Jumaat, 9 April 2010

kehidupan. datang dan pergi...

barangkali dia sedar aku snap gambar dia, lalu dia menoleh seraya memamerkan rasa kurang senang. barangkali tau akan kesannya, mungkin masuk akhbar keesokannya atau mungkin disiarkan di dalam majalah atau sebagainya. namun aku yakin, dia tak tau bahawa gambarnya mungkin terpampang di sini, bukan seperti yang difikirkan.

yang aku fikirkan pula ketika ia leka mencari ialah, apakah ada sedikit nyawa di dalam tong sampah itu untuk dia menyambung kehidupan seterusnya? andai dia temui sesuatu yang boleh menyambung sedikit lagi nafas, pastilah hatinya girang. lalu bertanya lagi minda yang sendat dengan andaian, perlukah nenek tua ini menghurung tong itu mencari hayatnya yang berbaki.

manusia dan kemanusiaan.

Related Posts:

  • apo kono ey jang... short notice jumaat, "isnin kita g sibu..." semalam. lcct. ops! pertama kali aku naik airasia gini rupanya. masa nak check-in, mak oi panehnya takde aircond. kerusi pon takde. apa nak buat, nak yang murah jangan la bany… Read More
  • bila nabi israq mikraj masa kecik-kecik, aku slalu melaung kat kapal terbang yang lalu supaya brenti dan turun kat aku, "aku nak naik la." satu ketika bila dah duduk di dalamnya aku tersenyum bila mengingatkan impian dulu-dulu untuk naik besi terb… Read More
  • hutang tag 1tag dari awek temerloh, Sharifah Nurul Farhana adoyai banyaknya soklan dia. markah penuh 25/25. dia kata, "kalu orang tag, maknanya orang nak tau tentang diri kamoooo..." 1. aku budak cemomoi (skima soklan stended) 2. sek. … Read More
  • beri laluan IKLAN japari tu korang baca, kan paper tentang budak dilanggar keta api? persamaan antara bapaknya dengan aku ialah kami sama-sama pnah mimpi eksiden dan mati.. rasanya hampir sebulan yang lalu, aku tengok tangan aku putus dan bercera… Read More
  • menda tak elok, baik hindarin3 yang ni untuk renungan anak teruna dan dara la pulak, ketnya kita sebagai ibu-bapa tentu le kesannya lebih besar lagi. peristiwa yang berlaku pada kawan aku ni sangat mengejutkan kluarga, jiran dan rakan-rakan. ... dah l… Read More

17 zmn org suka mengomen:

mazru berkata...

salam..

da takde org yg nak bantu dia agoknye sbb tu la dia mencari2 dlm tong sampah tu

Unknown berkata...

Salam Cemomoi. Pada masa yang sama, ramai yang bangga kerana sudah menunaikan haji 3-4 kali, membuat kenduri kendara sampai hari yang ke-100.Entahlah...

Sent by BlackBerry.

Aku Anak Pahang berkata...

Situasi sedemikian amat menyedihkan sepatutnya nenek tuan ini berehat sahaja dirumah sambil bermain dgn cucu serta menambah amalan utk bekalan nanti.

endiem berkata...

mencari tin tin aluminium untuk dijual..

al-lavendari berkata...

usahanya lebih mulia dari minta sedekah atau makan rasuah !

terokai seni berkata...

assalamualaikum kengkawan semua:

mazru: kot buat part time je kot, deme ni kadang koi tengok sanggup tuko baju nampok cam orang susuoh padehei kaya ya amat

mybabah: tul le.. pegi aji 3, 4 kali tutup peluang orang betul... kalo buat amal jariah bagus juga... harap tak terbalik kata kat diri kita sudah le

akuanakpahang: bang yasin, deme ni rasa dok kat luo lagi tenang kot, maklum le gelagat bebudok sekarang, babil

endiem: tambah pendapat buat pelaburan le tu untuk simpanan harii tua-tua

abg lavendari: betul tu. patutnya kita tunjukkan pada orang yang minta sedekah kat semejid tiap kali jemaat tu la gambar ni

SyiEra berkata...

cian nye.. hm, hope one day bila dah ade kerjaya sndiri dapatlah kira nya bantu warga tua mcm ni.. mana agak nya anak-anak die...hish. tolong la ade hati dan perasaan.

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Sedihnya melihat gambar ini. Sepatutnya nenek berkenaan duduk di rumah melayan cucu2 atau bersama anak2..

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Sedih tengok gambar ni..kemanusiaan dah hilang atau dia sendiri yg nak berdikari?

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Sedih tengok gambar ni.. kemanusiaan telah hilang atau dia sendiri yg nak berdikari?

piewahid berkata...

sesuatu yg boleh dpelajari,
skurang2nya dia masih ada maruah dan mahu berusaha.bkn skadar menadah tgn, meragut dan mencuri getoh buku org kampung (maksudnya bkn nenek ni la...)

kelompen berkata...

salam weh
begitu hidup
perjalanan penuh sendirian
walau payah..tiada mudah

Rafi Harumin berkata...

mudah mudahan saya sentiasa ingat ibu bapa saya.. amiin..

Temuk berkata...

Salam Cemomoi
Pakcik mohon izin singgah. Gambar nenek dgn tin itu mengundang banyak persoalan & tafsiran, dan memberi banyak pengajaran. Tiadakah ahli keluarga atau pihak berwajib yg boleh membantu? Mungkinkah nenek tidak mahu menyusahkan sesiapa & berusaha berdikari? Adakah dia selesa begitu & menganggapnya satu takdir (tanpa niat buruk sangka!)? Yg berlaku itukah 'kitab' yg para si kaya, yg juga puas hati dgn 'prestasi' keagamaan mereka, tak mampu & tak mahu atau tak tahu baca? Walau apa pun, semoga kita berbaik sangka dlm 'melihat' gambar yg dipaparkan itu. Cemomoi amat perihatin. Tahniah!

Nurul Aziz berkata...

hmm..sebak tiba2

shameel berkata...

salam. sana sini, rata riti masih berlambak org yang bergantung hidup dgn mencari rezeki sebegini. menyelongkar tong sampah demi sesuap nasi.

mungkin kerjaya mereka hina dan keji. Nmaun, ia tetap mulia andainya dia terpaksa dan tiada terdaya lagi.

jujur, mereka jauh lebih mulia daripada profesional yang bernafas dengan wang rasuah.

jujur juga, mereka juah lebih mulia berbanding politikus yang hanya pandai menabur janji.

terokai seni berkata...

syira: hingat betul-betul tu, dapat duit gaji pertama sok kene selesaikan niat tu dulu..

nida: kekadang orang tua ni nak bersendirian, maklum le cucu sekarang hyperaktif

kak shaniza: nak layan feeling kot dok kat rumah takde buat apa baik jalan-jalan sambil tu buat kerja amal kurangkan berat sampah

abgpie: setuju tu... dari merempit dan meragut baik cari rezeki halal tak ander hok nok maroh

kelompen: sendirian tiada teman barangkali hati senang tanpa gangguan

ashrafi: aminnnn, sementara ibu ayah masih ada

pakcik temuk: manusia dan kemanusiaan yang hilang dan tiada yang mahu menggantikannya

iman: dah tipon ibu?

shameel: betul tu... kekadang tengok orang potong rumput tepi jalan terfikir gak, barangkali hati mereka lebih tenang dari kita yang bergelumang dengan macam-macam perkara syubhah

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,937

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak