Isnin, 24 Disember 2018
Isnin, 17 Disember 2018
Disember 17, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments
MENURUT SYEIKH IBNU ARABI, menyebutkan:
Muhammad Ibnu Ahmad Ibnu Salamah berkata, "Dzun-Nun Al-Mishri berwasiat kepadaku, "Janganlah engkau mencari-cari aib orang lain, sedangkan engkau menutupi aib dirimu sendiri. Ingatlah bahawa engkau bukan penjaga mereka."
---- Syeikh Ibn 'Arabi dalam kitab Al Washaya' li Ibn 'Arabi.
Disember 17, 2018
terokai seni
No comments
MENURUT SYEIKH IBNU ARABI, menyebutkan:
"Dzun-Nun Al-Mishri mengatakan, "Tiga di antara tanda-tanda keimanan adalah:
- kalbu merasa pilu atas musibah yang menimpa Kaum Muslimin,
- mengorbankan kesetiaan kepada mereka dengan menahan kepahitan prasangka buruk mereka, dan;
- menunjukkan mereka kepada kebaikan, meskipun mereka tidak menghiraukan dan membencinya."
---- Syeikh Ibn 'Arabi dalam kitab Al Washaya' li Ibn 'Arabi.
Disember 17, 2018
terokai seni
iman, mati
No comments
Dari Ibnu Abbas ia berkata; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;
"Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah".
(Sunan Tirmidzi No:1563) Status: Hadis Sahih
Jumaat, 14 Disember 2018
Disember 14, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments
Ketahuilah, Tuhan telah menjadikan dunia sebagai hambamu yang hina, dan ia menyediakan keperluan hidupmu tanpa penat lelah demikian pula keperluan hidup kerajaan (kalbu)-mu yang patuh dan setia kepadamu. Maka, perindahlah apa yang engkau perlukan dan inginkan dari dunia ini.

Jika engkau menjaga diri dan menjauhkan diri daripada hal-hal yang haram di dunia, serta tidak tergoda olehnya, nescaya engkau akan dapat menyelamatkan dirimu daripadanya, dan ia akan menjadi hambamu. Maka, apa yang ingin engkau perolehi daripadanya akan datang kepadamu tanpa penat lelah, tanpa engkau harus bersusah payah mengambilnya.”
-- Syeikh Ibnu ‘Arabi dalam Kitab Tadbirat al-Ilahiyyah fi Ishlah al-Mamlakah al-Insaniyah.
Disember 14, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments

SYEIKH Ibnu ‘Arabi mengatakan:
“Wahai penguasa hawa nafsu, peliharalah hawa nafsumu agar tetap bersih daripada cinta kepada dunia ini, dan bebaskan ia daripada kebergantungan terhadap dunia. Dengan demikian, hawa nafsumu akan mengerjakan hal-hal yang bermanfaat dan setia kepada kerajaan kalbumu, serta tidak akan menentangmu. Ingatlah, Tuhan telah menjadikanmu sebagai khalifah-Nya dan menempatkanmu pada tingkatan Ilahiah di dunia ini, serta mengajarkan tentang kewajibanmu kepada dirimu sendiri.

Kalian berdua ini, yakni engkau dan dunia, saling berhubungan satu sama lain. Ketika Dia menilaimu lebih utama daripada yang lain, maka sebenarnya Dia telah menunjukkan rasa benci-Nya kepada dunia, tidak pernah menatap wajahnya kecuali satu kali saat Dia menciptakannya. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Dunia ini dilaknat Allah, demikian pula orang-orang di atasnya yang telah melupakan-Nya.”
-- Syeikh Ibnu ‘Arabi dalam Kitab Tadbirat al-Ilahiyyah fi Ishlah al-Mamlakah al-Insaniyah.
Disember 14, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments

Syahwat tidak akan dapat dibanteras dengan nasihat atau kata-kata sahaja, tetapi ia mesti dibanteras dengan penampilan sikap, persekitaran yang baik dan pentarbiahan.
Manakala kecintaan kepada kebendaan tidak akan dapat dipadamkan dengan kata-kata sahaja tetapi hendaklah dipadamkan dengan perasaan dan kemanisan iman.
Penderhakaan dan pelampauan tidak dapat diubati hanya dengan kata-kata tetapi ia dapat diubati dengan merendahkan diri kepada Allah, ketaqwaan, kewara’an dan adab.
Inilah jalan amali (praktikal) iaitu tasawuf."
- Al-Imam Sayyid Ahmad Ibn Idris Q.S.
Selasa, 11 Disember 2018
Disember 11, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments
1. Lemah lembut (kasih sayang dan pemaaf).
2. Dermawan (memberi walau tidak diminta).
3. Baik budi pekertinya.
4. Tawadhu’ (rendah hati).
2. Dermawan (memberi walau tidak diminta).
3. Baik budi pekertinya.
4. Tawadhu’ (rendah hati).
[Syeikh Ibrahim Bin Adham Rahimahullah Taala]
Disember 11, 2018
terokai seni
tasawuf, zikir
No comments
Apabila seseorang dekat kepada Allah, maka malaikat-malaikat-Nya akan diberi tugas mengawasinya setiap saat. Jika dia tidur, mereka akan duduk di arah kepalanya dan di arah kakinya; mereka menjaganya baik di depannya mahupun di belakangnya.

Ya Allah, jagalah kami daripada semua keadaan, dan: Berilah kami kebaikan di dunia ini, dan kebaikan di akhirat juga, dan jagalah kami daripada siksa neraka!"
- (QS 2:201).
- (QS 2:201).
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Jala Al-Khawathir.
Disember 11, 2018
terokai seni
tasawuf, zikir
No comments
SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI qaddasallahu sirrahu mengatakan:
"Wahai kalian yang kalbunya mati, kalian harus senantiasa mengingati Tuhan kalian, membaca Kitab-Nya, mengikuti Sunnah Rasul-Nya, dan menghadiri majlis-majlis zikir. Dengan demikian kalbu kalian akan hidup kembali, sebagaimana bumi yang mati dihidupkan kembali dengan hujan yang menyegarkan.

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Jala Al-Khawathir.
Isnin, 10 Disember 2018
Disember 10, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments
“Barangsiapa belum menguasai ilmu tauhid berserta argumen-argumennya, maka telapak kaki yang tertipu pasti akan tergelincir ke dalam kerosakan hawa nafsu.”
Ertinya, barangsiapa yang hanya memastikan taklid dan tidak berusaha merenungi argumen-argumen tauhid, dia akan menyimpang dari jalan yang dapat menyelamatkannya dan tertawan di lembah kerosakan.
— Risalah Al-Qusyariyah, Imam Al-Qusyairi An-Naisaburi.
Disember 10, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments

Itulah cinta orang-orang Shiddiq yang dipenuhi limpahan kerohaniaan. Mereka tidak mencintai dengan keimanan, tetapi dengan keyakinan dan kesaksian. Hijab mereka tersingkap dari matahatimu sehingga engkau melihat perkara-perkara yang ghaib. Engkau melihat apa yang tidak mungkin dapat mereka jelaskan!”
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.
Disember 10, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments

Maka, hendaklah engkau berusaha membersihkan kalbumu daripada selain Diri-Nya. Hendaklah engkau tidak memandang kemudaratan ataupun manfaat kecuali bahawa itu datang daripada Allah. Engkau selalu dalam rumah-Nya dan menjadi tamu-Nya.
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.
Jumaat, 7 Disember 2018
Disember 07, 2018
terokai seni
tasawuf, zikir
No comments

Kemudian datang lagi orang yang mengadu tentang kemiskinan, maka beliau pun memberi solusi cepat menyelesaikan masalah, “Beristighfarlah kepada Allah!”
Terakhir, ada seseorang yang meminta agar didoakan punya anak, maka Imam Hasan Al-Bahri menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah!”
Ar-Rabi’ bin Shabih yang kebetulan hadir di situ langsung bertanya, “Kenapa engkau menyuruh mereka semua untuk beristighfar?”
Maka, Imam Hasan Al-Bashri pun menjawab, “Aku tidak mengatakan hal itu daripada diriku sendiri. Tetapi, sungguh Allah SWT telah berfirman dalam surah Nuh:
“فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً . يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً . وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَاراً” - (نوح: 10-12).
“Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu.”
--- Dipetik daripada Tafsir al-Qurthubi.
Disember 07, 2018
terokai seni
tips, zikir
No comments
“Barang siapa memperbanyak istighfar; nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
- (HR. Ahmad daripada Ibnu Abbas).
Disember 07, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments
AHLI hikmah pernah ditanya: “Jika ada seorang hamba bertaubat, apakah dia boleh mengetahui bahawa taubatnya itu diterima atau tidak? “

1. Tidak merasa dirinya terpelihara daripada kemaksiatan;
2. Hatinya merasa bahawa kegembiraan itu jauh, sedang kesedihan itu dekat;
3. Senang berdekatan dengan orang-orang yang berbuat baik, sekaligus menjauhi orang-orang yang berbuat buruk;
4. Memandang harta miliknya yang sedikit terasa banyak dan memandang amal akhiratnya yang banyak terasa sedikit;
5. Sibuk dengan ketaatan kepada Allah dan tidak menyibukkan diri dalam mengais rezeki yang telah dijamin oleh Allah;
6. Selalu memelihara lisannya, sering bertafakkur, serta mencemaskan dan menyesali dosa yang pernah dikerjakannya.”
-- Kitab Nasha’hul-‘Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani.
Khamis, 6 Disember 2018
Disember 06, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments
Haris Al-Muhasibi mengatakan: "Di antara sebaik-baik ibadah adalah hati yang diisi rasa cinta pada ketaatan. Jika hatimu telah dilimpahi perasaan itu, maka anggota badan akan beramal sesuai dengan apa yang dilihatnya dalam hati. Sebab, boleh jadi anggota badan sibuk beribadah, sedangkan hati diam menganggur."
Seseorang bertanya, "Lalu bagaimana bentuk ibadah hati di luar anggota badan? Dan, bagaimana ibadah yang dilakukan hati akan mengalir menuju anggota badan?"
Beliau menjawab, "Yakni ketika hati menjadi wadah bagi kerisauan, kekecewaan dan kesedihan, rasa lemah dan sangat memerlukan, penyesalan, dan keterdesakan menuju Allah, sikap tulus kepada-Nya, dan cinta pada apa yang Allah cintai, serta benci pada apa yang Allah benci.
Jika ia bersikap kepada Allah dalam keadaan hati yang semacam ini, anggota badan akan ikut bergerak dan bangkit untuk melakukan ketaatan. Keadaan seperti ini akan terwujud jika relung hati telah diisi dengan zikir kepada Allah."
Disarikan dari Syarah Kitab Tajul-'Arus SyeIkh Ibnu Atha'illah, oleh SyeIkh Muhammad Najdat.
Disember 06, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
Disember 06, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
Disember 06, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments
Syekh Ibnu Atha'illah.
Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika hati kita masih berasakan kecewa, sedih dan gelisah terhadap hal-hal yang bersifat duniawi, bererti hati kita masih terhalang daripada melihat Allah dengan mata batin. Jika tidak, tentu dia tidak akan berasa risau ataupun sedih atas hilangnya sesuatu dari dunia ini.
Isnin, 3 Disember 2018
Disember 03, 2018
terokai seni
identiti, rempit
No comments
layan se'round' 'jantan teristimewa' ni
edisi pelengkap: https://www.facebook.com/akublues.koponblues/videos/2620463874638353/
Disember 03, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments
'Sesungguhnya Iman akan usang di dalam hati kalian seperti usangnya pakaian, mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman di dalam hati kalian...'
[HR Al-Hakim dan Al-Tabarani]
Disember 03, 2018
terokai seni
iman, tasawuf
No comments
"Seorang laki-laki mengatakan suatu kalimat yang diredhai Allah, sementara ia tidak tahu betapa besar kalimat itu, sehingga dengan kalimat itu Allah mencatat untuknya keredhaan-Nya sampai hari kiamat. Ada juga seorang laki-laki mengatakan suatu kalimat yang Allah murkai Allah, sementara ia tidak tahu betapa besar kalimat itu, sehingga Allah mencatat untuknya kemurkaan-Nya sampai hari kiamat."
MUWATTA MALIK
Disember 03, 2018
terokai seni
iman, tasawuf
No comments
“Janganlah kalian menjadi orang yang tergesa-gesa, suka menyebarkan berita-berita tidak baik tentang orang lain, dan suka membongkar rahsia-rahsia orang. Kerana sesungguhnya di belakang kalian ada bala’ (bencana) yang amat buruk, yang menjadikan kalian lemah (kerana ditimpa kesulitan yang berterusan), sehingga tercetus fitnah (keburukan-keburukan) yang besar dan berlarutan.”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, lihat kitab Al-Adabul Mufrad, no. 327]
Jumaat, 30 November 2018
November 30, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments
"Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan
- kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau;
- kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau;
- penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau;
- masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau;
- adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau;
- datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar."
(HR Tirmizi, No: 2306) Status: Hadis Sahih
November 30, 2018
terokai seni
tasawuf, tips
No comments

“Janganlah engkau berbicara dalam urusan yang tidak engkau perlukan. Kenali musuhmu.
Waspadalah dari temanmu, kecuali yang tepercaya. Tidak ada orang tepercaya kecuali yang takut kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
Janganlah engkau berjalan bersama orang yang rusak, sehingga dia akan mengajarimu sebagian keburukannya.
Jangan pula engkau beri tahukan rahasiamu kepadanya.
Janganlah engkau bermusyawarah tentang urusanmu kecuali dengan orang orang yang takut kepada Allah ‘azza wa jalla.
Sumber : Shifatu ash-Shafwah hlm. 109
Khamis, 29 November 2018
November 29, 2018
terokai seni
ingatan mesra, tasawuf
No comments

Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Carilah aku di antara orang-orang miskin di antara kalian, kerana sesungguhnya kalian diberikan rezeki dan pertolongan hanya dengan sebab orang-orang miskin di antara kalian.”
[HR. Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasa'i]
Langgan:
Catatan (Atom)