ni khas untuk orang pompuan plak.. jangan crita kat suami aaaa
masa belajar dulu, slalu gak aku menjadi tempat luahan perasaan kengkawan terutama kengkawan pompuan... cerita tentang cinta dan kendalanya tu la paling tip top. remaja le katakan. ceh! rasa cam kaunselor la pulak... ada masa seronok dengar cerita orang, sekurang-kurangnya bule djadikan pedoman pada diri. ada masa aku pikir yang aku punya masalah ni camana pulak...
Putus Cinta
satu cerita yang buat aku kaget.. bila satu awek tu nangis depan aku kerana tak bule survive hubungannya dengan pakwe dia yang juga kawan aku... allemak camana aku nak buat bila awek nangis depan aku ni.. orang lelaki bukan ada sapu tangan ke, tisu ke nak menampakkan yang aku ni macho... (sebab tade sapu tangan tu le cuba korang tengok orang lelaki lepas makan dia basuh tangan. lepas tu tangan mesti letak dalam poket... he he he tips bagi suri rumah sila peksa poket suami time nak basuh sluo dia, takut poket penuh sambal buat lap tangan) kes nangis tu kat cafe lak tu.. sibbaik hujung semester.. tak ada ngat bebudak.. dia minta pandangan aku... sebagai kawan aku hanya bole katakan "pilihan di tangan kamu... tiada guna kita paksa diri untuk terima suatu yang kita tak suka.. dah bukan jodoh kena terima le..."
(ni nangis ke tidooo ni?)
cewah sedap je cakap ye dakkk... belum kena batang idong sendiri bule le kita cakap. tapi sebagai kawan kita kena beri dorongan dan semangat. masalah kalau dipendam akan jadi bara, kalu nak cerita cari le kawan yang amanah... tak bole tolong, menjadik pendengar cerita tu pon dah dapat meringankan beban kawan kita.
Madu
dan satu cerita paling teruk aku buat kat kawan aku ni bila aku dah kerja.. satu hari dia tipon aku kat pejabat.. dengan nada sedih dia bagi tau suami dia nak kawin lagik... alasan kerana perkahwinan dia dulu diatur oleh keluarga, bukan pilihan suami.
pertama: aku buat, bila dengo cerita tu aku ketawakan dia... marahnya dia "tu le dasar lelaki..." apa nak heran lelakiiii
kedua: aku suruh dia ucapkan tahniah pada suami dia nak-nak pada hari persandingan tu nanti dengan ucapan "tahniah kerana berjaya melukakan ati saya"
dalam sob-sob menangis tu, aku terangkan pada dia, "ko jangan heran perangai orang lelaki... bini cantik ngalah bidadari pon dia tetap akan cari lagik kerana sifat semula jadinya, fitrah dia diciptakan oleh Allah dah begitu... sama macam Allah ciptakan pompuan memang suka bersolek.. larang la atau jerkah la supaya cepat, bersolek tetap abih sejam punya... kalu kita tau fitrah masing-masing kita sebenarnya telah boleh mencari cara penyelesaian
(mengimpikan rumahtangga yang damai cenggini?)
lepas tu aku bagitau "ucapan ko tu kira gamble, nasib la. kalau suami ko masih dalam angau yang berpanjangan, dia rasa dah dapat lesen le tu... maka dapat la ko kawan baru. tapi kalau kebetulan ko cakap tu, datang sedikit kewarasannya... dia akan berfikir dua kali."
ok cara penyelesaian yang aku cadangkan patut dia ambil adalah dengan cara buat tak tau. "kalu dia balik rumah cakap nak kawin... baik la kau diam. tangan tanya, jangan diperangatkan. ia tidak, tidak pon tidak... orang lelaki jangan dilawan. apatah lagi dicabar. tambah pulak dalam dunia angau. semuanya indah sampaikan lautan api pon sanggup direnang.. cuba time waras suruh dia terjun lombong... banyak la alasan dia... tang alasan masa kawin dulu bukan pilihan tu hanya suatu alasan aje pada aku. orang nak buat sesuatu mesti la ada alasan kan... so sebaiknya jangan ko ungkit tentang dia nak kawin apatah lagi ko marah-marah kat dia.. lelama bila takde adventure, semangat dia pon akan surut." aku ingat peristiwa ni dah hampir lima tahun berlalu, dan sehingga kini aku tak dengar yang suami kawan aku tu dah kawin... alhamdulillah buat masa ini rumahtangga dia masih selamat.. semoga bahagia membawa ke syurga.
Jumaat, 29 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 zmn org suka mengomen:
Hehehehe.. tang episod MADU tu macam cerita pengalaman sendirik jerrrr... Ahaks!
Salam Cemomoi,
Pada pendapat kak lah, orang lelaki ni jika dia nak kawin lebih dp seorang, apa2 alasan pun utk halang dia, dia akan teruskan juga. Jgn marah ya! pendapat kek je.
