Isnin, 29 April 2019

DALAM kitab Al-Mahabbah, Imam Al-Ghazali bercerita tentang kerinduan Ibrahim bin Adham kepada Allah SWT yang begitu dahsyat. Sebuah kerinduan yang sangat menggelisahkan jiwanya. Ibrahim begitu kecewa dan gelisah.

Ibrahim bin Adham bertutur, 
“Suatu hari aku berkata, “Wahai Rabb-ku. Jika Engkau pernah memberi salah seorang daripada para pecinta-Mu sesuatu yang dapat menenangkan hatinya sebelum bertemu dengan-Mu, maka berikanlah juga itu padaku! Sungguh aku kecewa dan gelisah dibuatnya.”
Setelah itu, aku bermimpi berdiri di hadapan-Nya. Dia berfirman, 
“Wahai Ibrahim. Apakah engkau tidak malu meminta agar Aku memberimu sesuatu yang dapat menenangkan hatimu sebelum bertemu dengan Aku? Apakah orang yang tercekam rindu dapat tenang hatinya sebelum bertemu kekasihnya?”
Lalu, aku pun menjawab, “Wahai Rabb-ku. Kecintaanku kepada-Mu telah melambung tinggi hingga aku tak tahu bagaimana harus berkata. Ampunilah aku, ajarilah apa yang harus aku ucapkan.”
Maka, Dia menjawab, “Ucapkanlah, Ya Allah...Relakanlah aku dengan ketentuan-Mu, sabarkanlah aku atas cubaan-Mu, dan berikanlah aku kesedaran untuk mensyukuri nikmat-nikmat-Mu.”

Jadi, menurut Imam Al-Ghazali, kerinduan seperti ini baru akan reda dan menemukan ketenangan nanti di akhirat kelak. Kerinduan ini hanya berakhir di akhirat melalui perjumpaan dan penyaksian langsung terhadap Allah Azza wa Jalla.

-- Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ihya Ulumuddin.

Related Posts:

  • Majikanku Maha Pemurahpak habib lintah darat terkenal. bukan takat kedekut bin bakhil, tapi taik idong masinnya ya Allah... tuhan aje yang tau. kalu bole, peluh yang merecik kluo disebabkan panas time claim hutang tu pon nak dituntut daripada oran… Read More
  • kaffarah untuk sapa?"dik! ko baca doa tak masa naik keta tadi?" tu ayat pertama kluo untuk adik pompuan aku yang tengah pucat, lepas berjaya kontrol kereta daripada terbabas. dah lama dah peristiwa keta terbabas di laluan sempit dan hampir masuk… Read More
  • n3 pasca maulud (lepas orang dah tanak cakap hal tu)"mereka (pengkritik Muhammad s.a.w @ oreantalis) tidak boleh melihat bahawa satu-satunya pedang muhammad s.a.w. ialah pedang kemurahan hati, petunjuk, persahabatan, kemahuan untuk memaafkan. inilah pedang yang menakluki musuh… Read More
  • syurga di mana?"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa)" maksud surah an-Nisa: 36 nak kawin, ibu tak restu... kawin juga! sudahnya tersisih dari kluarga. … Read More
  • mulakan hari kita dengan nama-Nya بسم الله الرحمن الرحيم mukjizat di sebalik bismillah adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'Bismillahir rohmaanir rohiim' yang bermaksud: 'Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.' kelebihan-kelebihan bi… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

357,789

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak