
Syahwat tidak akan dapat dibanteras dengan nasihat atau kata-kata sahaja, tetapi ia mesti dibanteras dengan penampilan sikap, persekitaran yang baik dan pentarbiahan.
Manakala kecintaan kepada kebendaan tidak akan dapat dipadamkan dengan kata-kata sahaja tetapi hendaklah dipadamkan dengan perasaan dan kemanisan iman.
Penderhakaan dan pelampauan tidak dapat diubati hanya dengan kata-kata tetapi ia dapat diubati dengan merendahkan diri kepada Allah, ketaqwaan, kewara’an dan adab.
Inilah jalan amali (praktikal) iaitu tasawuf."
- Al-Imam Sayyid Ahmad Ibn Idris Q.S.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan