PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كُنْتُمْ ثَلاَثَةً فَلاَ يَتَنَاجَى رَجُلاَنِ دُونَ الآخَرِ حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ أَجْلَ أَنْ يُحْزِنَهُ
Daripada Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda : Jika kamu bertiga, maka janganlah dua orang berbisik antara keduanya tanpa seorang lagi, hingga kamu bergaul dengan manusia. Kerana (perkara) itu membuatnya sedih. (HR Bukhari No : 6290) Status : Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Islam sangat mengambil berat dan menjaga hubungan ukhuwah sesama muslim.
2. Rasulullah SAW melarang kita berbisik berdua sedangkan pada masa tersebut ada orang lain di sisi kita hingga mendatangkan kesedihan kepadanya.
إِنَّمَا ٱلنَّجۡوَىٰ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ لِيَحۡزُنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita.
3. Selemah-lemah tahap ukhuwah adalah bersangka baik dan berlapang dada. Apabila dua orang berbisik tanpa yang ketiga, ia akan menimbulkan sangkaan-sangkaan yang buruk dan boleh menjejaskan ukhuwah.
4. Kisah dua orang wanita muslimah Arab yang tinggal di Barat berbual dalam bahasa Arab. Kemudian datang seorang wanita non Muslim menyertai mereka berdua. Dua Wanita Muslimah tadi menukarkan perbualan mereka ke dalam bahasa Inggeris agar difahami oleh non Muslim tersebut dengan niat tidak mahu timbul sangkaan buruk pada mereka. Akhirnya non Muslim itu memeluk Islam kerana ajaran Islam yang menitikberatkan soal ukhuwah dan penjagaan hati.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan