Rabu, 17 April 2019


DAHULU KALA, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah...
Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi... Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya. Kawan-kawannya mentertawakan dan mengejek kerana dia tidak menjual kudanya...
Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya...
Maka teman-temannya berkata:
"Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kelmarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang!"
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama lima ( 5 ) ekor kuda liar lainnya...
Lalu teman-temannya berkata:
"Wah..! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan!"
Si petani tetap hanya diam saja...

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah...
Kawan-kawannya berkata:
"Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa berbicara...

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani kerana tidak boleh berjalan...
Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis: "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkata:
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai... Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..
Jalan yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik!

 Semoga beroleh manfaat dan mengambil iktibarnya...

Related Posts:

  • APAKAH BERASA BOSAN DENGAN MAKHLUK? متي اوحشك من خلقه فاعلم انه يفتح لك باب الانس به JIKA ALLAH telah membuatmu bosan dengan makhluk, maka ketahuilah bahawa DIA hendak membukakan pintu keintiman dengan-NYA. --Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Al-Hikam. Sahabat… Read More
  • APAKAH HATIMU MATI? مِنْ عَلاَمَاتِ مَوْتِ الْقَلْبِ عَدَمُ الْحَزْنِ عَلَى مَا فَاتَكَ مِنَ الْمُوَافَقَاتِ. وَتَرْكُ النَّدَمٍ عَلَى مَا فَعَلْتَهُ مِنْ وُجُوْدِ الزَّلاَّتِ. DI ANTARA tanda matinya hati adalah tidak adanya rasa sedih… Read More
  • MENGENAL SAHABAT SEJATIMU "ما صحبك الا من صحبك وهو بعيبك عليم و ليس ذالك الا مولاك الكريم خير من تصحب من يطلبك لا لشيء يعود منك اليه." "KAWAN sejatimu adalah sahabat yang mengetahui aibmu. Tak lain Dia adalah Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-ba… Read More
  • QANA'AH MEMBUAT HATIMU MERDEKA انت حر مما انت عنه ايس وعبد لما انت له طامع "KAU merdeka daripada segala yang tidak kau inginkan dan kau adalah hamba daripada segala yang kau inginkan." -- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam Sahabatku, menurut Syeikh Abd… Read More
  • HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ليخفف الم البلاء عنك علمك بانه هو المبلي لك فالذي واجهتك منه اللاقدار هو الذي عودك حسن الاختيار AGAR ujian terasa ringan engkau harus mengetahui bahawa ALLAHlah yang memberi ujian. Zat yang menetapkan takdir atasmu adala… Read More

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

366,173

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak