Rabu, 20 Mac 2019

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: 

“Seorang salik harus mampu menggunakan daya fikir dan daya pandang batinnya."




Ahli syair berkata, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang menggunakan daya fikir mereka, menjauhkan diri daripada tipu daya dunia dan menakuti cobaan-cobaan.
Mereka menjadikan dunia sebagai jambatan dan menjadikan amal soleh sebagai bahtera; melihat kepada hujung segala perkara dan selalu memikirkan akibatnya. Mereka tidak tertipu dengan manisnya tingkah lahiriyah.”
Sedangkan Ahli Tasawuf berkata, “Orang-orang yang sedang belajar suluk terkadang lupa terhadap yang merubahnya.”
Allah SWT berfirman, “Tidak ada yang merasa aman daripada siksaan Allah selain orang-orang yang rugi.” - (QS. Al-A’raf [7]: 99).

Oleh sebab itu, dalam Hadis Qudsi Allah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW, “Wahai Muhammad, sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berdosa kerana Aku Maha Pengampun dan berikanlah peringatan kepada orang-orang yang benar bahawa Aku sangat waspada.”
Sesungguhnya, karamah para wali adalah benar; segala ehwal para wali adalah benar, tapi semua itu tidak lepas daripada murka Allah SWT dan istidraj. Lain halnya dengan mukjizat para nabi kerana mukjizat nabi aman daripada semua itu selamanya.
Sehingga dikatakan, “Ketakutan pada su’ul khatimah adalah penyebab selamatnya daripada su’ul khatimah.”

Imam Hasan Al-Bashri berkata, “Sesungguhnya, para wali Allah SWT diangkat pada darjat syurga Illiyyin kerana rasa takutnya. Rasa takutnya lebih tinggi daripada harapannya, agar tidak terjatuh oleh sifat basyariyah sehingga memutus perjalanan (ruhaniahnya) akibat tidak waspada.”
Sebahagian para ulama berkata, “Kalau manusia dalam keadaan sihat, maka rasa takutnya harus lebih besar daripada pengharapannya; dan bilamana sakit, harapannya harus lebih besar daripada rasa takutnya.”

Nabi SAW bersabda, “Jika ditimbang rasa takut dan pengharapan seorang mukmin, kedua-duanya akan seimbang, tetapi bila sedang dicabut rahmatnya, maka pengharapannya pada Allah lebih besar.”
Renungkanlah firman Allah SWT, “Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu.” - (QS. Al-A’raf [7]: 156).
Dan, firman-Nya lagi dalam Hadis Qudsi, “Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku, dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih.”
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Kitab Sirrul-Asrar:
 
 


0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak