Khamis, 20 Februari 2020

"لا يخرج الشهوة من القلب الا خوف مزعج او شوق مقلق."

"Tiada yang boleh mengusir syahwat daripada hati, kecuali rasa takut yang menggetarkan atau rasa rindu yang menggelisahkan."

-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Sahabatku, menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, tak ada yang boleh mengusir syahwat daripada hati, kecuali rasa takut yang mengganggu dan menguasai relung hati.

Sebagai buah daripada penyaksian terhadap sifat-sifat Allah yang Maha Mulia. Caranya adalah dengan melihat tanda-tanda kebesaran-Nya, merenungkan ayat ayat-Nya yang berisi ancaman dan mengingati maut, alam kubur, pertanyaan para malaikat dan selalu mengingati Hari Kiamat.

Boleh juga mengusir syahwat daripada hati adalah dengan rasa rindu yang menggelisahkan, yang masuk ke dalam hati dan berpangkal daripada penyaksian sifat-sifat keindahan-Nya. Saat kita mempunyai rasa rindu yang dahsyat kepada Allah, maka akan mengusir dorongan syahwat.

Sumber rasa rindu itu adalah kebiasaan melihat dan mengingati ayat-ayat Allah yang mengandungi janji-Nya. Mengingati janji Allah bagi para ahli ketaatan dan para wali-Nya, yaitu berupa syurga yang tak pernah dilihat mata, tak pernah didengar telinga, dan tak pernah terdetik sedikit pun di hati manusia.

Cara berikutnya adalah dengan kebiasaan menghadiri majlis-majlis zikir. Sebab zikir merupakan terapi dan cara yang paling efektif untuk meraih semua itu. Oleh kerana itu, mari memulai untuk membiasakan diri untuk zikir, sedikit demi sedikit, agar dapat menenangkan hati dan menumbuhkan rasa takut dan rindu kepada Allah SWT!

-- Disarikan daripada kitab Al-Hikam Syeikh Ibnu Atha'illah, syarahan Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Related Posts:

  • LAPAN (8) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN 1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. 3. Kita berani "melepas… Read More
  • ILMU YANG BERMANFAAT BAGI KALBUMU "العلم النافع هو الذي ينبسط في الصدر شعاعه وينكشف به عن القلب قناعه." "ILMU yang bermanfaat adalah yang cahayanya melapangkan dada dan menyingkap tirai kalbu." -- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam. Sahabatku, menurut S… Read More
  • AHMAD BIN MISKIN dan NAFSU TERSEMBUNYI AHMAD bin Miskin, seorang ulama abad ke-3 Hijriah dari kota Basrah, Iraq pernah bercerita: "Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah. Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku har… Read More
  • MENGENAL SAHABAT SEJATIMU "ما صحبك الا من صحبك وهو بعيبك عليم و ليس ذالك الا مولاك الكريم خير من تصحب من يطلبك لا لشيء يعود منك اليه." "KAWAN sejatimu adalah sahabat yang mengetahui aibmu. Tak lain Dia adalah Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-ba… Read More
  • MARILAH DEKATKAN DIRI KEPADA YANG MAHA PEMBERI NIKMAT SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasehat: “Jika Allah ‘Azza wa Jalla melimpahkanmu kekayaan, dan kekayaan itu kemudian menyibukkan dirimu daripada berbuat ketaatan kepada-Nya, maka Dia memisahkanmu daripadanya, bai… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,933

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak