Dari Abdullah r.a. katanya: Nabi saw. bersabda:
"Sesungguhnya aku mengetahui isi neraka yang paling akhir keluar dari neraka dan isi syurga yang paling akhir masuk ke dalamnya, iaitu seseorang yang keluar dari neraka dengan merangkak. Tuhan berkata kepadanya: "Pergilah engkau masuk syurga!" Orang itu datang ke syurga dan tergambar dalam fikirannya, bahawa syurga itu telah penuh. Kerana itu dia kembali semula dan mengatakan: "Ya Tuhan! Saya dapati syurga itu telah penuh."
Tuhan berkata kepadanya: "Pergilah engkau masuk syurga, kerana untuk engkau di situ ada seluas dunia dan sepuluh kali lipat dari itu atau sekira sepuluh kali dunia." Lalu orang itu menjawab: "Apakah Engkau hendak memperolok-olokkan aku atau mentertawakan aku, sedang Engkau Raja?"
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1769.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan