Jumaat, 9 Oktober 2009
- Oktober 09, 2009
- terokai seni
- identiti
- 2 comments
ahad0206199606.30p.m
penuh tul jadual harian. semalam roommate, abang mat kawin, esok lak ada program Motivasi Khidmat Masyarakat kat Felda Lakum. so hari ni aku bertolak awal daripada member PKAP (pasal diorang naik van, aku layan motor). hujan punya la lebat spanjang jalan stat dari serdang sampai la kat karak. dah tu k.l jammed. syok betul mandi hujan atas motor. sure la member-member aku sangkut punya. elok juga beg pakaian aku dalam van sama diorang. tapi skali pikir, kalu aku sampai dulu kang camana ni. aku takde baju ni. nak lepak semejid, baju basah lenjun.. aiseh camana ni.
dalam dok pikir-pikir atas motor, aku lalu kat depan rumah zai, kat karak setia. nampak la aku roneh, abang dia (senior aku kat Temerloh) tengah termenung dalam hujan, layan feeling gamaknya. so aku berenti nyembang la dengan dia sambil nunggu van member sampai. seronok dok sembang tapi ati aku tak senang pasal hari makin lewat, diorang tak nampak batang hidung lagi. aku basah kuyup ni. hari dah mula nak maghrib. last roneh paksa aku singgah rumah dia, tido sini laa... eh! tak mau la (aku ada personel konflik dengan zai. tapi aku tak pasti la zai anggap aku camana. segan le aku) macam-macam alasan aku bagi, dia tak pedulik... memang le ye dak, pasal dia tak tau hapa-hapa. adui!! (sebelum ni aku pernah selisih faham dengan zai. puncanya aku dah tak ingat tapi angkara mulut kengkawan la ni. niat ati aku, aku nak jarakkan diri dengan harapan toksah simpan perasaan kat aku... tak tau le kot aku yang perasan)
MyNiceSpace.com
malam tu, dengan berkain pelekat dan berbaju T si roneh, aku tebalkan muka terpaksa gak tegur zai. eh! dia ok aje.. sah aku yang salah sangka kot selama ni... heeee ni member punya pasal la ni. aku sembang sampai malam buta ngadap tv berdua. dalam ati, aku dok ngutuk kawan aku yang kenen-kenenkan aku dengan dia. barangkali dia nak aku jadik special freinds kot, tapi tak kena cara. aku plak ada alasan tersendiri untuk tidak mau orang simpan ati. aku dapat rasakan apa yang aku andaikan betul bila zai sendiri ngaku dia jarang jumpa awek yang dok kenenkan aku dengan zai tu. jadik, kesimpulan aku, barangkali dia buat-buat cerita supaya aku akrab le dengan zai. gamaknya la. aku tak la marah sangat cuma terkilan. hubungan baik aku selama ni dengan zai jadik terjejas sampai dia jadik jauh ati plak dengan aku. sori la zai. gitu la gayanya kengkawan sekolah. esoknya lepas sarapan aku minta maaf banyak-banyak dengan dia tanpa menyebutkan apa-apa sebabnya, terima kasih atas layanan baik dan sudi tumpangkan aku bermalam di sini. lalu aku teruskan perjalanan ke destinasi sebenar. wohhh! rupanya ada hikmah aku bernaung di rumah kawan baik tu. malam itu, sementelah aku syok bersembang, rupanya orang di Lakum sedang berkumpul hendak menyambut 'anak angkat' katanya. ya Allah! menda ni la yang aku paling tak nak. bukan tak sudi, tapi aku tau, banyak program anak angkat hanya hangat-hangit taik ayam je. abih program semua balik ke kampus, tinggal le mak ayah angkat tertunggu-tunggu khabar berita macam menunggu buah yang tak gugur. sian kat orang tua tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 zmn org suka mengomen:
bestnye join anak angkat...teringan nak join famly yg dok kat dusun buah-buahan...9leh makan buah2 kat bwh pokok) bestnyeeee
cemomoi banyak buah... kelapa sawit laaa... he he tapi sdap gak makan buah leroi bakar atau yg direbus.. nak cuba try test makan leroi panggang jom le
Catat Ulasan