Jadi kalau diam ke tak diam ke bila dia minta tak jadi halangan pada dia.
saya pon selalu jd tmpt luahan mslh uncler..haha
assalamualaikum kengkawan:-
kak azieazah:- ada orang kata sepuluh tahun pertama perkahwinan akan ada ujian besar melanda... cam entri sebelum ni saya blum lagi ada awek nak mengorat so blum la lagi kot, umur perkahwinan dah nak masuk dah timebase tu...
kak werdah:- asasnya sikap lelaki gitu la.. nasib le. tak kira lelaki atau perempuan, perkahwinan tu ada pasang surut dan rempah ratusnya.. tak suami buat hal kekadang isteri pon ada gak buat hal.. donia akhir zaman, moga kita terpelihara daripada fitnah akhir zaman
jane:- seronok apa dengo cerita orang cuma pandai-pandai le jaga amanah kalu orang minta kita rahsiakan... maklum le yang sulit ni le slalu kita nak crita kat orang dan orang brebut nak korek rahsia dari kita.. apa pun belajar sesuatu daripada cerita orang untuk kebaikan diri sendiri
Salam tuan tanah..
Senjata wanita... pada airmata. Tangisan dapat meringankan sedikit beban yg ditanggung.. wallahualam
salam cemomoi...
sy sbg org lelaki setuju sgt kalo pompuan 2 wt dek je...wat dunoo je ble laki dy nak kawen lgi...
lagi la sonang ambe nk tambah cawangan nt...
agagagaa...
mase skoloh dulu, ande sorg pompuan tu kata dia nak 'bunuh diri' kalu koi xmboh ke dia. mula2 koi pujuk, pahter koi boring sbb dia ngikut ati sgt. pahter letih koi nunggu dia bunuh diri, xmati2 smpai skang...
salam Cemomoi,
Giler tabah kalo boleh nak wat cam xde perasaan je time hubby kata nk kawen laen..hehe pape pon happy ending stori sbb sebab laki dier x jadik kawen :)yea..yea..
Salam..
Madu? Memang sedap minum dengan air suam tiap pagi..
Bermadu pula..ikut persepsi sendiri.
Kalau lelaki nk kawin lain..cakap je kat dia sanggup ke berlaku adil? Kalau tak adil dalam erti kata yg sebenarnya menurut hukum Islam, maka dia dah tempah tempat di neraka. Isteri nk susah apa, selagi patuh pada suami, melakukan suruhan Allah dan menjauhkn laranganNya..insyaAllah syurga tempatnya. lagipun kalau suami nk kawin lain sebenarnya dia dah bagi ruang utk si isteri tu beribadat lebih (tak payah nk ganggu mlm2, boleh buat solat mlm hingga ke subuh). jadi jgn pandang negetif soal bermadu ni. Pandangan mesti sentiasa positif kerana dunia dan kehidupan hanyalah sementara akhirat kekal selamanya.
Assalamualaikum, pada pendapat saya , MADU tu amat manis bagi orang perempuan, tapi pahit pada orang lelaki...tapi mengapa perempuan selalu memberontak bila dia hendak dimadukan.......sepatutnya orang lelakilah yang takut sangat2 hendak memadukan isterinya...renungkanlah...
rerakan maya:
nida:- senjata ampuh kaum hawa.. tapi saya penah pesan kat satu awek tu, menangis tak bule menyelesaikan masalah... tu la masalahnya.
ahmad muslihin:- orang lelaki memang sepakat tang tu, tapi kalu perang dingin, rasa kebas dok dalam rumah... mu tunggu time tu maghi pulok, dok tengok lagu mano
piewahid:- wuih jangan la sampai bunuh diri... tok soh nyekse diri menkala doh didere suami... orang mati bunuh diri roh tak diterime bumi tu dok merayau tok tau hale
ila@cantekmama:- syabas untuk suami dia dan syabas untuk kaum hawa... sian kat kaum hawa sorang lagi tu (awek suami dia tu la, tak ada yang nak mengerti perasaannya)
shaniza:- mesti banyak amalkan petua orang tua-tua ni sebab tu hati cekal.. memang pon kalu kita percaya dan yakin dengan ketentuan Allah tu, pastu madu tu benar-benar memberi kemanisan pada iman
lipislady:- koi sokong beno, paling tidok pon ada ghodong nak nyembang pasal perangai suami ter
LELAKI YANG BERNIAT POLIGAMY, SUDAH TERLIHAT TAK AKAN ADIL SEDARI AWAL...KARENA ITU SAYA TIDAK PERNAH SETUJU DENGAN POLGAMI HE HE HE
pelangi anak:- tak apa, kita boleh sahaja tak setuju dari kepincangan pendekatan pelaksanaan poligami asal saja tidak menyanggah hukum Allah. keadilan terlalu abstrak, siti aishah juga cemburu kerana nabi s.a.w. sangat sayang pada siti khadijah
wah...nk pinjam cerita untuk siapkan keje skolah bole?????
nurin: bule, bule ... takpe kongsi maklumat
Catat Ulasan