Pemuda: "Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah"

Pemuda: "Ehh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja"
S E P U L U H P E R A T U S
Pakcik: "Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?"
Pemuda: "Hmmm...."
Pakcik: "Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat dan mengaji kau letak no.3, no.4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak...."
Pemuda: "Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?"

H I D A Y A H
Pemuda: "Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Allah yang beri ke?"
Pakcik: "Memang betul hidayah tu Allah yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Allah buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah.
C A B A R A N B I L A D A H T U A

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang jarak sekitar 1km, baru beliau sedar.
L E B I H R A M A I
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.
Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat dan istiqamah membaca Al-Quran.
@islamitu_indah
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan