"hipokrit!"
kata-kata tu pnah gak singgah kat telinga aku tapi lama dulu, masa tengah skuloh dulu. hanya disebabkan aku diminta public speaking dan aku memilih tajuk hal menuntut ilmu dari sudut agama. heee... biasanya bila kita bercakap yang ala-ala agama sikit, orang akan memandang dari atas sampai ke bawah dua tiga kali. tak masuk lagi yang ngeleng kepala tu. tak layak? tak sepatutnya? suluh diri? atau apa aje le tanggapannya. tak kesah le... dek kerana aku pon bukan le baik bebeno, dan bukan le sorang yang begitu peramah (tapi jangan le suruh berceramah), jadik aku mengelak bercakap tentang hal agama macam sorang ustaz.
ni kata-kata rakan yang rajin hantar emel, yang bole mengingatkan diri kita:
Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu; tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk-nunjuk yang kita lebih tahu. Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
dalam keadaan begini, mana lebih baik? diam atau berkata-kata? ada orang kata, "lihatlah apa yang dia kata, jangan lihat sapa yang berkata-kata" - maknanya orang tu tak bole jadik model la, ibarat sorang pencuri yang menasihati seseorang agar jangan jadik pencurik cam dia tu, tapi dia sendiri masih dok mencurik lagi.
diam adalah selemah-lemah iman bila berdepan perkara maksiat. tapi Allah juga mengancam (yang ni aku pegang le) "Sesungguhnya kemarahan yang amat besar di sisi Allah apabila kamu berkata-kata tapi kamu tidak laksanakan" (maksud al-Quran.) dan terlebih takut lagi kalu kita selalu menyuruh orang berbuat kebaikan tetapi akhirnya kita diuji oleh Allah telah melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang kita anjurkan. banyak dah berlaku ni, penceramah bebas disaman jiran... le, ustazah bertudung... le, pak imam ditangkap... le
kata rakan emel tu lagi: "Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala."
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
owh! aku slalu dok congak-congak segulung ijazah yang aku dapat ni adakah tiada nilainya... dan terus tercangak-cangak memikirkan apa harus dibuat...
Selasa, 20 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 zmn org suka mengomen:
salam..jgn kata segulung ijazah tak bawa makna..itukan ilmu yg awak telah dpt..hargailah ia
lakukan apa kata hati... jgn takut utk berbuat baik =))
fikir bertambah zikir =))
p/s: bro nt aku kene sekeh plak taip lebih2 hahaha =))
Salam...
Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
"ilmu yang dimanafaatkan"
macam-macam jenis ilmu kan ?
kalau tlg bagi resepi buat kek coklat pun kira buat baik dan bagi ilmu jg kan !!
salam..
tak salah kita nak panjangkan
tazkirah,ilmu agama maupun nasihat,
orang yang nak terima ke tidak..hak mereka..sedangkan zaman rasulullah pun orng bangkang dan herdik..inikan zaman kita yang seakan kembali ke zaman sebelum jahilliah..wallahualam
setuju bebeno dengan segala yang dicoret.. hihi..
Dari Aisyah r.a., beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah dari perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan rela manusia nescaya ia diserahkan oleh Allah kepada manusia.” selalu diperdengarkan dekat Ikim.
Oh ya tuan, jalan yang lurus, dan jalan yang hidup.. takmoh jalan mati.. :)
Apapun kita betulkan niat kita dan allah menentukan dan menilainya.
salam sahabat..
rasanya tak salah aok nak bertazkirah,berdakwah dan menyampaikan ilmu..pedulikanlah mereka yyang tak mahu terima..sedangkan zaman Rasulullah dulu lagikan di hina dan di herdik..inikan manusia yang semakin kembali kezaman sebelum jahiliah..wallahualam..bersabor la yek?
sungguh lurus jalan itu..=p
Betul tu bang..Allah sebut dalam surah As-Saff ayat 2..bahawa org yg tahu cakap,tapi tak buat mmg dibeciNya!!!
Juga Imam Syafie sendri selalu bagi kita panduan supaya tegur org secara face to face,bukan in public kerana kalau kita tegur di khalayak umum,kita seolah olah telah membogelkan dia..huhu
Post baru:Ini baru mukaddimah aje
bagi koi, yg penting niat dan keikhlasan. kewajipan menyampai adalah wajib mengikut cara dan kemampuan memasing. apa yg aok sampaikan selama ni, dgn cara aok koi sgt2 hargai...
seronok baca ayat dari guru mursyid.. ap22pun kita kena buat kerja kerana Allah dan ikhlas... insyaallah... diberkatiNya..
Salam Cemomoi
ya betul, keikhlasan yang paling utama dan jauhi riya' dan ujub serta seumpanya.. semoga Allah memelihara insan yang mahu memelihara dirinya..
sijil utk minta kerja yg sesuai..
assalamualaikum:
sahrom: ilmu bila amalin kasy syajarin bilas samarin
ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah
missxyz: tepuk dada tanya imannnn
napa? takawwt kena sekeh? hek eleyyy
abd razak: mendalam makna falsafah tu
ikan emas: bagus kongsi ilmu tu tapi alangkah bagusnya kalo dah siap kek tu kongsi kat sini
zulkbo: setuju.. nabi sampai berdarah kena baling, kita baru kena smiss sikit nak nak gaduh...
musykil, pendakwah la ni kalo kena sikit terus nak saman
aanas: yaps.. tul tu jangan amik jalam\n mati
jangan le panggil saya tuan, meremang bulu telinga
akuanakpahang: moga Allah terima amal yang secoet ni
farah nabila: lurus tapi berbonggol la pulak
iqbal: tima kasih menambahkan maklumat
abgpie: tima kasih atas sokongan
nick irfan: susahnya nak ikhlas
kak werdah: kekadang dah ikhlas tapi bila dok belek semula datng ujub dan riak... setan tak brenti menyesatkan kita
mahira oya: susah nak dapat keja yang sesuai dengan sijil kita nih
Catat Ulasan