Jumaat, 23 Julai 2010

bila babi tukar jadik khinzir!

ni bukan cerita mayat bertukar jadik khizir tapi babi yang bertukar...

satu masa dulu sindrom babi meletus khususnya masa wabak nipah, heboh dorang nak guna perkataan khinzir menggantikan perkataan babi. surat kabo dan tv pon ikut nyebut khinzir. kunun bunyinya taboo sangat. teruk bebeno kita ni punya akal.

aku ingat apa perkataan pon, kalu salah digunakan untuk menunjukkan perkara negatif, akan memberikan kesan tak baik kepada orang yang menerimanya.

contohnya 'mangkuk'. perkataan ini tabu ke? tapi kalu dah kita kata kat kawan, "hang ni memang la mangkuk.... mangkuk hayun tau?" aku rasa memang dengan kita skali dapat mangkuk hayun dok melekat kat dahi.

kenapa la babi pon nak ditukarkan kepada khinzir sedangkan khinzir tu ialah babi. cuma disebut dalam sebutan 'arob daa' (bunyi ala-ala sudin: bujang lapok)

soapa implikasi babi dan khinzir dalam budaya melayu?

sama macam crita orang Acheh menghayun buaian dengan lagu bencikan penjajah belanda, maka 'babi' juga begitu dalam masyarakat melayu. masa kecik-kecik hatta la ni pon, aku cuba mewariskan pada anak-anak, jangan sebut 'babi'. jijik, kotor, najis, hina dan semua tanggapan negatif ada pada perkataan tu.

perasaan itu menyebabkan babi pon tak senang. sebab bila orang marah, mesti nama dia pulak yang disebut sedangkan dia tak terlibat dalam-apa-apa konspirasi tersebut ketika itu (memetik temu ramah din beramboi dengan babi tonyok, korang pnah baca tak?)

oleh sebab perkataan khinzir digunakan menggantikan babi, kesan psikologi tersebut hilang dalam pemikiran dan budaya melayu. sudahnya, kita tak merasai apa-apa kesan pon terhadap menatang tu.

(anjing takpe sebab bole pegang kalu dia kering dan kita pon dalam keadaan kering)

budaya kita terhakis? jaga le keluarga kita...

13 zmn org suka mengomen:

sahromnasrudin berkata...

salam..cian budak veterinar kt UPM..jadi mangsa keadaan :-)

Aku Anak Pahang berkata...

Entoh laa yeek susah nok komen...
keknya budok tine nie duk bergelumbang dgn menatang najis nie pening juga kawan mikirkan.

Rizzuan Shah berkata...

agaknya budak tu tak blajo feqah kot waktu kat skolah dulu. babi tu jgn kata makan, pegang pun dah kena samak. ayyerkk.. tak lalu nak makan..

http://wanshah87.blogspot.com

Abd Razak berkata...

Salam...

Khinzir:
Bila sentuh Kita hanya perlu sertu je...
tengok tak HARAM..
sentuh tak BERDOSA..
tak perlu minta AMPUN DOSA..
makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA..

Bukan Mahram:
Aurat tak dijaga tengok HARAM
Pegang HARAM
bila dah pegang, tak boleh sertu SEPERTI KHINZIR kena minta AMPUN DOSA...

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah.

I'm Seri berkata...

Salam.

Ter'kezut' gak den tengok gambar ni. Tapi entahlah, 1 Malaysia lah sangat dah jadi cenggini.

noorlara berkata...

kekadang kita nak jaga perasaan org lain sanggup buat apepun. Bagi lara sebutan babi lebih tepat dan mudah.

syaf berkata...

aku stuju ngan bro razak....betul ape yg die kate...


hurmm nk tukar gapo lagik...heheeh

piewahid berkata...

senada dgn sahabat kita a razak.

tetapi dlm beberapa perkara, jika ianya mendatangkan fitnah difikiran org lain akibat perbuatan kita, eloklah disembunyikan pbuatan tersebut...takut kengkawan berdosa apabila kita ambil mudah.

cth:
pegang dan sentuh sekadar yg diperlukan, bkn utk diperagakan...

wallahu a'lam!

Unknown berkata...

erkk... no komen! kenapa la dia anggup buat mcm ni???

Nizam Awang Brahim berkata...

Koi bimbang nanti ande orang kabor khinzir dan babi ter menatang yang berbeze

Rafi Harumin berkata...

teringat akan artikel ustaz Hasrizal Abdul jamil dalam blognya. Di eropah, Ireland atau mungkin Britain (Kalau tak silap), babi bukan binatang yang digambarkan buruk. malah boleh dijadikan bahan pujian. contohnya "Comelnya bayi kamu, putih dan montel macam babi" (contoh saja). kalau kita mungkin dah mengamuk satu eropah dah.

kalau orang Arab pula, jangan disebut keldai, itulah penghinaan terhadap mereka. (dan memang ada disebut dalam Al Quran juga tentang perumpamaan bagi binatang ni.)

apapun, kesederhanaan itu perlu dalam banyak hal. kita janganlah sesedap rasa nak menggelarkan sesiapa kalau diri sendiri pun masih belum ada ilmu yang banyak ataupun kering dengan dosa.

bab gambar tu: memang setuju sangat sangat dengan Ustaz Razak.

wallaahu a'lam.

XYZ berkata...

tak tau nk kata pe... hi3 =)

p/s: lagu m.nasir ni best

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

ni isu lama sekitar 2007.

setuju dengan abd razak dan setuju dengan abg pie. hukum mendahului segala perkara.

dalam hal ini, cuma aku sekadar melihat dari perspektif budaya tanpa menyentuh hal hukum yang telah jelas. namun dalam hal menentukan hukum yang tidak qati'e juga, faktor 'uruf' atau adat budaya setempat perlu diambil perhatian supaya tidak timbul fitnah seperti yang dijelaskan oleh abg pie.

jadi tak heran le apabila hari ini orang melayu berjudi dan minum arak di khalayak tanpa segan silu, anak dara membonceng motor tanpa malu-malu... sebahagiannya disebabkan oleh perkara taboo dalam masyarakat kita telah terhakis dan kita menganggapnya sebagai suatu yang lumrah

wallahu a'lam

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak