kalu ada oghe klate hok dok baco kawe tulih ni silap, mintok maaf dan tulung perbetulkan le
Selasa, 27 Oktober 2009
Oktober 27, 2009
terokai seni
identiti, kawin
4 comments
hampir setahun setengah berada di negeri klate, ada beberapa perkara baru yang aku blajar dan barangkali ble le dikongsikan bersama bagi sesapa yang nak kena transfer ke sana cam aku ni. pertamanya tentang 'semayang hajat'. dalam pengertian biasa kita buat solat hajat untuk memohon sesuatu dari Allah. tapi pengertian di sini ialah 'kenduri kesyukuran'. bila aku cuba blajar berbahasa klate aku guna 'bekwah' rupanya 'bekwah' itu ialah 'kenduri kahwin'. dalam keadaan biasa, kita gunakan kenduri sebagai acara jamuan makan le ni cam kenduri kesyukuran atau kenduri kawin. so perhatikanlah perbezaan bekwah, solat hajat dan kenduri itu sendiri dalam konteks oghe klate.
seperkara tentang kenduri kawin diorang ni yang menarik perhatian aku ialah penggunaan kad jemputan kahwin. korang tengok betul-betul sebelum nak pegi 'bekwah' ni. kalu kad tu tertulih 'walimatul urus', retinya itu ialah jemputan kenduri kahwin di pihak perempuan. so kalu nak datang siap sedia la dengan 'salam kaut'. tapi kalu dia tulih 'kenduri kesyukuran' atau 'majlis menyambut menantu', haa korang sediakanlah hadiah yang bereben-reben tu dan biasanya orang tak le buat 'salam kaut' dah. tang hadiah pon satu crita gak. kalu datang sorang takpe la tangan kosong, kalu datang dengan oghe pue (bukan oghe ghumah ye... bahasa standard org rumah tu ialah isteri, di kelate oghe rumah merujuk kepada si suami) kena le bawa hadiah tu tadi... sesak napas jugak aku nak memahamkan adat baru yang berlaku di negeri cik siti wan kembang ni. aku tak tau la sapa yang mula-mula mencetuskan fenomena budaya baru ni. so kalu ada penggiat budaya negeri klate ni keno lah buak kajie sikit tentang tranformasi budaya yang agak 'unik' ni...
kalu ada oghe klate hok dok baco kawe tulih ni silap, mintok maaf dan tulung perbetulkan le
kalu ada oghe klate hok dok baco kawe tulih ni silap, mintok maaf dan tulung perbetulkan le
Related Posts:
DuNiaKu CaCaMerBa 23 susahnya idop waktu kecil di cemomoi sekitar tahun 1970-an dulu masih terngiang-ngiang. ke skoloh dengan kasut getah, disimbahi lecah atau debu tanah merah time lori tangki minyak sawit lalu ketika kitorang berjalan ka… Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 24 dulu dah citer masuk tv, kali ni nak citer masuk paper lak. sama macam crita budak penanggah, mula masuk paper pon sebagai budak penanggah. ketika tu aku pengurus projek perasmian pelancaran penggunaan bahasa kebangsaan … Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 17 journey to china cerita gi china bermula kat sini. kali ni nak detailkan sket perjalanannya. china seekor naga yang baru terjaga dari tido yang panjang. bingkas bangun daripada mimpi yang macam-macam... sama macam … Read More
patah tak tumbuh hilang tak berganti p.ramlee to guru koi tips supaya tak banyak bercakap time berceramah https://www.youtube.com/watch?v=v4r_qWoujuQ … Read More
DuNiaKu CaCaMerBa 26 selain pen dengan pensel, aku pnah gak melukih gunakan cat dan spray. sorang kawan dari skoloh kuantan mempelawa aku joint venture bisnes lukisan dengan gunakan spray kat skoloh waktu tingkatan 6 bawah. fariz, kalu tak … Read More
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 zmn org suka mengomen:
Berkenal adat resam tu elok laahh..
tapi jange dok kenal lebih denge mek kelante udah lee..hee
Selamat merantau..
stakat ni dah slamat.. oghe ghoyak kalu gie klate keno skmk (nama sebuah syarikat bas ekspres) retinya 'sampai klate mesti kawin'. tapi nampaknya tak menjadik... pasal dah balik smula ke dari perantauan cuma pesan kat org yg nak g sana la pulak jange lupo mek hari-hari dok pangge abe, abe... hok tu dok jadik skmk tu
hehehe....x pa kat na pun kita kan 1 malaysia..tapi yg penting kedah sejahtera.
betoi dah tu... awat kedah la ni apa crita... dah lama tak pie tak tau crita dok dengaq pepa hingag ja harap sejahtera la nuh
Catat Ulasan