IMAM Al-Ghazali mengatakan bahawa pada Hari Kebangkitan (Yaumul Qiyamah) nanti semua makhluk akan berdiri dengan mata menatap ke atas dan hati yang sangat hancur. Mereka tidak lagi diajak berbicara dan tidak ada yang menaruh perhatian terhadap keadaan mereka selama 300 tahun.
Mereka tidak akan makan sesuap pun dan tidak minum seteguk pun. Juga tidak mendapatkan hembusan angin yang sejuk.
Al-Hasan mengatakan, "Apa yang boleh kau bayangkan tentang suatu hari ketika manusia akan berdiri di atas kaki mereka selama 50,000 tahun, tanpa makan apapun atau minum seteguk pun, dan ketika tenggorokan mereka telah terputus karana dahaga dan perut mereka terbakar, kerana lapar, mereka malah dibawa ke neraka dan diberi minum daripada mata air yang mendidih yang panas dan titik didihnya telah dilipatgandakan?"
Imam Al-Ghazali memberi nasehat,
"Maka camkanlah lamanya hari itu dan beratnya masa penantian agar engkau merasakan keringanan menahan sabar daripada perbuatan maksiat selama hidupmu di dunia yang fana ini.
"Maka camkanlah lamanya hari itu dan beratnya masa penantian agar engkau merasakan keringanan menahan sabar daripada perbuatan maksiat selama hidupmu di dunia yang fana ini.
Ketahuilah bahawa seseorang yang lama masa penantiannya di dunia, kerana bersabar menahan diri daripada perbuatan maksiat, tentu masa penantiannya hari itu akan sangat singkat."
Ketika ditanya tentang lamanya hari itu, Rasulullah SAW bersabda:
"Demi Dia yang jiwaku berada di tangannya. Hari itu akan diringankan bagi orang yang beriman sehingga ia menjadi lebih singkat baginya daripada solat wajib yang pernah dilakukannya di dunia."
- (HR Ahmad dan Ibnu Hibban).
"Demi Dia yang jiwaku berada di tangannya. Hari itu akan diringankan bagi orang yang beriman sehingga ia menjadi lebih singkat baginya daripada solat wajib yang pernah dilakukannya di dunia."
- (HR Ahmad dan Ibnu Hibban).
Kerana itu, berjuanglah agar engkau termasuk di antara orang-orang yang beriman. Setiap hembusan usia yang masih tersisa menjadi tanggungjawabmu. Maka, bekerjalah di hari-hari yang singkat sebagai bekal bagi hari-hari yang panjang nescaya engkau akan memperolehi keuntungan berupa kebahagiaan yang tak terbatas.
Anggaplah umurmu singkat saja, begitu juga umur dunia, sebab sekiranya engkau tetap tabah selama 7,000 tahun melepas diri daripada 1 hari yang lamanya 50.000 tahun, maka keuntunganmu akan sangat besar dan keletihanmu terasa tak seberapa!"
-- Imam Al-Ghazali, kitab Dzikrul-Maut, Ihya Ulumuddin.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan