Jumaat, 3 Mei 2019


IMAM Al-Ghazali dalam kitab Al-Mawaizh fi Al-Ahadits Al-Qudsiyyah meriwayatkan: 

Allah SWT berfirman:


"Aku bersaksi kepada diri-Ku sendiri bahawa sesungguhnya tiada tuhan selain Aku, tiada sekutu bagi-Ku, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Ku. Siapa yang tidak reda terhadap qadha-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, tidak mensyukuri nikmat-Ku, dan tidak puas dengan pemberian-Ku, maka hendak-nya dia menyembah tuhan selain-Ku.

Siapa yang sedih terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah dia sedang marah kepada-Ku. Siapa yang berkeluh-kesah atas musibah, bererti dia telah mengeluhkan Aku. Siapa yang mendatangi orang kaya, lalu dia merendahkan diri kerana kekayaannya, maka hilanglah dua pertiga agamanya.
 
Siapa yang memukul wajahnya kerana kematian seseorang, seolah-olah dia telah mengambil tombak untuk memerangi-Ku. Siapa yang mematahkan kayu di atas kubur, seolah-olah ia telah menghancurkan Ka'bah-Ku dengan tangannya.



Siapa yang tak peduli dari mana dia mendapat makanan, maka Allah juga tak peduli dari pintu mana dia akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahanam. Siapa yang tidak bertambah agamanya, bererti dia merugi.

Bagi orang yang merugi, mati adalah lebih baik baginya. Siapa yang mengamalkan apa yang dia ketahui, maka Allah akan mewariskan ilmu yang belum diketahuinya. Dan, siapa yang panjang angan-angannya, bererti amalnya tidak ikhlas.”

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mawaizh fi Al-Ahadits Al-Qudsiyyah (HADIS QUDSI: Risalah Cinta Penerang Jiwa), Salima Publika.

Related Posts:

  • hati muslim diikat dengan satu persaudaraan akidah Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli … Read More
  • bagi nafkah pon kira sedekah ye Daripada Abu Mas'ud dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat (ikhlas) mengharap pahala maka baginya adalah sedekah" (HR Bukhari No: 53) Status… Read More
  • susahnya nak tinggalkan dunia "Kosongkan rumahmu lebih kosong dari kubur, agar kamu tidak terasa susah meninggalkan dunia kelak" Ahli Sufi Bisyar Al-Hafi … Read More
  • perangai ahli syurga dan ahli neraka Dari Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka." (HR … Read More
  • Suap Makanan Untuk Isteri Daripada Sa'd bin Abu Waqash bahawasanya dia mengkhabarkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah yang dimaksudkan mengharap wajah Allah kecuali kamu akan d… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

356,931

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak