Isnin, 12 April 2010

Diceritakan bahawa suatu masa dahulu dua beranak, ibu dan si anak dara tinggal di hujung kampung. Ketika pagi yang damai mula menjengah, si ibu telah bersiap-siap hendak ke ladang sambil berpesan...

Ibu : Mak nak pergi ke kebun ni, jangan lupa tanak nasik!

Si anak dara ini agak pemalas sedikit sifatnya. Sambil menggeliat lemah, dia bangun daripada tidurnya, terus ke dapur mencari sarapan. Diselubungi rasa bosan disebabkan asyik makan nasi putih saban hari, dia berfikirkan sesuatu. Lantas untuk menanak nasi, dia mengambil jalan mudah dengan mencampurkan santan ke dalam beras yang sepatutnya dibuat gulai. Bila ibunya balik...
Ibu : "kau masak nasi apa ni,dara?"
Anak dara : "nasi le... mak..."
Ibu : "nasi? nasi apa ni?"
Anak dara : "nasi le... mak"
Ibu : "iskh... kau ni... mak tanya betul-betul ni, nasi apa ni?"
Pertanyaan yang bertalu-talu membuatkan si anak dara menjawab dengan suara lantang: "nasi lemakkk!!!"

Kononnya, daripada peristiwa itu, terciptalah nasi lemak.


teringat masa kecik-kecik dulu, biasanya sebelum memulakan kerja kat ladang sawit atau menoreh getah, orang akan makan dulu. tapi tak bagi aku. selalunya aku keja dulu. dengan perut lapar tu aku bekerja. angkat buah kelapa sawit atau kutip buah leroi. kalau menoreh, biasanya tolong ayah aku mengutip segerap, sambil berlari anak. nak cepat siap. bila dah siap, amik pisau motong getah pegi test potong pokok kat hujung kebun. praktis menoreh sampai pandai. agak-agak dah tengah hari sikit baru le pegi makan. macam nampak-nampak aje ladang sawit dan kebun getah tu di pelupuk mata ni... betapa susah betui idop ketika itu.

amboi! sedap betui pekena nasi lemak time perut berkeriukkkk

16 zmn org suka mengomen:

Unknown berkata...

teman sarapan meehun dan milo panas..tapi teringin nak sarap pulut campoq nyo dan ikan tamban kering...
sarap kat bangsal ditengah bendang..

Aku Anak Pahang berkata...

Saya pagi nie pun dah pekena nasi lemak...makanan pilihan cepat mudah dan ringkas.. kenyang hehehe..kek x boleh sokmo gemuk weh..

endiem berkata...

resipi nasi lemak mula di cipta oleh orang yg. malas masak?.

*Dak kecikkk* berkata...

lapar lah koi ni..
pah ni konpem g pekena nasi lemak..lama dah tak makan nasi lemak.

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

abg lanabulu: makan kat tengah sawah tu rasanya penah makan tu, tak ingat kat sungai petani kot

akuanakpahang: jaga kesihatan abg yasin, banyak kolestrol tu, pekena pulok teh tarik

endiem: koi tak tau la pulok, gitu le hikayatnya tapi koi rasa tu dicipta oleh orang yang kreatif ter

dakkecik: sukat makan ti gumokkk abang tak syukeee

Lady SharpShouter berkata...

Diselubungi rasa bosan disebabkan asyik makan nasi putih saban hari, dia berfikirkan sesuatu.

Buh santan tu nasik lemak bukan jadi putih gak ke? hahaha :P

Akmad Toshiro berkata...

ohhhhh...begitu kah ceritanya...skg nie baru dpt idea, kenapa nama dia nasi leeeer.....mak! hehehe

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Tak boleh makan nasi lemak hari2... lemak banyak dh dlm badan. Hari ni sarapan jus kurma je. Dpt makan pun dh pukul 10.30..minum pagi dh.

mazru berkata...

koi jarang amat bersarapan

mr.kordes berkata...

oo..tu la asal usul nasik lemak br koi tau!kakakahH!!!!chanteekk!!!

Werdah berkata...

Salam cemomoi.

Buah leroi tu macam mana rupanya ya.. kak cuma merasa kutip getah sekerap motong tak pandai dan irik gemal padi je, kmd tumbuk dengan lesung kaki..

Sebut nasi lemak, ingat nasi lemak ayam kampong..

Nida n' Hanafi berkata...

baru ku tahu kisah nasi le....mak ni..

Lepas ni bolehlah kongsi sejarah Nasi Beriani, Nasi Tomato ye,hehe.. :)

Imanisa riana @ sarimah berkata...

salam..
Saya terpaksa tutup blog saya utk umum..
saya buka blog baru. linkkan lah ya..
http://duniacik.blogspot.com/

terokai seni berkata...

lady SS: setakat ni letak santan putih jadik nasik putih, kalo nak calerful kena bubuh pewarna yang dibenarkan... heee

akey87: gitu le alkisahnya yang diceriterakan orang

kak shaniza: makan amik berkat takpe jangan makan sampai bertongkat sudah le

waa, besa orang ubah design blog je, yang ni tukar terus, whatever t saya g sana insyaallah

mazru: sama le kita, sebab tu koi kija dulu, dah berkeriut baru makan

pakcik kordi: heeee.. makan nasik lemok hari-hari, mok tak pnoh tanya ke makan nasik ape?

kak werdah: buah leroi (lerai) tu, biji sawit yang dah tercabut/terlerai dari tandannya, ada yang panggil buah ghelai (relai), kitorang ikut loghat orang tua-tua yang nyebut time tu

masa g rumah member kat kedah ada gak blajar tanam padi, mak oi sakit pinggang membongkok...

ada la study sikit jenis nasik lemak, ada la jumpa nasik lemak kedah, nasik lemak langkawi dsb, tapi nasik lemak ayam kampung tak jumpa lagi, ada special cara buat ke, atau cuma letak ayam goreng je?

nida: huuu kebetulan ada projek nasik lemak ni... ti la kot ada kesempatan study nasik lain plak

Werdah berkata...

Salam cemomoi.

o rupanya buat sawit yg terlerai.. nasi lemak tu lauknya ayam kampong.. bukanlah namanya (macam nasi lemak antarabangsa lak! bukan) semalam beli di warong di tmn Wangsa Melawati ni.. ayam kampong ni trasanya lain dp ayam bandar hehe.

terokai seni berkata...

kak werdah: buah leroi tu cari yang sebesar jari kelingking kalu rebus dengan air garam atau panggang cam sate pon sedap kak... wuihhh sedap gak le tapi nanti gigi kuning dek minyak buah tu

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak