"ALLAH sengaja menjadikan dunia sebagai tempat perubahan dan sumber kekeruhan agar kau tidak terpikat dengannya."
-- Syeikh Ibnu Athaillah, Al-Hikam.
Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan: "Allah telah menjadikan dunia sebagai tempat perubahan berbagai keadaan, seperti penyakit, ujian, dan bencana, serta membuatnya sebagai sumber kekacauan agar kau menjauhinya.
Hal itu adalah kerana perkara yang mendorong keinginanmu di dunia tak lain adalah apa yang kau duga dapat mewujudkan tujuan dan keinginanmu di sana, tanpa penderitaan atau kepahitan, padahal itu tak akan terjadi.
Maka, yang patut bagimu ketahui adalah kau harus berzuhud dan meninggalkan dunia, kerana akibat hal tersebut adalah kefanaan dan kemusnahan. Terkadang pula ia dapat menyibukkan dirimu daripada mengingati Allah.

Syeikh Ibnu Atha'illah mengatakan:
"علم انك لا تقبل النصح المجرد فذوقك من ذواقها ما سهل عليك وجود فراقها."
"Allah mengetahui bahawa kau sulit menerima nasihat begitu saja, maka Dia membuatmu boleh merasakan pahitnya musibah agar kau mudah melepaskan dunia."

Maka, Allah membuatmu merasakan apa yang seharusnya kau rasakan, yaitu penyakit dan petaka, serta ujian agar mudah bagimu untuk meninggalkan dunia.
Jika seorang hamba mengalami suatu musibah biasanya dia akan berharap untuk segera mati meninggalkan dunia ini. Dengan demikian, sebenarnya bencana itu merupakan nikmat daripada Allah walaupun dia tidak menyedarinya, kerana tabiat buruknya yang begitu mempengaruhi.
--- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
--- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan