cuti hari ni tak berseri buat dek anai-anai.
semalam melayan anai-anai dekat pukul dua pagi pon masih tak setel lagi. bila ditekan kat cat, berlubang denai dia. rupanya dia makan ikut dinding batu. sudahnya kluo pulak beberapa kerat dia nih. "argh! ada yang tak tido malam ni kang!" getus ati aku.
"kalu jumpa laluan anai-anai, jangan putuskan. kang makin teruk. anai-anai ni buta. kalu pecah denai dia, tu yang makin banyak lorong dia buat." teringat pesan sorang staf pest control kat aku, masa aku ikuti seminar pengurusan rekod pada 2008 dulu. so.
kalu dah tak reti, panggil aje pakar yang setelkan
"
aku tau, nak setelkan masalah anai-anai ni memerlukan belanja yang beso. "duit dah habis beribu-ribu, anai-anai tak jugak abih-abih." rungut sorang bos aku kat opis satu ketika dulu.
bila aku survey dua tiga kompeni, semuanya lebih kurang rm1500.00 hingga ada yang kabo start dengan rm2000.00 ke atas untuk teknik tanam ubat (drill). upsss, hadusss!!!
Selasa, 15 Jun 2010
Jun 15, 2010
terokai seni
ingatan mesra, tips
8 comments
Related Posts:
masuk rumah Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya". (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud - dlm kitab Sa'adatul Darain) … Read More
Sakit yang TIADA Ubat Bisyr bin Muadz Al-Bashri menceritakan kepada kami, Abu Awanah memberitahukan kepada kami dari Ziyad bin Ilaqah dari Usamah bin Syarik berkata: "Orang badawi berkata: "Wahai Rasulullah kita tidak perlu berobat!" Beliau bers… Read More
yang sempit nak lapang Sabda Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yg ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyaklah berdoa di saat lapang (senang)." (HR Tirmidzi) … Read More
saham abadi "Barangsiapa mengajarkan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti orang yang mengerjakannya." (HR. Muslim) … Read More
doa mustajab Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & al-Tarmizi) … Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 zmn org suka mengomen:
Kata orang, koloni anai-anai ni boleh meruntuhkan sebuah rumah...
mak oi..mahalnya kos nak buang anai2..so, ape penyelesaian cemomoi kali ini??
sembur ridset..
Nanti kawan tanyer dgn member kawan bape dia ambik untuk setlekan masalah aok ni....
laa....siannye..mslh anai2 ye..mendalah ni mmg sengal..dulu kt kolej pun mslh camni gak..pening pale den woo...
Rajin membuang dan menyelia pas tu sembur ngan racun anai2 rege dalam 10 hinggit tu ok dah rasanya pada kuar ribu riban tu hehehe..
assalamualaikum ghodong:
kak azieazah: memang pon... nampak je kenit makhluk Allah ni, dia buat keja siang malam sekejap je bule runtuh rumah kita yang dok nunggu dua tahun baru siap (kalu pemaju tak lari la)
shahrom: dah panggil pest control, kena buat drill gak. kalu stakat sembur je, anai-anai masih stay kat bawah tapak rumah. kalu drill kesan dia, depa ni akan berhijrah ke rumah jiran sebelah yang tak protect. dah pesan dengan orang sebelah. so, terpulang le nak prenvent ke dak
endiem: booo layan dek dorang ni
echam: tima kasih atas prihatin ter, koi dah janji khamis ni pestcontrol nak datang buat
deena farhana: memang penen kes anai-anai ni, sebab tak mboh selesai. kalu pakai teknik drill tu tiga pat tahun sok diorang datang balik tu yang abih ribu-ribu tu
akuanakpahang: heee kalu mboh guna racun ter, tak brapa nok idop serekat pest control. racun hok deme ni gune pon tak bule jual sembarangan.. bahaye
masyaAllah, hebatnya ciptaan Allah pada haiwan ini.kecil kecil cili padi.
Catat Ulasan