemomoi..the only cemomoi yg ada kat laman maya ini..susunan bahasa saudara sungguh indah..trime kasih atas santapan rohani ini :-)

Abd Razak berkata...

Salam...

Kerjalah dengan ikhlas agar pendapatannya ada berakah...

Tanpa Nama berkata...

"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

suka :)

Unknown berkata...

Semoga sentiasa semangat selalu..
kerja3..

mazru berkata...

salam weh..

selamat bercuti..

XYZ berkata...

ptt simpan kemas dlm otak ayt2 ni hehehe =)

Unknown berkata...

Kalau terlajak bicara tu maoh je lah ye...

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

akuanakpahang: penyakit yang sama le nih

kak lipislady: pedih juga.. takpe le insyaallah, kita dapat juga pahala tu

zulkbo: ntah sapa la buang anak kat situ yea..

kak werdah: masih tercari-cari hidayah ni moga Allah berikan kekuatan iman dan amal

jane: itu le dilemma tiap kali balik keja

ikan emas: elok juga kongsikan dengan kawan yang bertandang kat meja kita yea

sahrom: ni bukan saya buat... saya memanjangkan nasihat dari pakar motivasi tu je... senang crita copy n paste

abd razak: kekadang terkehel juga maklum le banyak waktu terluang dari waktu senggang

macy: kongsikan dengan rakan supaya saling memahami

abg lanabulu: pendek kata celik mata je kerja, kerja, kerja (labu-labi)

takde hei ate deme terime semenye sebagai gurauan

mazru: cuti ni kena kerja juga nampoknya

missxyz: simpan dan bukak slalu

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak