Selasa, 9 Oktober 2018

SUATU hari, Imam Syaqiq al-Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama Hatim al-Asom "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu daripadaku?" "Sudah 33 tahun," jawab Hatim.

"Apa yang telah engkau pelajari, selama 33 tahun ini?" Tanya Imam Syaqiq. "Hanya 8 perkara," jawab Hatim.


"Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun! Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun engkau hanya mempelajari 8 perkara daripadaku?" Ucap Imam Syaqiq kehairanan. "Benar yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 perkara sahaja, aku tidak mahu mendustaimu," jawab Hatim.

"Cuba sebutkan 8 perkara yang telah kau pelajari itu!" Kata Imam Syaqiq. Hatim al-Asom pun berkata:

"Pertama:  Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih. Ketika dia mati, kekasihnya ikut menghantarkannya hingga ke kubur, lalu meninggalkannya sendirian di sana." "Maka, aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku, sehingga ketika nanti aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku."

"Kedua: Aku merenungkan firman Allah bermaksud: "Dan adapun orang² yang takut kepada Kebesaran Rabbnya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka syurgalah yang akan menjadi tempat tinggalnya."  - (Surah al-Naazi'aat [79] : 40-41). "Aku sedar, bahawa Firman Allah pastilah benar, maka aku pun berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada Allah."

"Ketiga: Kuperhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, lalu kupelajari Firman Allah bermaksud: "Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal."  - (Surah al-Nahl [16] : 96). "Maka setiap kali aku memperoleh sesuatu yg berharga, aku pun sedekahkannya di jalan Allah, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisi-Nya."

"Keempat: Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab. Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tiada apa²nya, di kala aku membaca firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya, orang yang paling mulia di sisi Allah, adalah orang yang paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kalian." - (Surah al-Hujurat [49] : 13). "Kerana itulah, aku pun beramal untuk mewujudkan taqwa, agar aku memperolehi kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta'ala."

"Kelima: Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan punca semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari Wahyu Allah bermaksud: "Kami telah membahagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia." - (Surah al-Zukhruf [43] : 32). "Aku pun sedar, bahawa semuanya telah dibahagi oleh Allah. Maka aku tinggalkan sifat hasad (dengki), kujauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun."

"Keenam: Kulihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah telah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh (mu)." - (Surah Fathir [35] : 6). "Oleh sebab itu, kutinggalkan permusuhan dengan manusia dan kujadikan syaitan sebagai satu²nya musuhku. Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, sebab Allah sendiri yang telah menjadikan syaitan sebagai musuhku."

"Ketujuh: Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal² yang diharamkan oleh Allah. Lalu kuperhatikan Firman Allah bermaksud: "Dan tiada suatupun binatang melata di bumi, melainkan Allah telah menanggung rezekinya." - (Surah Hud [11] : 6). "Aku sedar, bahawa diriku adalah salah satu daripada yang melata itu, dan Allah Ta'ala telah menjamin rezekiku. Oleh kerana itu, kusibukkan diriku untuk menunaikan kewajiban yang telah diberikan oleh Allah dan aku tidak pernah merisaukan sesuatu yang telah dijamin oleh Allah untukku."

"Kelapan: Aku melihat semua orang bergantung kepada makhluk Allah. Ada yg bergantung kepada ladangnya, bergantung kepada perniagaannya, bergantung kepada pekerjaannya, dan bergantung kepada kesihatan jasmaninya. Akupun kembali kepada Firman Allah bermaksud: "Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya." - (Surah al-Talaq [65] ). "Oleh kerana itulah, aku pun bertawakal (bergantung) kepada Allah yang Maha Perkasa dan Maha Agung, dan Allah pun mencukupi semua keperluanku."

 Mendengar jawaban daripada Hatim al-Asom tersebut kemudian Imam Syaqiq al-Balkhi berkata:
"Wahai Hatim, semoga Allah memberimu taufiq. Aku telah mempelajari Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran. Dan kutemukan bahawa semua jenis kebaikan dan ajaran agama, berkisar pada 8 perkara yang tadi telah engkau sampaikan. Barangsiapa mengamalkan 8 perkara tersebut. Maka bererti, dia telah mengamalkan isi daripada 4 kitab suci."
 

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak