Sabtu, 25 Januari 2020

MENURUT Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, beliau mengatakan:

"Sungguh, engkau dianggap sebagai orang yang celaka jika tidak merasa malu kepada Allah Subhanahu wataala, jika engkau menjadikan dinar sebagai tuhanmu dan menjadikan dirham sebagai tujuanmu, sedangkan engkau melupakan-Nya sama sekali! Sungguh, takdirmu telah dekat!

Maka, jadikanlah kedai-kedai yang kau miliki dan semua harta benda untuk keluargamu adalah semata-mata kerana perintah syariat, namun hatimu harus tetap kukuh bertawakal kepada Allah.

Carilah rezekimu dan rezeki keluargamu hanya daripada Allah SWT, bukan daripada harta benda dan perniagaanmu. Dengan demikian rezekimu akan mengalir, begitu pula rezeki keluargamu. Kemudian, Allah juga akan memberimu kurnia, kedekatan dan kelembutan-Nya dalam kalbumu. Dia akan mencukupi keperluan keluargamu dan keperluanmu melalui dirimu sendiri!

Allah juga akan mencukupi keluargamu dengan apa yang Dia kehendaki dan sebagaimana yang Dia kehendaki. Akan dikatakan kepada kalbumu, Ini adalah untukmu dan keluargamu! Namun, bagaimana mungkin engkau boleh menerima perkataan seperti itu jika seumur hidupmu bersikap musyrik?

Engkau tidak pernah merasa kenyang dengan dunia dan terus menerus mengumpulkan harta. Allah SWT menutup pintu kalbumu dan segala sesuatu tak akan boleh masuk ke dalamnya. Dia hanya menurunkan peringatan dalam kalbumu. Maka, bertaubatlah daripada amal-amal burukmu dengan sebenar2 taubat.

Hendaknya engkau menyesali rosaknya perjalanan hidupmu dan akhlakmu yang buruk, dan hendaklah engkau menangisi setiap perkara yang telah terjadi pada dirimu.

Lalu, bantulah orang-orang fakir dengan hartamu dan janganlah bersikap bakhil, sebab tak lama lagi engkau akan berpisah dengan hartamu. Ketahuilah, seorang Mukmin yang meyakini adanya pergantian di dunia dan akhirat, tentu dia tidak akan berlaku kikir/bakhil di dunia ini!"

 -- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani wal-Faidh Ar-Rahman.

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, "Allah yang paling berhak menjadi tumpahan harapan dan rasa takut. Bahkan, sekalipun Dia tak menciptakan syurga dan neraka. Taatlah kerana Allah semata! Bukan kerana harapan pahala-Nya dan takut terhadap siksa-Nya!

Mentaati-Nya adalah melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-larangan-Nya, serta menerima segala takdir-Nya. Maka, bertaubatlah kepada-Nya. Merataplah di hadapan-Nya. Tunjukkanlah kehinaan dirimu dengan cucuran air mata dan tangisan kalbumu!

Menangis adalah ibadah, kerana itu merupakan bentuk kehinaan diri di hadapan-Nya. Jika kalian mati dengan membawa taubat, niat tulus dan amal soleh, maka Alllah Azza wa Jalla akan menyelamatkan kalian!"

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.

"APAKAH ibadah yang lebih utama daripada orang-orang yang berkumpul untuk berzikir kepada Allah SWT?"

"Jika kamu bertanya, apakah dalilnya bahawa berkumpul untuk berzikir itu suatu ibadah yang utama?"
Jawapan pertanyaan tersebut adalah bersandarkan kepada hadis riwayat Imam Muslim dan al- Tirmizi yang bermaksud:

“Tidaklah duduk suatu kaum untuk berzikir kepada Allah melainkan para Malaikat akan mengerumuninya, rahmat akan menyirami mereka, ketenangan akan turun pada mereka dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di depan para Malaikat di sisi-Nya!“

 Semoga beroleh manfaat.
Wasalam.

Jumaat, 24 Januari 2020

dalam segmen 'duniaku cacamerba', aku tumpahkan segala pengalaman idop yang membentuk identiti, cita-cita dan harapan idop.

memang mustahil untuk jadi manusia sempurna, tetapi sekurang-kurangngya aku mencuba segala bidang seni daripada penulisan ilmiah, cerpen dan puisi, lukisan dan khat, pertukangan kayu dan simen, arca, ukiran, fotografi, video, dan apa-apa je la untuk menerokai kelainan dalam bidang kemahiran.

semua itu kerana melayan jiwa muda

meningkat usia, kederat pon terbatas, dulu jalan kaki laju, nak laju lagi bawak kapcai.. bila 4 siries, jiwa pon dah slow. patut la kita besa tengok orang cam gini dah mula beralih arah minat lagu-lagu lama, daripada rock kepada dangdut... lebih teruk daripada itu, daripada minat kat awek mata mula tengok kat janda... kikikiki...

maka aku beralih arah kepada jiwa easy rider. gamaknya, daripada jiwa kacau nak jadil lebih cool and steady

sebenonya, ada beberapa perkara seblom aku buat keputusan nak amik moto jenis ni. pemilihan moto sebenonya melambangkan identiti kita. kalu korang jenis mat jambu maka sesuai le pakai skuter atau vespa, kalu kategori mat smart eeelok la pakai touring, naked atau superbike... maklum la nak kena pakai suit khas slain geng ni slalunya t-shirt mesti masuk dalam... 

tapi kalu jenis sempoi atau serabai, sesuai le korang pakai motor kangkang gini... walopon ada je yang smart pakai moto ni macam terminator tu, lebih banyak yang jenis muka poyo macam tak sudah tu yang layan moto camni. 
tak caya, cer tengok mat salih geng punk.

wokehhh, ada masa kita sambung lagik yea, insha Allah

jangan lupo subscribe youtube ; 'budak cemomoi'






IMAM Al-Ghazali mengatakan bahawa pada Hari Kebangkitan (Yaumul Qiyamah) nanti semua makhluk akan berdiri dengan mata menatap ke atas dan hati yang sangat hancur. Mereka tidak lagi diajak berbicara dan tidak ada yang menaruh perhatian terhadap keadaan mereka selama 300 tahun.

Mereka tidak akan makan sesuap pun dan tidak minum seteguk pun. Juga tidak mendapatkan hembusan angin yang sejuk.

Al-Hasan mengatakan, "Apa yang boleh kau bayangkan tentang suatu hari ketika manusia akan berdiri di atas kaki mereka selama 50,000 tahun, tanpa makan apapun atau minum seteguk pun, dan ketika tenggorokan mereka telah terputus karana dahaga dan perut mereka terbakar, kerana lapar, mereka malah dibawa ke neraka dan diberi minum daripada mata air yang mendidih yang panas dan titik didihnya telah dilipatgandakan?"

Imam Al-Ghazali memberi nasehat, "Maka camkanlah lamanya hari itu dan beratnya masa penantian agar engkau merasakan keringanan menahan sabar daripada perbuatan maksiat selama hidupmu di dunia yang fana ini. Ketahuilah bahawa seseorang yang lama masa penantiannya di dunia, kerana bersabar menahan diri daripada perbuatan maksiat, tentu masa penantiannya hari itu akan sangat singkat."

Ketika ditanya tentang lamanya hari itu, Rasulullah SAW bersabda: "Demi Dia yang jiwaku berada di tangannya. Hari itu akan diringankan bagi orang yang beriman sehingga ia menjadi lebih singkat baginya daripada solat wajib yang pernah dilakukannya di dunia."

- (HR Ahmad dan Ibnu Hibban).

Kerana itu, berjuanglah agar engkau termasuk di antara orang-orang yang beriman. Setiap hembusan usia yang masih tersisa menjadi tanggungjawabmu. Maka, bekerjalah di hari-hari yang singkat sebagai bekal bagi hari-hari yang panjang nescaya engkau akan memperolehi keuntungan berupa kebahagiaan yang tak terbatas.

Anggaplah umurmu singkat saja, begitu juga umur dunia, sebab sekiranya engkau tetap tabah selama 7,000 tahun melepas diri daripada 1 hari yang lamanya 50.000 tahun, maka keuntunganmu akan sangat besar dan keletihanmu terasa tak seberapa!"

-- Imam Al-Ghazali, kitab Dzikrul-Maut, Ihya Ulumuddin.

"PENYEBAB kebutaan kalbu adalah kerana adanya tabir gelap (al-hujub azh-zhulmaniyah), lalai dan lupa kerana jauhnya diri daripada menepati janji pada Allah saat di Alam Arwah. Adapun sebabnya lalai adalah kebodohan seseorang terhadap masalah hakikat Ilahiah.

Kebodohan ini timbul kerana kalbu dikuasai oleh sifat-sifat tercela, seperti sombong, dendam, dengki, kikir, ‘ujub, ghibah (mengumpat), namimah (mengadu domba), bohong dan sifat-sifat tercela lainnya. Sifat-sifat inilah yang mengakibatkan manusia jatuh ke darjat yang paling rendah. Adapun cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela tadi adalah dengan membersihkan cermin kalbu dengan alat pembersih tauhid, ilmu dan amal; serta berjuang dengan sekuat tenaga, baik lahir mahupun batin. Semua itu, akan menghasilkan hidupnya kalbu dengan cahaya tauhid dan sifat-sifatnya. Bila seorang manusia telah berhasil menghidupkan hatinya, maka ia akan ingat pada Negeri Asalnya (Alam Lahut).

Setelah ingat, ia akan rindu pulang dan ingin sampai ke negerinya yang hakiki. Dan, ia akan sampai dengan pertolongan Allah. Selanjutnya, setelah tabir gelap (al-hujub azh-zhulmaniyah) hilang, maka yang tersisa adalah tabir cahaya (al-hujub an-nuraniyah). Dan, pada saat itulah ia sudah bashirah, ia mampu melihat dengan penglihatan roh dan menerima cahaya Asma Ash-Shifat (nama-nama sifat). Secara bertahap, hijab-hijab dalam bentuk cahaya (al-hujub an-nuraniyah) itu akan sirna dengan sendirinya dan dia akan diterangi hanya dengan cahaya Dzat."


-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Sirrul Asrar wa mazhharil an wal.

ALLAH SWT berfirman:


“Wahai anak Adam! Perbanyaklah bekalmu kerana perjalanan sangat jauh. Perbaharuilah amal ibadahmu kerana laut sangat dalam. Cermatlah dalam beramal kerana ash-shirat begitu halus. Dan, ikhlaslah dalam bekerja, kerana Yang pengintai Maha Melihat.

Segala kenikmatan akan kau dapatkan di syurga dan waktu liburanmu adalah di akhirat, dan kau akan mendapatkan bidadari yang bermata jeli. Jadikan dirimu untuk-Ku, maka Aku akan jadikan diri-Ku untukmu. Mendekatlah kepada-Ku dengan meremehkan dunia dan mencintai orang-orang soleh. Sungguh, Allah tak akan menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat baik!"


يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: يَابْنَ آدَمَ! أَكْثِرُوا مِنَ الزَّادِ فَإِنَّ الطَّرِيْقَ بَعِيْدٌ، وَجَدِّدِ الْقِيَامَ للهِ فَإِنَّ الْبَحْرَ عَمِيْقٌ، وَحَقَّقُوا الْعَمَلَ فَإِنَّ الصِّرَاطَ دَقِيْقٌ، وَأَخْلِصِ الْفِعْلَ فَإِنَّ النَّاقِدَ بَصِيْرٌ. فَشَهَوَاتُكَ فِي لْجَنَّةِ، وَرَاحَتُكَ إِلَى الآخِرَة، وَلَدَيْكَ الْحُورُ الْعِيْنُ، وَكُنْ لِي أَكُنْ لَكَ، وَتَقَرَّبْ إِلَيَّ فِي هَوَانِ الدُّنْيَا وَحُبِّ الأَبْرَارِ، فَإِنَّ اللهَ لاَ يُضِيْعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِيْنَ

-- Imam Al-Ghazali, kitab Al-Mawaizh fi al-Ahadis al-Qudsiyyah.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak