Selasa, 3 Januari 2012

tahun baru ni rasa tak berseri pulak...

ahad lepas ke pasir gudang, jb untuk berziarah ibu saudara yang dah lama tak berjumpa. khabar tak baik betapa dia kini terlantar sakit teruk kerana disihir orang. penyakit yang dah lama tapi kian kelihatan sengsaranya akhir-akhir ini. rambutnya pon banyak yang gugur selain pergerakan terpaksa dipapah.

mengikut crita sepupu, sihir ini dah diakui oleh beberapa ustaz yang pakar mengubat. baru-baru ni seorang ustaz dari darul syifa' telah merawatnya. apabila diurut hujung kakinya keluar pasir. ustaz tu sendiri muntah darah waktu mengubatnya. diperkirakan sihir ni dimport dari siam. selain pasir ditabur di dalam rumah, ada benda kotor turut diletakkan dalam makanan. semuanya untuk melepaskan rasa sakit ati orang pada mak sedara aku ni. dan yang buatnya pon orang yang akrab kluo masuk dalam rumah, begitu menurut kata beberapa pengamal perubatan tersebut.

"berasabar le mak ngah, Allah nak ujji kita ni untuk diberikan pahala yang banyak atas kesabaran kita. pada orang yang berbuat tidak baik tu takpe la... ada hutang yang bole kita tuntut di akhirat kelak" itu je la yang bole aku katakan.

psst: sbenonya ada beberapa kes lagi yang hampir sama aku hadapi sejak menjak ni. letih juga bila berhadapan dengan hal cenggini. nanti le ada kesempatan aku sambung lain kali.

24 zmn org suka mengomen:

munna berkata...

KENAPALAH LAH ORG TU DENGKI SAMPAI NAK MENYIHIR .... MMG DAH TAKDE HATI PERUT AGAKNYA

sahromnasrudin berkata...

nauzubillah...

semoga beliau tabah dan tidak patah semangat utk berubat...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Cemomoi

Betul tu, ujian hidup ini pelbagai macam.. tentang sihir ni memang menyusahkan kita sebab kita tak mengetahui siapa yang menyihir, maka di situ akan timbul fitnah.

Apa-apapun semoga semua masalah dapat jadi ringan dengan berbaik sangka kepada Allah SWT.

AzianKhalil berkata...

ESOK2 SANTAU NI BOLEH DIHANTAR PAKAI EMEL ATAU FB SAJE AGAKNYE...

si para para berkata...

tiada yang dapat memberi mudarat melaikan dengan izinNya...
mudah mudahan kita terhindar dari semua kejahatan hasad dengki dan iri hati..

Unknown berkata...

Hmm...hasad dengki ni macam dh jadi sebahagian dr darah daging org melayu...islam pd nama tapi bukan dihati

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum Cemomoi...
Bila perasaan dengki dan sakit hati mnguasai diri,manusia sanggup melakukan apa saja ......memang menakutkan...
Semoga ibu sedara cemomoi tabah dan sabar hadapi ujian ini....Allah Maha Adil..

ajumohit berkata...

Orang kalau busuk hati mmg begitu, apalah kepuasan yang diorg dpt buat mcm tu nauzubillah

LadyBird berkata...

kenapala mereka snggp buat org mcm tu.. x kasihan langsung..

azieazah berkata...

Pengalaman saya, arwah abang pun sebelum meninggal sakit2 begitu juga. Panas sepanjang masa sampai tidur dengan tuala basah.

Tapi sampai ke sudah, tak berani menuduh wpun klu ada.

Akhirnya cerita tu senyap selepas dia pergi juga...

Woofer Storm berkata...

kenapalah sampai sanggup nak shir orang ni..ermmm cetek pemikiran..

#bersabar,Allah menguji kesabaran kita..

kiwi berkata...

busuknya hati orang yang buat sihir kat orang lain ni..memg manusia ni mcm2..susah nak duga..semoga semua dilindungi Allah sentiasa

Tea berkata...

Astaghfirullahaladzim.. naaudzubillah..

Kenapalah sanggup buat sampai begitu :(

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Ujian yang berat, sabarlah ubatnya. Pembersihan dosa. Moga Allah kembalikan kesihatannya semula..amin

Hairun Azmi berkata...

Syaitan tidak pernah berehat untuk menyesatkan umat adam.

Cik SHiNJU berkata...

Dua hari lepas seorang yang saya kenal meninggal dunia kerana doc mengesahkan beliau mghidap kanser tahap 4.. Ustaz darul syifa pula jumpa 3 benda yg ditanam di sekitar umah arwah.. x sempat nak berubat... made in siam gak..seram bila mikirkan org kita yg hati kering,membunuh dlm senyap..tp terlepas pengadilan dunia...Tggu la di akhirat nt...

Kakzakie Purvit berkata...

Besar ujian Mak Ngah cemomoi. Ramai umat Islam yg masih bersekongkol dgn syaitan utk memuaskan nafsu.

Benar di akhirat kelak tahulah dia. Dunia ini hidup pun tak lama mana mungkin bagikan seminit kalau nak banding di akhirat kelak.

Nida berkata...

Ya Allah... sedihnya baca kisah Mak Ngah ni... moga beliau tabah dan pulih seperti sediakala.

Tuan Cemomoi pergilah berubat juga ye kalau ada tanda2 yang disangsikan.. moga Allah sentiasa bersama kita... ameeeeennn

Rafi Harumin berkata...

Cerita hal-hal sihir selalu menyakitkan hati.

Apa pun, bersabar dan bertabahlah. Didoakan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Amin...

shameel Iskandar berkata...

Allah akan melaknat para tukang sihir dan orang2 yg terlibat dlm sihir.

Kazman / Sue berkata...

kena banyak bersabar tu dengan ujian......

Nizam Awang Brahim berkata...

Bile dah lupe matlamat diri.Mende yang buruk ter jadi amalan.

terokai seni berkata...

assalamualaikum teman-tenan blogger:

kita makin mundur setapak dengan bertahayul dan berkhurafat, dan lebih teruk saudara yang sepatutnya menjadikan kita saling nguat-memperkuatkan ummah menjadik sasaran.

kalu le kita hebat sangat dengan sihir tu napa tak sihir aje orang yahudi dan nasrani yang jadik musuh islam tu yerk... tapi tu le janji setan adalah untuk merenggangkan silaturahim sesama kita dan menghancurkan umat manusia

Ati Masrif berkata...

salam cemomoi,

kita memang menyampah dgn perangai
orang kita yang suka sangat dengki
dan buat benda syirik ini..

arwah tok kita dulu kena ada org
hantar benda tp sbb dia pakai
pendinding kekan pd paksu..sampai
tua dan meninggal paksu kita jadi
gila!

tak takut dosa depa tu!

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak