Tanda-tanda orang-orang celaka tu ada empat:
Pertama, lupakan dosa-dosa yang lepas dan tidak mahu bertaubat
Kedua, ia mengingati amal ibadah yang dibuatnya, menghitung berapa banyak sedekah jariahnya, berapa banyak sembahyang yang dibuat
Ketiga, orang yang berkenaan sentiasa memandang orang yang berdarjat, tidak pandang orang yang miskin dengan sebelah mata pun
Keempat pula, dalam hal akhirat orang itu merasakan dirinya saja yang sudah sempurna, memandang hina orang yang tidak sembahyang, tidak puasa serta mengamalkan hukum Islam, seolah-olah dirinya seorang saja orang Islam yang tulin, itulah tanda-tanda orang yang celaka di dunia.” (Tamar Jalis, Siri 61)
apa relevannya artikel ini dengan gambar latar penghias? tak ada apa-apa perkaitan sekadar nak berkongsi rasa, pertama kali aku naik kapal terbang ati aku terdetik adakah ini yang kita akan rasa di kala roh diangkat ke langit dan kita akan melihat bumi semakin kecil, kecil, kecil dan akhir hilang sebelum kita dihimpunkan di alam arwah.
fikir-fikirkan...
Selasa, 12 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 zmn org suka mengomen:
Salams.
Terima kasih pesanan ni. Yang keempat tu sungguh saya suka.
Oh ya, ke manakah kembara Cemomoi menaiki kapal terbang ni? Best kan.
Salam Tuan...
Terima kasih kerana saling ingat-mengingati..
p/s: saya pun nak bertanya.. naik flight tu nak kemana?.. nak ke sini ker??? :-)
nasib baik le sifat tu takde kat diri koi ni....harap2 Allah SWT jauhkan dari sifat celaka tu kat kome anak beranak dan rodong2..
assalamualaikum teman blog:
iris:- cuak gak ... tapi part paling syok bila dia nak naik dan time amik corner
nida:- juga buat soalan iris, mula g kk, paling jauh g ostolia, paling dekat ulang-alik klate la ni dah kurang aktiviti dok opis je le
cekgu jang:- alhamdulillah, baru bule jadik cekgu contoh. apa pun sama-ama le kita sambut doa cekgu tu.. aminnn
Salam ziarah dan kenal.
Dulu2 slalu naik flight dan setiap kali naik flight, sy akan ngucap dulu :)
Assalamualaikum, masa keh balik dari kucing ada makcik yang duduk sebelah keh tuh sik dail talipon sejak diawan biru lagi, bila dah nak mendarat di Kl kira dah ada linelah, nye bantai berborak dengan anak nya..sampai ke mendarat...
Salam..
"Ya Allah, aku mohon ampun kepada-Mu untuk sesuatu yang aku tahu mahu pun yang tidak aku tahu..."
Assalamualaikum,
Keh suka bergaul dengan orang miskin, mereka nih lebih ikhlas dan jujur dalam pergaulam...
kengkawan maya:
intan: gitu le sebaik-baiknya, mulakan perjalanan dengan doa.. elok juga amalkan bismillah lima setiap kali nak naik kenderaan selain doa yang biasa dibaca
shaniza: semoga Allah memakbulkan doa yang baik untuk kita semua
lipislady: sik ada line tuh atas belon.. nanti kena marah dek pilot kan susah... hari ni orang miskin yang jujur pon payah nak cari
me insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg inih.. salamm akak cemomoi tewww..
en_me:- kita manusia ni memang tak sunyi dari kelemahan dan kekurang tu.. salam penuh penghargaan kerana sudi bertandang dan meninggalkan jejak
Catat Ulasan