Selasa, 16 Mac 2010

berasa cam kat eropah la pulak... apsal sungai kelang tak bule buat cenggini yek

(semalam gi melaka kejap.)

papan di JaWa kami DiRiKan...

begitu le pembayang ungkapan pantun dilagukan orang apakala kota Melaka alah dek Portugis pada 24 Ogos 1511. azam yang tinggi orang Melayu ketika itu adalah untuk membangunkan sebuah kota di Jawa sebagai ganti kota Melaka biarpun berdindingkan papan...


hari ini yang tertegak kembali di kota melaka bukan lagi kota Melayu sebaliknya kota belanda, Bastion Middelburg. kota ini merupakan kelangsungan kota portugis yang ditambah baik oleh orang belanda selepas menakluki melaka pada 14 Januari 1641. malangnya ketika inggeris menduduki melaka sementara, mereka telah meletupkan sebahagian besar kota melaka yang dibina oleh portugis dan yang diperkuatkan oleh belanda kerana inggeris sedar akan kehebatan benteng tersebut. hasilnya, hanya tinggal pintu kota sahaja yang terselamat dengan izin Allah sebagai kenang-kenangan untuk orang melayu meratapi kehilangan keagungannya di tangan penjajah.

lebih malang, kota papan yang diharap dapat mengantikan kota melayu melaka tidak kelihatan, bekas kota belanda ini menjadi satu lagi mercu tanda kenangan untuk kita semua. ia ditemui melalui kerja-kerja eskavasi. berdasarkan peta peninggalan portugis dan belanda, kota ini dibangunkan semula sebagai daya tarikan pelancong.

ehemmmm... jom le kita belajar daripada kesilapan.

Related Posts:

  • buruk beno ke kita ni? satu ketika kami bersembang tentang perangai orang melayu: joe: "aku kawan dengan cina je, malas kawan dengan melayu... kalu ko nak tau dok kawan dengan dorang, lain crita takde, mikir camana nak dapat duit, nak buat duit..… Read More
  • hebat juga melayu kita nidok baca beberapa komen rakan-rakan buat koi tersengih macam kerang busuk... seminggu cuti berblogging, bukan apa... frust tul upload tak bule la plak. tima kasih pada yang bertanya kabo dan ade juga rupanya orang yang rindu … Read More
  • AWANG anak RIMAUkenal ke pada hamba Allah ni? rasanya tak ada yang kenal kot. orangnya pon dah lama meninggal dunia. dia ni atuk aku sebelah mak ... dari namanya aje barangkali dah bole gambarkan dirinya. rimau besanya dikaitkan dengan keber… Read More
  • jangan pandang, pandang!kejap ada kejap takde... *** apabila mata sudah bertentangan tergeraklah hati ingin berkenalan apabila senyum sudah diukir beranilah berjanji tidak,kan mungkir apabila bertemu berdua-duaan mudahlah iblis meniupkan… Read More
  • SeLaMat SuDaHHHH (episod 1)(waaa sibbaik aku dok atas sikit... dah nak sampai kat airport, banyak le nampak pemandangan begini) alhamdulillah hampir lima hari bertapa kat Manila... malam semalam selamat sampai kat rumah. rasanya ni paling jauh otstese… Read More

6 zmn org suka mengomen:

piewahid berkata...

"ehemmmm... jom le kita belajar daripada kesilapan"

t kasih.
ayat penutup entry yg mahal.

mazru berkata...

salam..

setuju dgn bang pie atas te..

banyok pengajaran di Melaka yek..

Nida n' Hanafi berkata...

Tengok gambar sungai tu... terbayang, kalaulah boleh mendayung gondola di situ..alangkah bagusnya...

kelompen berkata...

salam weh
koi ralit pantun te..
ralit juga gambo tepi tebing sg melaka. memang macam eropah, macam ade je laksamana nengok org lalu lalang...

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, keh cuma nik jawab pembayaang pantun tu aja,

Kok iya pun sungguh bagai dikata,
tak kan pulok nyawa dan badan nok diserahkan

terokai seni berkata...

assalamualaikum kengkawan semua:

abg pie: hidup ni satu pembelajaran yang berterusan, yang silam jadi sempadan dan pedoman

mazru: hiii orang melake kene le belajau lebih

nida: tu ari ada eye on malaysia.. pas tu bunyinya berebut sampai masuk mahkamah. la ni dah gondol laaaa

abg kelompen: huh, kitorang dok tepi tu nunggu 'laksa mana' ada le

kok lipih weh: koi mula nok nyambung pantun ter, takut pulok saloh... doh ander orang nyambungnya kira betui le menda ander dalam kepala koi nih

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,930

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak