Rabu, 6 Januari 2010

"Siapakah saudara kamu?" merupakan soalan yang macam pernah kita dengar tapi di mana ya?... pikir, pikir dan ingat, ingat di mana ya... ye betul soalan tu kita biasa dengar bila tok imam baca talkin... patut la payah nak ingat sebab dah lama tak berziarah kematian hingga ke liang lahad. kalau berziarah hanya sampai di tangga rumah jenazah. nampak ada sekeping dua biskut mayat, kita hayun dengan kopi... selesai jengok kita balik. maklum la sekarang ni disibukkan dengan hal-hal keduniaan. tinggalkan dulu cerita berziarah jenazah tu.

sebenarnya nak berkongsi sedikit tentang ceramah sorang ustaz tu bila dia sebut soalan "Siapakah saudara kamu?" kita yang terangguk-angguk dan tersenguk-sengguk ni pantas menjawab dengan nada yang slow, "Saudaraku adalah semua orang muslim!" petah lagi bergaya ketika ini kita menjawabnya. tetiba ustaz meninggi suara macam tau-tau je kita sedang menjawab soalan tersebut... "Betul ke itu sedara kita? sedangkan lapar dahaga mereka kita tak penah amik tau. jiran sebelah tak kenal nama bahkan tak bertegur sapa? abih tu sedara kita yang tertindas di Patani, Mindanao, Kashmir, Iraq, Palestin dan serata ceruk alam ni, penah ke kita tanyakan khabar." dalam ati menjawab, "ada la jugak ostat, time diorang mintak derma tsunami dulu bagi sikit, boikot barangan israel dan amerika dulu joint la jugak, baru ni bila nak buat korban kitorang buat di Kemboja..." ati nak aje menjawab tuuu.

bukan apa, semenjak dua menjak ni banyak sangat isu yang sensitif. isu lama yang tertunggak, tak selesai, tambah dengan isu baru. makin banyak isu keluo makin parah kita sesama sedara muslim ini berterabo. sema nak jadik hero. harap diorang yang hebat di pentas politik dapat bezakan survival politik dengan akidah. pertautkan semula mana yang terlerai.

aku pon sampai dah lupa pada 'seni' yang mendamaikan. sibbaik petang semalam hujan lebat kat kl, dapat juga aku jalan kaki redah hujan di kala orang lain dok menenggek di kaki lima menunggu rahmat Allah tu berenti turun. sejuk ati...


* dulu abuya arqam ada menelah yang orang melayu akan muncul sebagai pembela agama islam mengikut rotation barat eropah dan timur,

11 zmn org suka mengomen:

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, sekali sekala main ujan best kan cemomoi,

Yang penting setiap kali ziarah orang mati, hati mestilah timbul rasa keinsafan, lebih baik lagi bila terfikir, esok giliran aku pulak..

Unknown berkata...

Perbedaan pendapat tu satu rahmat
Perbezaan pendapat/pandangan pun bukanlah satu perpecahan..
Perbezaan Aqidah tu lah yg kena dok jaga..

saharul berkata...

entah le....bilalah agaknya umat islam nak bersatu menentang kekufuran..

Unknown berkata...

Salam Saudaraku Cemomoi. Saya cuba memahami dalam konteks mana perbezaan pendapat/pandangan membawa rahmat. Hadis Nabi s.a.w. ada menceritakan hal ini, tetapi untuk konteks yang berbeza. Apa yang kita saksikan sejak mutakhir ini, banyak perbezaan pendapat yang bukan membawa rahmat, tetapi membawa perpecahan dan permusuhan. Adakah kita nak menyalahkan hadis Nabi s.a.w. atau kita sendiri tidak memahami konteks. Wallahualam.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Rasulullah SAW bersabda;
" Harta tidak akan berkurangan kerana disedekahkan. Dan Allah akan menambah kemuliaan seseorang kerana memafkan. Dan jika seseorang bertawaduk kerana Allah, maka Dia akan mengangkatnya."

terokai seni berkata...

rakan maya:-

kak lipihlady:- kecik-kecik asyik kena maroh main hujan doh tua-tua gini tak ander sapa nok maroh koi balun le... besanya keinsafan ni kejap beno datangnya... abih lama seminggu, payoh tui

abg lanabulu:- saya setuju sangat le tu, perpecahan akidah menjadi jurang paling beso dalam mazhab akidah berbanding mazhab fikh

cekgu jang:- gone gayanya nok menunggu lahirnya pahlawan terbilang macam salehuddin al-ayubi untuk menyatukan ummah

abang mybabah:- perbezaan pendapat biarlah lahir dari minda yang berautoriti. ijtihad dilakukan oleh ulama berwibawa bukan sebarang orang... hari ni kita yang ngaji masa kecik-cik aje pon dah pandai nak buat hukum tu le yang rosak tu

kak shaniza:- tima kasih saling mengingatkan...

Tanpa Nama berkata...

kdg2 berbeza pndpt buat otak kita fikir tangkas

I'm Seri berkata...

Salams.

Ya.

Berbeza pendapat melahirkan lebih banyak idea dan jalan penyelesaian yang lebih efektif.

Konsep syura itu penting.

terokai seni berkata...

setuju benar dengan pendapat jane dan iris, memang perbezaan akan mengaktifkan minda untuk berfikir dan berfikir secara lebih bernas... cuma ada had dan sempadan macam sabda nabi yang antara lain bermaksud 'jika agama dipegang oleh orang yang bukan ahlinya tunggu je la saat kehancuran'

ummi ida berkata...

Salam,penghayatan tentang saudara seislam kurang dihayati kerana manusia kini lebih bersikap materialistik.Hanya pentingkan survival diri sendiri

terokai seni berkata...

benar tu ummi ida... dan benar juga kata nabi kita.. sampai satu masa orang islam akan berhadapan dengan penyakit 'hubbud dunya wa karahatul maut' ketika itu kita asyik dengan meterial hingga lupa pada agama

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak