Jumaat, 11 Jun 2010

"Janganlah kamu mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik." (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

"abang nak tanya betul-betul ni, sanggup ke idop susah dengan abang? abang tak janji kekayaan tapi kalu ada kemewahan, kita akan kongsi bersama..."

tu dialog hampir seploh tahun dulu, masa aku nak ajak awek kawin.

panduan untuk bakal pengantin lelaki, mungkin malam ni, esok atau sampai hujung minggu ni... maklumlah musim orang kawin ni...

satu crita dikhabarkan orang

rumah pengantin perempuan...


Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..


Tok kadi tanya, "satu hari berapa kali kene sembahyang?" dengan lajunye mamat pengantin tu jawab, "lima!".

Tok kadi tanya lagi, "bagi contoh2 najis kecil." dia pun jawab, "kencing baby yang kecik2 lagi."


Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kot. Tok kadi tanya lagi, "contoh najis besar?"


mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling. aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi! tok kadi mula senyum. Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar, "anjing ngan b@b! la hoi!" tapi rupanya aku cakap dalam hati, dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada di sekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar. minuman tu terkena baju ramai orang. aku pun sama. masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya. aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.


Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu, keadaan senyap sunyi... Tapi bila pengantin tu jawab, "Taik Gajah" suasana jadik hingar-bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul... nak2 bila gajah makan durian.

ni aku copykan lagi untuk bebudak yang angau nak kawin, buat le apa yang patut seblom mengadap tok kadi heh...


* hee orang tak guna dah qada' hajat sebab maksudnya nak buang air beso tu...,

10 zmn org suka mengomen:

K I L berkata...

haha,,lawak entri nie :)
berusaha ye pengantin baru..

Abd Razak berkata...

Salam...

Hehehe agaknya dia confuse antara najis besar dan najis berat..:):)

mr.kordes berkata...

kekekekehehe....taik unta pon besor maa..kaaah!

Aku Anak Pahang berkata...

Naya ker mamat tu keberoh tak abis...sian ker dia nasib dia tak kabor taik gergasi hehehe...maru.

endiem berkata...

Kalau suruh baca qunut, dah tentu tanya qunut panjang ke qunut pendek?

Acik berkata...

Salam..
Rasanya lain org lain yg disoal tok kadi. Kalau takut2 mesti ditanya byk2. Acik tak pernah dengar secara live org akad nikah walaupun akad nikah sendiri 18 tahun lalu...

Melatidaisy berkata...

alamak..kesian nye die..huk3

azieazah berkata...

Hikhikhikhik!
harharharhar!

tak tahan.. terguling aku gelakkkk...!! kesiannn.. Laki sapa tuh?

zulkbo berkata...

salam..
koi rasa najis
naga lagi besor
la la la

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

ked: suka la, jangan kena kat batang idong haaaa tau la

abd razak: gamaknya gitu le harap ustaz kena bagi clear lepas ni kat murid2

pakcik kordi: ntoh, koi taik gajoh ander tengok, taik unta tak nampok lagi

akuanakpahang: mau terkucil dibuatnya, tok kadi jangan le banyok tanye ngat, maklum le deme ni tengoh gemuruh

endiem: takut tak berenti je qunutnya, macam ketapi je bunyinya

kak acik: mau tak takutttt... tok kadi pon masa ni le nak tanya soklan bukan bole sport

melatidaisy: hee pesan dengan bakal suami nanti baca buku banyak-banyak seblom jumpa tok kadi

ak azieazah: heh, tak tau le laki sapa

errr dah abih guling lum ni?

zulkbo: najis orang pon ikut saiz ni ke pulok najis naga yerk

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak