duniaku memang cacamerba
Allah bagi beberapa kelebihan pada aku tapi aku tidaklah polish sesetengah bakat yang ada.. biarkan ia sekadar suka-suka atau terendam dalam bilik air je...
dalam kerjaya camtu juga... bidang yang aku belajo jauh sangat dari apa yang aku ceburi dalam kerjaya... menongkah arus! ye dalam idop ni banyak beno aku menongkah arus... dan kerjaya pertama aku selepas degree bermula di DBP
tapi takmoo cerita yang kat DBP... nak kongsikan kerjaya di tempat kedua yang mungkin kekal sampai pencen. dan cerita yang nak dikongsikan ni pon bukan kerja teras sebab ketika ini aku ditempatkan di sebuah jabatan lain.

13 mei 2011
sebelum Istana Negara berpindah, aku berkesempatan untuk mengunjunginya. Sebelum ditukarkan menjadi muzium, kami gie survey dulu melihat warisan ketara dan tak ketara, dan nilai sejarah dan budaya yang menjadi khazanah untuk tatapan generasi akan datang.

ada banyak protokol istana yang dimaklumkan dalam sesi tersebut. tentunya pengalaman lawatan tersebut aku kongsikan dengan bos aku yang sangat hebat dari sudut ilmu seni dan budayanya (mendiang) Siri Neng Buah, keturunan Siam. responnya sangat teruja apabila dia menambah seperkara mengenai etika raja beradu yang sesungguhnya bagi aku sesuatu yang tidak pernah diketahui.
"Raja tido sorang diri? bia betui boh!" "hoo la en. amir..." (sangat tertib bila bercakap)... "Rajo-Rajo Melayu dale hikayat dulu-dulu meme ghoyak tido asing" "
"Bakpo lagu tu boh" aku tanya penuh minat dan takjub, kerana sangkaan orang biasa dalam gambaran kita mesti la raja-raja dilayan oleh para gundik macam filem-filem gitu!
Antara sebabnya ialah dulu-dulu untuk tujuan mengelakkan sebarang pengkhianatan. macam kita tengok filem la kan, ada raja yang diracun atau diserang ketika dalam bilik tido.
pada hari ini, aku tak pasti le peraturan yang itu masih dilaksanakan ke tak... yang tu eeelok le sapa yang nak tau gi tanya orang yang keja kat istana... maklumat yang aku kongsikan ini hanya berdasarkan istiadat raja-raja melayu yang disebut dalam hikayat je