Isnin, 21 Jun 2010

memanjangkan ingatan dan nasihat sempena hari bapa yang mungkin tak perlu disambut

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yg alim yg solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Di manakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana)

3. Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki... sayangilah ibumu... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... krn ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah... betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T, bermaksud;

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai ( perintah ) Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”, Q.S. A-Tahrim/66: 6

14 zmn org suka mengomen:

piewahid berkata...

bagus, molek & cantik n3 ni. aok buat sokmo tiap kali org nyambut hari bapa patutnya. baik sambut gini drpd skadar ucpn, makan2 dsbnya.

zulkbo berkata...

salam..
mintak di jauhkan lah
nauzubillah...

Nur -al- Ain berkata...

nice entry ;) nk print besar2... besar t/jwb lelaki kn..

mazru berkata...

salam aok..

mekasih share..bagus ni

Tanpa Nama berkata...

susa ye jd laki~

Abd Razak berkata...

Salam..

“Wahai anak-anak muda, tolehlah kepada ayahmu,
besok, kamu juga akan bergelar seorang ayah,
tegurlah ayahmu,
jika ayah masih liat bersolat,
Jika banyak bersuka dari berduka,

Jagalah ayahmu daripada syirik
Jagalah ayahmu daripada lalai
Ajaklah ayah supaya Qiamullail

sahromnasrudin berkata...

besarnya tanggungjawab sang lelaki ini...sebab itu setiap kelebihan disertai dgn besarnya tanggungjawab..:-)

Aku Anak Pahang berkata...

Terima kasih N3 hok berguna, sesama kita hayatinya. Apapun tugasan seorg lelaki ini berat bukan sekadar disini sahaja dan seterusnya sampai kesana.

deena farhana berkata...

salam..maaf udoh lama xkesini..moleknyo entri ni...comei isi..moga jd ayah yg molek jugok....

mr.kordes berkata...

koi jaga adik koi molek2!=)

oya berkata...

besar tanggungjawab lelaki..
harus menjaga amanah itu sebaiknya..

shameel Iskandar berkata...

sy tertarik dgn ttgjawab Lelaki yg bergelar ayah. Hari ini ramai bapa-bapa( trmasuk ibu) yg inginkan anaknya jadi artis. Sungguh berbanga apabila anaknya dpt menyertai program realiti tv yg berbentuk hiburan. mungkin ini dunia akhir zaman.

Unknown berkata...

sgt setuju!!jadi pemuda islam lg susah~

Cerita panas!Be a muslim?Oh!sorry.I'm not interested...

terokai seni berkata...

assalamualaikum kengkawan:

abg pie: koi dengo hari bapa disambut kerana memperingati pengorbanan seorang paderi membesokan anaknya...

zulkbo: doanya begitu le.. tapi koi sendiri tak mampu nok buat ni

ain: buat le apa yang terbaik, sekurang-kurangnya kita dan melaksanakan amanah untuk menyampaikan nasihat kepada orang lain

mazru: ingat-beringat sesama kita

macy:memang susah sebab kena pikul dosa orang lain

abd razak: ayah jangan jadik ketam mengajar anak berjalan

sahrom: ye betui... sama macam gaji le makin beso gaji makin beso tanggungjawab dan bersedia kena marahhhhh

akuanakpahang: susah ati memikir hidup di sana...

deena farhana: rebutlah kesempatan lapang sebelum datang sibukmu... tima kasih atas ingatan tu, harap doa jadik kenyataan

pakcik kordi: koi pon tinggal sorang je lagi adik bawoh tanggungjawab penuh

mahira oya: nak jaga tapi hak yang nak kena jaga tu liat sikit...

shameel: harap anak-anak koi tok le jadik gitu... sakit mata!!!

iqbalsyarie: ye betui sebab di tangan 'al-syabab' le terletaknya masa depan agama, bangsa dan negara

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak