"Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."(maksud surah al-A’raf : 34)
sabtu, 6.45 terima sms, 'pakteh tenat masuk icu spital temerloh.'
tipon mak, "on d way gi spital bentong nak amik mak teh ni... takpe la kalo apa-apa kang mak tipon le"
kitorang pon siap-siap nak balik ikut karak highway.
takdan 15 minit mak tipon sambil menangis... rasa macam dah bule agak. "pak teh dah takde ngah!" "innalillah..."
bila jumpa makteh, "makteh ingat makteh dulu, makteh yang sakit teruk-teruk rupanya pakteh yang pegi dulu..."
"sabar le makteh..." apa lagi yang bule aku katakan selain membantu untuk dia kuatkan semangat.
dalam kepayahan menahan sebak, makteh cuba tersenyum. ada waktu dia melawak dengan tetamu untuk mengalihkan perhatian dia daripada kesedihan. pesan doktor padanya, "jaga kesihatan makteh dulu, jangan sedih sangat" sebelum dibenarkan kluo wad untuk mengurus jenazah suaminya. aku harap takde yang tersalah sangka dengan tindakannya tu. maklum le ketika berhadapan dengan sebuah kematian, beliau seolah-olah cool je...
ini senario kedua yang aku pnah hadapi. si isteri menyangka yang dia akan pergi dulu ketika sakit kuat, rupanya tidak seperti dijangka.
makteh sekeluarga tiada hubungan kekeluargaan tapi hubungan rapat ini lebih berbanding saudara sendiri.
semoga pakteh diampunkan dan dirahmati Allah serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
"salam sejahtera wahai ahli kubur, kamu mendahului dan kami akan menuruti jejak kamu..."
Ahad, 25 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 zmn org suka mengomen:
Alfatihah dan salam takziah juga drp saya. "setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" cuma bezanya mereka terlebih dahulu pergi drp kita. Sesama lah kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmatNYA jua amin.
Salam Cemomoi
Innalillahi wainna ilayhi raaji'uun.
semoga pakteh diampunkan dan dirahmati Allah serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
takziah.. semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang orang yang soleh.
innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
takziah, smoga ruhnya ditempatkan di sisi org2 yg beriman.
p/s- ande terjadi pada ahli keluasrga sendiri baru2 ni. allahyarham sibuk menjaga mak sakit tenat di spital, tau2 dia meninggal dlm tido. maknya alhamdulillah makin sembuh!
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali.
Moga Pak Teh damai di sana. Doakan kesejahteraanya di sana.
salam takziah rodong...
innalillahiwainnailahirojiun....
Salam sdra..
Moga sdra sihat hendaknya..
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...
Moga roh Pak Teh tenang di sana dan pemeliharaan yang terbaik dari Allah.
semoga roh nya dicucuri rahmat...
al-fatihah..
al-fatihah..semoga roh beliau ditempatkan di kalangan org beriman
Innalillahi wainna ilaihi raji'un..
p/s: teringat kembali detik2 akhir aruah ibu tahun lepas bulan Ramadhan, sungguh memilukan..
Al-fatihah buat arwah. Takziah buat makteh.
Kagum saya, walaupun tiada hubungan keluarga yang khusus, boleh dibina ikatan keluarga yang erat.
al - fatihah...semoga roh pak teh ditempatkan di tempat org2 yg dirahmati
assalamualaikum dan terima kasih atas doa kalian semoga orang yang kita kasihi di kalangan orang yang beriman akan beroleh keampunan dan rahmat allah ketika mereka menemui-Nya
Catat Ulasan