Jumaat, 12 Februari 2010

kalu tade kerja, aku akan tanam bunga kat rumah.. ala bukan susah sangat, cucuk aje.. tak idop cari bunga lain pulak... kalu susah sangat beli aje.. tapi pengajaran yang aku dapat: satu apek tu bagitau aku tentang cara jaga bunga tu, "kalu lu beli bunga, lu tanya saya.. saya cakap lain. kalu lu beli pada tokey lain, nanti dia cakap tatak selupa mau jaga bunga yang sama... apa pasat? pasat dia hali-hali mau lu beli bunga.. beli mati, beli mati maaa..semua olang akan cakap tak sama supaya bunga mati maaa."

heh, manosia meniegaaaa

aku bukan nak cerita pasal bunga sebenarnya.. ni nak cerita pasal dah lebih sepuluh tahun kerja ni... aku rasa dapat buat kesimpulan tentang rakan kerjaya:

ada empat jenis orang bekerja:-

1. pandai bercakap tapi tak pandai kerja = untung
2. pandai kerja tapi tak pandai cakap = malang
3. pandai cakap dan pandai kerja = baguih
4. tak pandai cakap dan kerja pon tak pandai =he he he.. kategori mangkuk jugak le ni

yang paling untung no. 1 tu. sebab asyik membuntuti bos sambil tak renti bercakap lepas tu suruh orang buat kerja dia tolong present aje... "nah bos, saya dah siapkan..." cantekkk punya ayat! segala menda dia akan dapat.

paling malang.. yang introvert ni la.. tekun buat keja sampai tak tau hari malam ke, siang ke.. siap keja bagi kat bos yang perangai macam no. 1 tadi... alamatnya sampai bila-bila cam tu jugak la duduknya... siannn

yang bagus ni tadi... dia pandai cakap dan pandai buat kerja. mesti le dia tau skill orang nak pijak dia.. so dia bole lawan balik no. 1 tu, pandai bersilat le dan akhirnya akan menjadi huru-haralah organisasi kita.

yang mangkuk hayun ni lak... ada baik jugak sebab dia dalam dunia tersendiri.. lantak le apa nak jadi dengan organisasi, janji tiap bulan masyukkk... perabih duit rakyat ini le orangnya... harap kita bukan dalam kategori yang ni.

berfikir-fikir kat mana aku duduk... membuatkan aku lemas jugak dengan gaji yang dapat. sesekali dok pikir baik jugak aku balik kampung dok noreh getah aje.. ati senang takde sapa nak marah.

Aku Tak Marah, KU TAK KESAH

8 zmn org suka mengomen:

azieazah berkata...

Ya benar... ada banyak kategori. Tapi Kak Azie rasa lebih malang lagi bila BOS yang kita dapat pun jenis tak reti nak “tengok orang”. Mata dirabunkan oleh orang2 yang konon bijak mengaburi.. lemasssss..

Berusaha untuk jadi yang terbaik, kerja itu ibadah. Ikhlas itu wajib ada dalam hati. Kalu niat tak betul, rasanya apa dibuat pun sebenarnya tidak akan menjadi betul....

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Mana2 kategori org pun kalau buat kerja tak ikhlas kerana Allah, segalanya tertolak dan tak dikira ibadat. Mana lebih penting dipandang bos ke atau 'dipandang' oleh Allah? Tentu kita nak kerja kita 'dipandang' Allah agar dpt keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kita semua tergolong di dalam golongan yg bekerja krn Allah serta mendpt keberkatan dan keredhaan Allah.

endiem berkata...

kerja lah dengan ikhlas.. kategori ke 2 dan ke 3 dah kira bagus. pada jadi kategori yg pertama baik jadi kategori ke4

Nida n' Hanafi berkata...

Salam ..

Apalah gunanya pandai membuntuti boss seandainya ramai di belakang kita menyumpah seranah.. tak berkat hidup. Tak suka pada umat yg pandai mengampu tapi hampeh bila buat kerja...

piewahid berkata...

tambah sikit:
ikhlas & anggap kerja sbg ibadah.
kalu boss mangkuk hayun tak nampak kerja kita, jgn risau. BOSS MAHA TINGGI sentiasa nampak dan beri ganjaran dlm bentuk yg jauh lebih hebat!

saharul berkata...

lepas bace en3 awok ni, koi nok muhasabah diri koi......no berapa letaknya.....

I'm Seri berkata...

Salam.

Suka pepatah 'diam-diam ubi berisi.'

Saya lebih suka kerja yang pandai cakap dan pandai buat. Tapi lebih baik 'cakap sikit....kerja mantap.'

salam rehat Cemomoi.

terokai seni berkata...

assalamualaikum rerakan blog, jawab dari jauh ni kat kola tengganu:

k, azieazah: bos walaupon kenal orang ngampu dia, dia tetap suka sebab sifat manusia suka di kelilingi ramai juak-juak supaya nampak hebat

lawa henpon tu...

shaniza: tul tu, kerja perlukan kepuasan selain keredhaan Allah sebab rezeki tu untuk famili

endiem: mai pilih, mai pilih... cari le yang terbaik untuk diri kita

nida: kita tak sama, tak semua orang berfikir cam kita. tu yang payah tu.. apa pun itu le rempah ratus dan cabaran idop

piewahid: wuiyooo Maha Tinggi tu yang azab tu... jangan bos kita jadik mahafiraun sudah la

cekgu jang: dah jumpa ke kategori mana ter

iris: gitu le hendoknye orang muda, jiwa muda semangat membara

pssst: mentok mahap, lambat reply sebokkk makan kopok lekor lupa kengkawan maya

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak