Selasa, 31 Julai 2018

hamblum minallah
pasak pada tiang solat
biar kukuh biar teguh
tidak rongoh tidak hogoh
melayu itu islam pautnya

hablum minan nas
resak pada sendi silaturrahim 
dek pembetong air bulat
dek muafakat manusia bulat
melayu itu adat genggamnya

kalau melayu tak sepakat
kalau melayu tak kuat 
kita dikerat-kerat
kalau melayu tak cermat
kita disiat-siat
kalau melayu tak cekat
kita dihambat-hambat


melayu dah terantuk
masih tak tengadah?


maksudnya :"Ibnu Abi Umar dan Abdullah bin Abi Ziyad menceritakan kepada kami dengan satu erti, mereka berdua mengatakan : Sufyan bin Uyainah memberitahukan kepada kami dari Ibnu Muhaishin dari Muhammad bin Qais bin Makramah dari Abu Hurairah, ia berkata :"Tatkala turun ayat" :(Barang siapa berbuat kejahatan, nescaya akan di balas dengan kejahatan itu). Ayat itu dirasakan berat oleh orang-orang Islam, maka ia mengadukan halnya kepada Nabi SAW.

Nabi bersabda :"Kerjakanlah tengah-tengah dan berusahalah lurus, setiap sesuatu yang menimpa orang mukmin adalah penebus dosa, sampai duri yang menusuknya dan bencana yang menimpanya".

Hadis ini hasan gharib. Ibnu Muhaisin namanya Umar bin Abdurrahman bin Muhaisin.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4130.


Maksudnya :Muhammad bin Abdul-A'la, menceritakan kepada kami, Yazid bin Zurai memberitahukan kepada kami dari Muhammad Bin Amr dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW bersabda :

"Bencana selalu menimpa terhadap orang yang beriman, laki-laki maupun perempuan baik dalam dirinya, anaknya tanpa mempunyai kesalahan".

Ini hadis hasan sahih.Dan hadis ini dalam bab ini juga dari Abu Hurairah dan saudara perempuan Hudza'fah bin Al-Yaman.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2510.


Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Waki' memberitahukan kepada ku, Sufyan memberitahukan kepada kami dari AI-Jurairi dari Abil-Ward dari AllajlW dari Muadz bin Jabal berkata: "Rasulullah saw mendengar seseorang berdoa seraya berkata: (Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu kesempurnaan nikmat) lalu beliau bersabda: "apa itu kesempurnaan nikmat?" dia menjawab: doa dimana aku berdoa untuk memohon kebaikan (harta yang banyak.".

Beliau bersabda: "Termasuk kesempurnaan nikmat adalah masuk syurga dan selamat dari neraka." Dan beliau mendengar seseorang membaca doa: yaa zalljalaaliwalikram Beliau bersabda: "Benar-benar doamu dikabulkan mintalah".

Dan Rasulullah saw mendengar seseorang membaca doa: (Wahai Allah! Sesungguhnya, aku memohon kepada Mu kesabaran) Beliau bersabda: "Kamu telah meminta bencana maka mintalah perlindungan."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3595.


Isnin, 30 Julai 2018


Qutaibah menceritakan kepada kami, Ibnu Lahiah memberitahukan kepada kami dari Abiz Zubair dari Jabir berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Tidaklah seseorang berdoa dengan suatu doa melainkan Allah memberikan kepadanya apa yang diminta atau ia dihindarkan dari bencana sesuai dengan apa yang diminta selama ia tidak memohon suatu perbuatan dosa atau putusnya tali persaudaraan."

Dalam bab ini terdapat hadis dari Abi Said dan Ubadah bin Ash Shamit.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3441.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana/kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan, serta banyak pembunuhan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2296.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Segerakanlah berbuat amal kebajikan, sebelum datang bencana yang bagaikan malam gelap gelita. Pagi-pagi seseorang masih mukmin, tetapi bila hari petang dia kafir. Atau petang hari dia masih mukmin, pagi hari dia kafir. Dijualnya agamanya kerana mengharapkan keuntungan dunia."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0095.


Jumaat, 27 Julai 2018


Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air." Sabda Rasulullah saw., "Minumkan madu kepadanya."


Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. lalu katanya, "Telah ku minumkan madu kepadanya, tetapi sakitnya bertambah." Nabi saw. menyuruhnya pula meminumkan madu sampai berulang tiga kali. Dia datang untuk keempat kalinya, Nabi saw. tetap menyuruhnya supaya meminumkan madu. Kata orang itu, "Aku telah meminumkannya, ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga."


Sabda Rasulullah saw., "Allah Maha Besar! Perut saudara mu itulah yang dusta." Lalu diminumkannya pula madu, maka sembuhlah saudaranya.


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2073.



Muhammad bin Yahya menceritakan kepada kami, Yazid bin Harun memberitahukan kepada kami, Abbad bin Manshur memberitahukan kepada kami dari Ikrimah dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik ubat yang kamu pakai mengobati penyakit ialah ubat tetesan yang dimasukkan kedalam hidung, ubat yang dimasukkan kedalam mulut, pengobatan dengan cara membekam, ubat sakit perut, dan sebaik-baik bahan yang kamu pakai bercelak adalah batu itsmid kerana ia dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan rambut." Ibnu Abbas berkata: "Rasulullah SAW memiliki tempat celak yang beliau pakai bercelak ketika hendak tidur tiga kali setiap mata." Hadis ini adalah hasan gharib. Ia hadis Abbad bin Manshur.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2122.


Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Abdul-Malik AlHimshiy, mewartakan kepada kami Muhammad bin Harb, mewartakan kepadaku ibuku, dari ibunya-yakni: nenekku", bahawasanya dia mendengar Al-Miqdam bin Ma'dikariba mengatakan: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:


"Anak Adam tidak mengisi bejana yang lebih buruk daripada (dibanding mengisi) perutnya. Telah mencukupi Anak Adam beberapa suapan kecil yang dapat menegakkan tulang punggungnya. maka bila nafsu-keinginannya-memaksa anak Adam, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk ruang bernafas".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3349.


Rabu, 25 Julai 2018

maksudnya :Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Ibnul Mubarak memberitahu kan kepada kami, Said bin Yazid memberitahukan kepada kami dari Abu Samhi dari Ibnu Hujairah dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya air mendidih disiramkan atas kepala mereka, lalu air yang mendidih itu menembus hingga sampai di perutnya kemudian memotong apa yang ada di dalam perutnya hingga keluar dari kedua telapak kakinya dalam keadaan cair, kemudian dikembalikan seperti semula".

Ibnu Hujairah adalah Abdur Rahman bin Hujairah berbangsa Mesir.Hadis ini adalah hadis gharib sahih.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2708.


Dari Hants dari Abdullah berkata: "Pemakan riba, orang yang memberi makan orang lain dari hasil riba, orang yang mencatat transaksi riba, wanita yang membuat tahi lalat dan wanita yang meminta dibuat tahi lalat supaya kelihatan cantik, orang yang menahan sedekah dan orang badwi yang murtad setelah hijrah, mereka semua dilaknat oleh Allah dengan lisan Rasulullah saw. pada hari kiamat."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4947.


Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Orang yang patut jadi imam (solat berjemaah) ialah yang paling pandai membaca Kitabullah. Jika ternyata mereka sama pandai, maka yang paling alim tentang sunnah. Jika ternyata mereka sama alim, maka yang paling dahulu hijrah. Jika ternyata mereka bersamaan pula hijrah, maka yang paling dahulu masuk Islam. Janganlah kamu menjadi imam dalam wilayah kekuasaan orang lain, dan jangan pula duduk di tempat yang disediakan khusus untuk kemuliaan seseorang, kecuali dengan izinnya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0633.


Selasa, 24 Julai 2018

Abdul Warits bin Abdush Shamad bin Abdul-warits menceritakan kepada kami, dia berkata: Ayahku menceritakan kepada kami,dia berkata: Muhammad bin Tsabit Al Bunnani menceritakan kepada kami, ayahku menceritakan kepada kami dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jika kamu melalui teman-teman syurga maka makan minumlah", mereka bertanya: "Apa itu taman syurga?"

Beliau bersabda: "Lingkaran orang-orang yang berzikir."

Hadis ini adalah hasan gharib dari sanad ini dari hadis Tsabit dari Abi Anas.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3577.


maksudnya :"Harun bin Ishaq Al Hamdani menceritakan kepada kami, Abdah memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Ishaq dari Amr bin Syuaib dari ayahnya dari datuknya :"Sesungguhnya Nabi SAW melarang mencabut uban dan sabdanya; Sesungguhnya uban adalah cahayanya orang muslim".


Hadis ini hasan. Abdurrahman bin Harits dan yang lainnya meriwayatkan hadis ini dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2975.



Dari Anas katanya: "Ketika Rasulullah saw wafat, maka Siti Fatimah menangisi beliau seraya berkata: "Wahai ayahku, alangkah dekatnya engkau di sisi Tuhanmu, wahai ayahku, hanya kepada Jibril akan kami sampaikan rasa susah hati kami, wahai ayahku, sungguh tiada tempat yang pantas engkau diami setelah ini selain syurga Al-Firdaus".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1814.


Isnin, 23 Julai 2018

Dari Abu lyad Laqith dari Abu Rimtsah berkisah: "Pada suatu hari aku dan ayahku datang pada Rasulullah. Kemudian Rasulullah bertanya pada ayahku: "Siapa ini?" Jawab ayah: "Anakku, aku akan beraksi akan keberadaannya."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya kamu tidak boleh melimpahkan kesalahanmu padanya, dan dia tidak bolah melimpahkan kesalahannya padamu."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4677.


Mewartakan kepada kami Abu -ayah- Marwan, yaitu Muhammad bin Utsman Al-Utsmaniy, mewartakan kepada kami Abdul Aziz bin Abu Hazim, dari Al-Al bin Abdur-Rahman, dari Ayahnya -Abdur-Rahman-, dari Abu Hurairah: Bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda:

"Barangsiapa yang menyeru ke jalan petunjuk, maka baginya ada pahala, seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun pahala-pahala amal mereka sama sekail. Dan barangsiapa menyeru kepada jalan sesat, maka baginya memperoleh dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun perbuatan dosa-dosa mereka sama sekali."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0206.


Dari Ma'bad ibnu Khalid dari Haritsah ra. berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Bersedekahlah kamu, kerana kelak akan datang suatu zaman yang mana ada seorang yang berjalan keliling membawa sedekahnya, tetapi tidak ada orang yang mahu menerimanya, bahkan orang yang akan diberinya berkata: "Andaikata sedekah itu kamu berikan kemarin, nescaya aku akan menerimanya, tetapi kini aku tidak memerlukannya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2415.


Jumaat, 20 Julai 2018

Dari Abbad ibnu Abdullah ibnu Zubair dari Asma' binti Abu Blitir r.a bahawa,suatu hari ia (Asma') datang kepada Rasulullah saw dia berkata: "Wahai Rasulullah, aku tidak mempunyai sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair padaku, apakah aku berdosa jika aku menyedekahkan apa yang diberikan padaku itu?"

Jawab beliau: "Bersedekahlah menurut kemampuanmu dan janganlah kamu bakhil, maka Allah akan mempersulit rezekiNya padamu."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2410.


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda:

 "Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabmu!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1627.


Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

 "Sedekah yang paling utama atau yang baik, ialah sedekah ketika mampu. Dan tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta). Dan dahulukan pemberian itu kepada orang yang menjadi tanggungan anda."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0992.


Khamis, 19 Julai 2018

Dari Amr ibnu Murrah mengkhabarkan kepadaku, dia berkata: Saya mendengar Abdullah ibnu Abu Aufa r.a. berkata: "Rasulullah saw jika didatangi oleh kaum yang membawa sedekah mereka, maka beliau mendoakan:

"Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada keluarga Fulan". Begitu pula ketika ayahku datang padanya dengan membawa sedekah, maka beliaupun mendoakan:

"Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada keluarga Abu Aufa".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2319.


Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi saw., sabdanya:

"Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar Ma'ruf sedekah, nahi mungkar sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0687.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

"Sesungguhnya Allah berfirman kepada ku: Berinfaklah kamu, Aku akan berinfak kepada mu." Sabda Rasulullah saw., "Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terfikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang dinafkahkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang di dalam tangan Allah tidak pernah berkurang kerananya. 'Arasynya di atas air, sedangkan di tanganNya yang lain maut yang selalu naik turun."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0947.


Rabu, 18 Julai 2018

Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut). Dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1009.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata : Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata : Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikit pun."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0968.



Mewartakan kepada kami Muhammad bin Basysyar; mewartakan kepada kami Yahya bin Sa'id; mewartakan kepada kami Abu Hayyan At-Taimiy; mewartakan kepada kami Adh-Dhahhak pakcik (dari ibu) Ibnul-Mundzir bin Jarir, dari Al-Mundzir bin Jarir, dia berkata: "Aku pernah bersama ayahku, di daerah Al-Bawazij. Saat itu, sapi-sapi tengah pulang di petang hari. Ayah melihat seekor sapi betina yang tidak dikenalnya. Maka dia bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Seekor sapi betina yang mengikuti rombongan sapi-sapi kita".

Ibnul-Mundzir melanjutkan: "Maka dia memerintah agar sapi betina itu di usir, lantas diusirlah sapi tersebut hingga hilang dari pandangan. Kemudian dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada yang memberi tempat (menyimpan) binatang yang sesat kecuali orang yang sesat".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2503.


Selasa, 17 Julai 2018

Dari Abu Musa r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bebaskanlah orang tawanan, beri makanlah orang lapar, dan kunjungilah orang sakit!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1371.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah ia masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah saw. Beliau bersabda:

"Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang yang kafir makan untuk tujuh perut."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1633.


maksudnya : "Hasan bin Muhammad Az Za'farani menceritakan kepada kami, Affan bin Muslim memberitahukan kepada kami, Hammam memberitahukan kepada kami dari Qatadah dari Amr bin Syuaib, dari ayahnya dari datuknya ia berkata; Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya Allah senang hamba-Nya mahu menampakkan nikmat-nikmatNya".

Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Abul Ahwas dari ayahnya. Imran bin Hushain dan Ibnu Mas'ud. Hadis ini hasan.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2973.


Isnin, 16 Julai 2018

piala dunia
piala dah diamik orang
yang tinggal kat kita hanya dunia
ada yang ditinggal dunia
ada yang dunia tinggalkan dia
ada ramai yang meninggal dunia
ada sedikit yang meninggalkan dunia
4 - 2
4 untuk aku
2 untuk ko
aku kena lebih sebab aku hebat
ko kena sikit sebab ko melarat
yang kuat semua disebat
yang lemah idop merempat

piala dunia
piala itu kemegahan
dunia itu penasaran
piala itu memabukkan
dunia itu melalaikan

dunia dalam piala?
dunia mengasyikkan!



Mewartakan kepada kami Muhammad bin Yahya; mewartakan kepada kami Yazid bin Harun; mewartakan kepada kami Sufyan, dari 'Amr bin Yahya, dari ayahnya dan Hammad bin Salamah, dari 'Amr bin Yahya, dari ayahnya, dari Abu Sa'id Al-Khudriy, dia berkata: Rasulullah Saw. bersabda:

"Bumi itu seluruhnya adalah masjid, kecuali kuburan dan tempat mandi."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0745.


Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka siapa yang melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana dia itu adalah syaitan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2093.


Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abu Usamah memberitahukan kepada kami, dari Hisyam bin Hissan dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw melarang melakukan solat dengan meletakkan tangannya pada rusuknya.

Dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnnu Umar. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah hasan sahih". Sekelompok dari para ahli ilmu memakruhkan meletakkan tangan pada rusuk diwaktu solat. Al-Ikhtishar adalah seseorang meletakkan tangannya pada rusuknya di waktu solat.

Sebahagian mereka memakruhkan seseorang berjalan dengan meletakkan tangannya dirusuknya dan diriwayatkan bahawa iblis apabila berjalan maka berjalan dengan meletakkan tangannya pada rusuknya.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0380.


Jumaat, 13 Julai 2018

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. katanya:

"Tadi malam, Ifrit bangsa Jin datang kepada ku hendak menggangguku solat (atau beliau mengucapkan kata-kata yang sama maksudnya). Tetapi Allah memungkinkan ku untuk mengatasinya. Aku bermaksud hendak mengikatnya pada sebuah tiang masjid, sehingga pagi-pagi anda semua dapat melihatnya. Namun aku ingat doa saudaraku, Nabi Sulaiman, yang memohon, "Ya, Allah, Tuhanku! Ampunilah aku, dan berikanlah kepadaku suatu kerajaan yang tidak akan pernah Engkau berikan kepada seorang jua pun sesudahku."

Kata Rauh, lalu jin itu diusir oleh Nabi."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0274.


Mewartakan kepada kami 'Amr bin Rifi'; mewartakan kepada kami Jarir, dari Manshur, dari Salim bin Abl-Ja'd dari Kuraib, dari Ibnu 'Abbas, dari Nabi Saw., beliau bersabda:

"Seandainya salah seorang di antara kalian, apabila mendatangi isterinya membaca: "Allahumma jannibnisy-syaitha na wa jannibisy-shaithaana fiima razaqtanii." Artinya: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada syaitan, dan jauhkanlah syaitan atas apa yang hendak Engkau berikan kepadaku. Lalu lahir seorang anak dari hasil hubungan mereka itu, maka Allah tidak akan memberi syaitan kesempatan untuk menguasainya. Atau syaitan tidak akan membahayakannya."

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1919.


Dari Abu Nadlrah dari Abu Sa'id berkata: "Dulu Rasulullah saw biasa membaca doa-doa untuk menolak gangguan jin dan gangguan manusia; namun setelah surah Al-Falaq dan An-Naas turun, maka beliau membaca kedua surah tersebut untuk menolak gangguan itu, dan meninggalkan doa-doa yang lain."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5339.


Khamis, 12 Julai 2018

Said bin Yahya bin Said Al Umawi menceritakan kepada kami, ayahku memberitahukan kepada kami, Ibnu Juraij memberitahukan kepada kami dari Ishaq bin Abdillah bin Abi Thalhah dari Anas bin Malik berkata: Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa membaca apabila keluar dari rumahnya:(Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah tiada daya dan kekuatan selain dengan pertolongan Allah) maka diucapkan kepadanya: Kamu dicukupi dan dilindungi dan syaitan menjauhkan dari dirinya".

Hadis ini adalah sanad hasan sahih gharib yang kami tidak tahu selain dari sanad ini

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3486.


Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. tentang taktik tukang-tukang tenung. Jawab beliau, "Mereka itu tidak benar!"

Tanya mereka pula, "Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah saw., "Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh sebangsa Jin,lalu dibisikkannya ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina dan mereka campur dengan seratus kebohongan, bahkan lebih."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2086.


Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak seorang pun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya." Tanya para sahabat, "Anda juga, ya Rasulullah?"

Jawab beliau, "Ya, aku juga. Tetapi Allah selalu melindungi ku dari godaan mereka, sehingga mereka yang menggoda ku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruh ku melainkan untuk kebaikan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2410.


Rabu, 11 Julai 2018

Dari Ubaid ibnu Khasy-khasy dari Abu Darr berkata: "Ketika aku memasuki masjid, Rasulullah saw telah berada di sana, maka aku segera masuk dan duduk di dekatnya. Kemudian sabda beliau padaku: "Wahai Abu Darr, mintalah perlindungan pada Allah dari kejahatan syaitan-syaitan Jin dan syaitan-syaitan manusia."

Aku bertanya: "Apakah manusia mempunyai syaitan-syaitan?" Jawab beliau: "Ya".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5352.



Dari Abdullah bin Sarjis, bahawa Nabi S.A.W. melarang buang air kecil ke dalam lubang. Kata Hisyam Ad Dastawaai (perawi hadis ini): Mereka berkata kepada Qatadah: "Mengapa beliau tidak menyukai buang air kecil ke dalam lubang?" Katanya: Dikatakan, bahawa lubang itu tempat tinggal jin."

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0027.


Dari Zaid bin Arqam dari Rasulullah S.A.W. beliau bersabda:

"Sesungguhnya tempat buang air (tandas) ini didatangi syaitan-syaitan. Maka apabila seseorang di antara kamu mendatangi tandas, hendaklah dia mengucapkan: "A'uudzu billaahi minal khubutsi wal kha-baaits-Aku berlindung kepada Allah dari syaitan-syaitan laki-laki dan syaitan-syaitan perempuan." (Atau dari kotoran dan penyakit).

Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai dan Ibnu Majah. Dan kata Tirmidzi; Hadis Anas adalah paling sahih dan sebaik-baiknya hadis tentang ini. Dan Hadis Zaid bin Arqam dalam isnadnya terdapat idhthirab (kegoncangan), dan menunjukkan perbezaan para perawinya.

Hadis Sunan Abu-Daud Jilid 1. Hadis Nombor 0005.


Selasa, 10 Julai 2018


Abu Kuraib Muhammad bin Alaa' menceritakan kepada ku, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada ku, dari Mohammad bin Amr. Abu Salamah memberitahukan kepada ku dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda:

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah sebaik-baik budi pekertinya dan yang sebaik-baiknya budi pekerti adalah yang baik terhadap isterinya."

Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ibnu Abbas. Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1171.


Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku kahwin pada masa Rasulullah saw., sesudah itu aku bertemu dengan Nabi saw., lalu beliau bertanya: "Ya, Jabir! Sudah kahwinkah engkau?" Jawab ku, "Sudah, ya Rasulullah!"

Tanya beliau: "Dengan gadis atau dengan janda?" Jawab ku, "Dengan janda." Sabda beliau, "Kenapa tidak dengan gadis? Engkau akan senang bersenda-gurau dengannya." Jawab ku, "Aku punya saudara-saudara perempuan, ya Rasulullah. Aku khuatir isteri ku akan turut mengatur urusanku dengan adik-adikku."

Sabda Rasulullah saw., "Oh!, begitu. Kerana itulah justeru wanita itu dikahwini kerana agamanya, kerana hartanya, dan kerana kecantikannya. Rupanya engkau telah memilih yang beragama. Semoga engkau bahagia!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1408.



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Seorang lelaki pergi mengunjungi saudaranya yang bermukim di negeri asing (jauh dari tempatnya bermukim). Maka Allah Ta'ala mengirim seorang malaikat untuk menemaninya dalam perjalanan. Setelah malaikat bertemu dengan orang itu, maka bertanya malaikat, "Hendak kemana Anda?"

Jawab orang itu, "Aku hendak mengunjungi saudara ku di negeri Anu." Tanya malaikat, "Apakah Anda berkunjung ini kerana Anda berhutang budi kepadanya?" Jawab orang itu, "Tidak!" Aku mencintainya hanya semata-mata kerana Allah Ta'ala."

Kata malaikat, "Sesungguhnya aku (malaikat) diutus Allah Ta'ala menemani Anda, sebab Anda mencintai saudara mu kerana Allah semata-mata."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2198.


Isnin, 9 Julai 2018

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, malaikat maut diutus Allah kepada Nabi Musa 'alaihissalam. Ketika ia telah bertemu dengan Musa lalu ditamparnya malaikat maut itu dan buta matanya. Malaikat kembali kepada Tuhannya dan berkata: " Engkau kirimkan aku kepada seorang hamba yang tidak ingin mati."

Kemudian Allah mengembalikan penglihatannya dan berfirman: "Kembalilah! Dan katakan kepadanya supaya dia meletakkan tangannya di punggung lembu. Untuk setiap bulu yang ditutup oleh tangannya, baginya satu tahun." Kata Musa. "Sesudah itu apa?" Firman Allah. "Mati!" Kata Musa, "Kalau begitu, sekaranglah!" Ia pun bermohon kepada Allah supaya mendekatkannya ke negeri suci (Jerusalem) dengan jarak sepelemparan batu.

Kata Abu Hurairah menambahkan, "Nabi bersabda, kalau sekiranya aku berada di sana, akan ku tunjukkan kepada mu maqamnya, iaitu di pinggir jalan, dekat tumpukan katsibil akmar (tumpukan pasir merah)."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0694.


Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad, mewartakan kepada kami Al-Walid bin Muslim, mewartakan kepadaku 'AbdurRahman bin Yazid bin Jabir, mewartakan kepadaku Busr Bin 'Ubaidullah, mewartakan kepadaku Abu Idris Al-Khaulaniy,. bahawasanya dia mendengar Hudzaifah bin Al-Yaman mengatakan: Rasulullah saw. bersabda:

"Para propaganda berada di pintu Jahannam. Barangsiapa yang memenuhi undangan mereka ke pintu neraka, maka mereka akan melemparkannya ke Jahannam". Saya berkata: "Wahai Rasulullah, tunjukkan ciri-ciri mereka kepada kami".

Dia menjawab:"Mereka adalah kaum kerabat kami, mereka berkata dengan mulut kami". Saya berkata: "Apa yang diperintahkan kepadaku bila akan menjumpai hal yang demikian itu?"

Beliau menjawab:"Tetaplah kamu di jamaah/majoriti umat Islam serta imam mereka. Maka bila tidak ada jemaah dan imam, maka jauhilah firqah-firqah semuanya itu. Meskipun kamu mengigit/makan dari pokok pohon, sampai maut menjumpaimu sedangkan kamu seperti dalam keadaan tersebut".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3979.



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara:

(1) Sebelum matahari terbit dari Barat.
(2) Keluar asap atau kabut.
(3) Keluar Dajjal.
(4) Keluar Dabbah (binatang melata).
(5) Peristiwa yang menimpa diri mu sendiri (maut).
(6) Peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2483.


Jumaat, 6 Julai 2018

Mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Sa'id; mewartakan kepada kami Sa'id bin Muhammad Al-Warraq; mewartakan kepada kami Shalih bin Hayyan, dari Muhammad bin Ka'ab Al-Qurazhiy, dan Ibnu 'Abbas, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Sesunggunya bagi setiap agama itu ada budi pekertinya. Dan budi pekerti agama Islam adalah sifat malu".

Dalam Az-Zawa-id: Isnadnya daif, kerana daifnya Shalih bin Hayyan dan Sa'id bi Muhammad Al-Warraq.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4182.


Qutaibah menceritakan kepada kami, Hatim bin Ismail memberitahukan kepada kami dari Abdur Rahman bin Adrak Al Madini dari Atha' dari Ibnu Mahak dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Ada tiga perkara yang sungguh-sungguhnya, jadi sungguh dan senda guraunya jadi sungguh-sungguh, ialah nikah, talak dan rujuk "

Hadis ini hasan gharib. Yang melaksanakan hadis ini, adalah beberapa Ulama' dari shahabat-shahabat Nabi SAW dan yang lainnya, diantaranya; Abdur Rahman, dia adalah Ibnu Habib bin Adrak, Ibnu Mahak menurut saya dia adalah Yusuf bin Mahak.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1194.


Al-Abbas bin Muhammad Ad Dauri menceritakan kepada kami, Ali bin AI-Hasan menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al Mubarak menceritakan kepada kami dari Usamah bin Zaid dari Said Al-Maqburi dari Abu Hurairah berkata: "Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya engkau bersenda gurau dengan kami?"

Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku tidak berkata melainkan kebenaran".


Hadis ini adalah hasan. Arti kata: "Innaka tudaa 'ibnaa", maksudnya sesungguhnya engkau bersenda gurau dengan kami.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2058.


Khamis, 5 Julai 2018

Mewartakan kepada kami Mahmud bin Ghailan; mewartakan kepada kami Al-Fadhl bin Musa, dari Muhammad bin 'Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

"Banyak-banyaklah kamu mengingat perkara yang akan menghancurkan segala kenikmatan, yaitu maut".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4258.


Dari Shaifi dari Abu Yasar bahawasanya Rasulullah saw biasa membaca doa:

"Allaahumma innii a'uudzu bika minal harami wat taraddii wal hadmi wal ghammi wal hariiqi wal gharaqi wa a'uudzu bika ayyatakhabbaniyasy syaithaanu 'indal mauti wa an uqtala fii sabiilika mudbiran wa a'uudzu bika an amuuta ladiighan

(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kepikunan, dari kebinasaan dan kejatuhan, dari kegelisahan, dari mati terbakar, mati tenggelam. Dan aku berlindung kepadaMu dari penguasaan syaitan atas diriku ketika sakaratul  maut telah datang padaku; aku berlindung kepada-Mu dari mati terbunuh di saat melarikan diri berperang di jalan-Mu dan aku berlindung kepadaMu dari mati kerana tersengat (binatang) ."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5377.


dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang taubat kepada Allah Taala sebelum matahari terbit di barat (sebelum matahari terbit dari barat atau sebelum sakaratul maut), Allah menerima taubatnya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2324.


Rabu, 4 Julai 2018

Mewartakan kepada kami Harun bin Ishaq dan 'Abdullah bin Sa'id, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami 'Abdullah bin Idris, dari ayahnya, dan pamannya, dari kakeknya, dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah saw. ditanya: "Apa yang hendak membuat seseorang masuk syurga?"

Beliau menjawab: "Takwa dan budi pekerti yang baik". Dan beliau juga ditanya: "Apa yang banyak membuat seseorang masuk neraka?"

Beliau menjawab: "Dua yang berlubang: Mulut dan faraj -kemaluan-".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4246.


Dari Nawwas bin Sam'an Al Anshari r.a., katanya: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang erti kebajikan dan dosa."

Sabda beliau, "Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2183.


Dari 'Abdullah bin 'Amr r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya orang-orang pilihan di antara kamu ialah yang paling indah budi pekertinya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2150.


Selasa, 3 Julai 2018

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya! Aku ingin bahawa aku berperang di jalan Allah, lalu aku terbunuh dan dihidupkan kembali. Kemudian itu terbunuh lagi dan dihidupkan kembali. Kemudian itu terbunuh pula dan dihidupkan kembali. Kemudian itu terbunuh dan dihidupkan kembali."

Abu Hurairah mengucapkan tiga kali: "Saya bersaksi kepada Allah."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1929.


Dari 'Aisyah r.a., ia membeli sebuah bantal yang bergambar-gambar. Nabi saw. berdiri saja di pintu, tidak mahu masuk ke dalam. Lalu 'Aisyah berkata: "Saya bertaubat kepada Allah seandainya saya salah."

Nabi berkata: "Untuk apa bantal itu!" Jawab saya: "Supaya tuan duduk dan bersandar di situ."

Sabda beliau: "Sesungguhnya orang yang membuat gambar semacam ini akan diseksa di hari kiamat, dikatakan kepadanya: "Hidupkanlah apa yang kamu buat itu!" Sesunguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di situ ada gambar-gambar haiwan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1687.



Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila seseorang kamu solat (jadi imam), hendaklah meringkaskannya, kerana di antara makmum, ada orang yang lemah, orang sakit, dan orang tua. Dan apabila dia solat sendirian, panjangkanlah sekehendak hatinya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0396.


Isnin, 2 Julai 2018

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda:

"Tuhan menyuruh malaikat mengurus anak dalam kandungan. Lalu malaikat itu berkata: "Ya Tuhan, benda cair! Ya, Tuhan, segumpal darah beku! Ya Tuhan, segumpal daging!" Setelah Tuhan hendak menciptakannya (hidup), malaikat bertanya: "Ya Tuhan! laki-laki atau perempuan? Celaka atau berbahagia? Bagaimana rezekinya dan ajalnya?" Lalu dituliskan hal itu ketika sedang berada dalam perut ibunya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1776.


Dari Abdullah bin 'Amru r.a, katanya: Rasulullah saw berkata:

"Termasuk dosa yang paling besar adalah kalau orang mengutuk kedua orang tuanya." Ada orang bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana orang mengutuk kedua ibubapanya?"

Beliau menjawab: "Kalau seseorang mencaci bapa orang lain, lalu orang lain itu membalas mencaci bapanya dan mencaci ibunya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1692.


Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw. beliau bersabda:

"Orang yang lebih muda mengucapkan salam kepada orang yang lebih tua. Orang yang lalu mengucapkan salam kepada orang yang duduk. Orang yang jumlahnya lebih sedikit mengucapkan salam kepada orang yang jumlahnya lebih banyak."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1724.


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak