Jumaat, 28 Februari 2020

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh hati ini berkarat seperti berkaratnya besi jika terkena air."

Lalu baginda ditanya: "Apa pembersihnya?"

Sabda baginda: "Banyak mengingat mati dan membaca Al-Quran.”

- (HR: Al-Baihaqi).

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,

"Sungguh hati itu berkarat. Beningkan ia dengan membaca Al-Quran, mengingati mati, dan menghadiri majlis zikir atau majlis ilmu."

- (HR. Syihab dan Baihaqi).

Hati itu berkarat. Jika si pemilik hati melakukan apa yang diajarkan Nabi SAW, maka ia akan bening kembali. Jika tidak, hati akan menghitam. Ia menghitam kerana memang jauh daripada cahaya; ia pekat kerana kecintaannya yang berlebihan kepada dunia tanpa warak.

Jika hati seseorang didominasi oleh cinta dunia, waraknya akan hilang. Ia himpun harta dunia, baik yang halal mahupun yang haram. Tak ada lagi upaya memilih-milih antara yang halal dan yang haram dalam mengumpulkan kekayaan. Rasa malunya kepada Allah pun pudar; ia lupa bahawa Allah sentiasa mengawasinya.

Wahai kaumku, ikutilah petunjuk Nabi kalian, Muhammad SAW. Beningkan kembali hatimu yang berkarat dengan ubat yang telah dijelaskan Rasulullah SAW kepada kalian.

Kalau seorang di antara kalian sakit, lalu ia diberi resepi oleh doktor, ia tidak akan merasakan nikmatnya hidup (penyakitnya takkan sembuh) sebelum ia meminum ubat tersebut.

Tanamkan kesedaran bahawa Allah sentiasa mengawasimu dalam khalwah (saat engkau menyendiri) dan jalwah (bersama dengan orang lain). Jadikan Allah sebagai pusat perhatianmu sehingga seakan-akan engkau melihat-Nya.

Bila kau tak dapat melihat-Nya, ketahuilah bahawa Allah melihatmu. Siapa yang ingat kepada Allah dengan hati, dialah pezikir sejati. Dan siapa yang ingat kepada Allah tidak dengan hati, ia belum layak disebut pezikir. Lidah itu pelayan dan pengikut hati.

Biasakanlah menyemak mesej dan nasihat, kerana hati yang tidak disirami mesej dan nasihat akan buta."

-- Syeikh Abdul Qadir dalam Mawa'izh karya Shalih Ahmad Asy-Syami.

Related Posts:

  • napa nak risaukan rezeki? Dari Umar bin Al Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang kelu… Read More
  • makaseh bro... alhamdulillah Abu Hurairah RA berkata, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia.” HR. Abu Daud … Read More
  • nak tinggikan darjat? Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada or… Read More
  • indahnya akhlak Rasulullah s.a.w. Daripada Anas bin Malik RA berkata : Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “ Uff ” dan tidak pernah berkata kepadaku kerana sesuatu : Kenapa aw… Read More
  • akhlak muslim Dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling membenci, janganlah saling mendengki dan janganlah kalian saling membelakangi dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara, … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

365,899

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak