Jumaat, 28 Februari 2020

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ

*Dari Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji dan suka berkata kasar.”

(HR Tirmizi No: 1900) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1. Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:
a. Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).
b. Suka melaknat
c. Suka berperilaku keji (berperangai buruk)
d. Suka berkata kasar (menyakiti orang lain)

2. Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan.

3. Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar.

4. Ucapan yang baik mahupun sesuatu yang ditulis tentang orang lain yang baik akan mengangkat darjatnya. Sebaliknya jika yang diucapkan atau ditulis itu berupa kemurkaan Allah, dia akan terjerumus ke neraka. Hadis Nabi SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ

*Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: “Sungguh seorang hamba mengucapkan satu perkataan yang diredhai Allah, tanpa terdetik dalam benaknya (kemuliaan ucapan tersebut) maka Allah akan mengangkat darjatnya. Dan sungguh seorang hamba mengucapkan satu perkataan yang dimurkai Allah, tanpa terdetik dalam benaknya (bahaya ucapan tersebut) maka ia pun terjerumus ke dalam neraka jahanam.”

(HR. Bukhari No: 5997) Status: Hadis Sahih

*Semoga kita tidak memperkatakan atau menuturkan serta menulis, sesuatu yang buruk, kasar, kesat dan menghina serta melaknat orang lain.*

Related Posts:

  • BAGAIMANA MUNGKIN? "كيف يشرق قلب صور الاكوان منطبعة في مراته؟ ام كيف يرحل الي الله وهو مكبل بشهواته؟ام كيف يطمع ان يدخل حضرة الله وهو لم يتطهر من جنابة غفلاته؟ام كيف يرجو ان يفهم دقاءق الاسرار وهو لم يتب من هفواته؟" "BAGAIMANA mungkin k… Read More
  • Nasihat Imam Sufyan ath-Thauri 11 Hendaklah engkau membanyakkan kebaikan, dengannya Allah akan jadikannya temanmu di dalam kubur. Jauhilah perkara yang haram, engkau akan rasai kemanisan iman. … Read More
  • SABAR DAN SYUKUR SEBAGAI JALAN TAWAKAL SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Wahai anakku, hendaklah engkau mempelajari ilmu dan bersikap ikhlas sehingga engkau bersih daripada perangkap dan tali kemunafikan. Carilah ilmu kerana Allah Azza wa Jalla, bukan k… Read More
  • Nasihat Imam Sufyan ath-Thauri 13 Jangan suka mencela, nescaya engkau selamat daripada celaan manusia. Jadilah seorang yang penyayang, nescaya engkau akan dikasihi manusia. … Read More
  • MENCARI REZEKI "SUNGGUH, engkau dianggap sebagai orang yang celaka jika tidak merasa malu kepada Allah Subhanahu wataala, jika engkau menjadikan dinar sebagai tuhanmu dan menjadikan dirham sebagai tujuanmu, sedangkan engkau melupakan-Nya … Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

366,239

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak