SALAH satu jalan salik mengenal, mendekati dan mencintai Allah adalah dengan muraqabah. Yakni sikap meyakini bahawa kita selalu dalam pengawasan Allah. Tak ada sesuatu pun yang lepas daripada-Nya. Ini adalah konsep ihsan: "menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Apabila engkau tidak melihat-Nya, yakinlah bahawa Allah melihatmu."
- (H.R. Muslim).
- (H.R. Muslim).
Muraqabah juga melahirkan kewaspadaan pada diri, penerimaan, sabar, tunduk, patuh, ingat dan tawakal kepada Allah.
Penyedaran tentang ihsan ini merupakan bahagian penting yang harus dilalui seorang sufi. Sebab, kerohanianlah yang kelak melahirkan disiplin kerja, prasangka baik, semangat, dan kerja keras. Jadi, semakin tinggi kerohanian seseorang adalah mereka yang paling berakhlak mulia, menghargai manusia dan kemanusiaan, menjadi rahmat, serta selalu mengilhamkan bagi sesama.
Mereka mampu menebarkan cahaya ilahiah bagi yang lain. Jiwanya telah sampai pada pemahaman tauhid yang tinggi, sedangkan sikap alamiah kemanusiaannya selalu bermanfaat bagi sesame.
Rasulullah SAW bersabda:
"Peliharalah perintah Allah, nescaya engkau akan mendapatkan Allah sentiasa berada di hadapanmu. Ingatlah Allah saat engkau dalam kegembiraan, nescaya Allah akan mengingatimu dikala engkau dalam kesulitan. Ketahuilah, sesuatu yang terlepas daripadamu itu bukanlah bahagianmu dan sesuatu yang menjadi bahagianmu tidak akan terlepas daripadamu. Ketahuilah, kemenangan akan diperolehi dengan kesabaran, kegembiraan akan diperolehi setelah berpeluh-peluh, dan selepas kesulitan pasti akan ada kemudahan."

- (H.R. At-Tirmidzi).
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan