eh, cerita poligami lagik.. bosan tul tak de cerita lain ke... memang tade cerita lain sejak nabi s.a.w membawa wahyu bahawa orang islam bule kawin empat, itu le topik sangat sensasi yang diperdebatkan sepanjang zaman.
tajuk di atas diluahkan seorang pemuda cina kat aku masa bersembang atas kapal terbang ketika kami sama-sama nak balik ke k.l dari aloq staq. aku pon tak ingat bila dan camana cerita kawin ni dimulakan. yang pastinya ayat itu sedikit menyentak naluri memelihara agama. lantas aku membetulkan pemahamannya. "bukan melayu, tapi islam... maknanya semua lelaki islam bule kawin lebih dari satu. islam membenarkan kawin lebih dari satu tapi tak lebih daripada empat orang..." ha ha ha dia ketawa suka sangat. maklum la sembang orang lelaki tentang kawin mestilah mempunyai persepsi yang pelbagai. yang penting dia paham perbezaan melayu dengan islam.
sambil gelak aku cakap kat dia, "u lelaki, saya pon lelaki. u jangan tipu saya. cantik camana pon isteri u, kalu awek cun lalu u mesti tengok punya, tul tak?, kalau bule mau ditelannya!" ha ha makin kuat dia gelak dalam kapal terbang yang sedikit sepi tu. dalam ati aku, "awek dok depan ni, mesti panas je telinga diorang cerita pasal poligami."
"betul-betul" dia kata kat aku. "haa itu tandanya orang lelaki tak cukup satu, kan?" cam biasa dia tersengih. "u tau maharaja cina ada berapa gundik?" dia geleng kepala. "dua ribu!" aku kata... "wa itu macam ka?" "ha la." "jadi, lelaki ni kalu diberi kesempatan semua dia nak sapu" dia ketawa lagi, terangguk-anguk. "tapi islam memahami fitrah manusia lelaki tu maka diberikan sedikit ruang, bule lebih dari satu tapi tak lebih daripada empat" "cuma lebih baik satu jika kamu tak dapat berlaku adil. maknanya islam sesuai dengan fitrah manusia. islam bukan galakkan supaya kita kawin empat cuma hukum tu je membolehkan kawin sehingga empat dengan syarat boleh berlaku adil"
dan sebelum kami berpisah, dia berulang kali menyatakan seronok dapat bersembang dengan aku. aku ketawa aje le. semoga dia faham tentang islam.
Selasa, 2 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 zmn org suka mengomen:
Salam tuan..
Nasib baiklah manusia ni tak macam ular sawa, boleh terus ngap mangsa, kalau tak habislah pupus anak2 dara kat muka bumi ni, asyik kena telan dengan lelaki berhidung belang jer...
Hehehehehehehe (sengih panjang)
PO LI GA MI~ Wahhhh, kalau ditanya dengan mana2 perempuan pastinya takde siapapun rela.
Setuju, lebih baik satu dari bangkit dengan bahu berat sebelah di Padang Mahsyar.
Salam..
Teruskan berdakwah dan terangkan kehebatan Islam berbanding yg lain. Dalam bab perkahwinan pun Islam amat adil. Kadangkala jika ikhlas kita menerangkan, insyaAllah terbuka hatinya utk mencari Allah..
Faham dan kefahaman itu lain anda telah menlakukan yang trebaik.
Salam Saudaraku Cemomoi. Wah, dakwah dengan lelaki cina, umpan dengan cerita kahwin empat. Satu pendekatan hebat. Ada kawan saya masuk Islam (dia Cina) kerana nak kahwin orang Melayu. Namanya Arif Yap Mun Kah. Akhirnya, dialah sahabat yang dakwah kawan-kawan Islam lain supaya rajin ke surau. Saya masih ingat, beliau usung ke hilir ke hulu keset ceramah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi. Masa tu ramai dalam kalangan kami masih berada dalam "kegelapan". Kini Arif telah meninggalkan kami menemui Allah. Mungkin sedang berseronok "di sana" dengan kesudahan hidup yang baik. Moga begitulah hendaknya...Alfatihah untuk Allahyargam Arif...
dakwah dlm santai yg smpurna. tahniah!
assalamualaikum kengkawan blog:
nida:- insyaallah tak abih punya, pasal ular sawa makan sekali lepas tu berehat panjang... yang mana terlepas bule sempat lari. jangan buaya udah le abih dia keronyok ramai-ramai
iris:- madu vs racun, ada masa madu bule jadi racun ada masa racun bule jadik penawar... kita pilih yang terbaik dan buat le sebaik mungkin
shaniza: peluang kebetulan Allah nak uji kita bagaimana kita nak terangkan keindahan islam pada orang... harap kita akan sentiasa diberkati Allah dan diberikan hidayah ketika mempamerkan islam sebenar
akuanakpahang:- semoga kita dan mereka jugak dapat taufik dan hidayah Allah
mybabah:- realitinya orang yang dapat hidayah sering lebih baik daripada kita yang dilahirkan sebagai muslim, umpama si miskin dihadiahi emas lebih menghargainya daripada kita yang dah biasa disalut emas ni. semoga Allah memberikan tempat yang baik untuk saudara Arif di sisi-Nya dan kita sentiasa dalam keberkatan Allah
piewahid:- kebetulan le tu... yang penting "sampaikan dariku walau satu ayat", kata nabi s.a.w kita
Banyak yg dorang salah faham ttg agama kita kan...
Kawan aku yg cina plak..
Dia nk kawen ngan org melayu...pas tu kena sindir ngan kawan2 sebab nak beli rumah (koata BUMI kan murah sikit)
Kenapa nak marah kaum lelaki nak poligami?
Tak kisah nyer... sebab yang nak rasa sakit atau susah pun diri mereka sendiri..
Kalu saya ditakdirkan bermadu, saya tak kisah. Sebab saya jaga diri saya jer pastu..
dia? biarlah isteri baru dia jaga.. Adil, kan?
arryani:- apa pon niat kawan kita nak kawin tu tak kesah le, kita le yang kena bimbing dia. islam melihat kepada maslahah ammah bukan individu.. bila dia kawin islam menjaga bukan kawan kita aje lebih daripada itu dia akan mewariskan keturunan yang akan mentauhidkan Allah... sebab tu murtad sangat dimusuhi bukan sekadar individu itu tapi akan melahirkan keturunan yang mensyirikkan Allah
kak azieazah:- macam ada persamaan psikologi dengan saya, prinsip saya 'lantak korang la nak tergolek atau terlentang ke aku tak peduli' bila ngadap orang yang tak reti bahasa
pengalaman rodong2 koi yg berpoligami ni...mula2 je isteri pertama marah..tapi lepas 3,4 bulan jadi kamcinglah pulak....
cekgu jang:- bia betoi 3 bulan je amik masa ... poweroot tul la. apa la ilmu dia guna ter
Catat Ulasan