“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (maksud surah Yunus: 92).”
itu crita dari al-quran tentang firaun yang dilaknat Allah.
"satu masa aku g umrah, Allah bagi rezeki dapat la masuk kat al-rawdhah (dalam masjid nabawi) untuk bersolat kat situ..." sorang kawan aku syok berkongsi cerita lama tentang pengalaman kerohanian selepas beberapa kali mengerjakan umrah. "tapi pada hari tu, tak tau apa masalahnya bila nak sujud je tak bule, tak dapat!"
"kenapa?" tanya member aku yang sama memasang telinga
"orang penuhhhh. camana nak rukuk sujud nanti kena punggung orang." dia melanjutkan lagi ceritanya, "mula tu aku pon tak tau apa masalahnya. jadik malam tu, aku dok la bincang dengan kawan aku, rupa-rupanya baru teringat dalam poket sluo kami ada duit mesir" sebenonya kawan aku ni g berdua ngikut kursus di mesir dan amik peluang mengerjakan umrah.
"aphal dengan duit mesir?" member aku tanya lagi, barangkali semakin beso telinganya
"duit mesir, kan ada gambar firaun?" kami semua angguk macam la pnah tengok duit mesir. "firaun ni dilaknat oleh Allah untuk masuk syurga. al-rawdhah tu, nabi s.a.w bersabda (bermaksud) "di antara rumahku dan mimbarku ada taman al-rawdhah dan taman-taman daripada syurga" ... jadik firaun ni, kat situpun tak dibenarkan oleh Allah walaupon sekadar gambarnya... esoknya kami tak bawak dan alhamdulillah dapat solat kat situ"
sebenarnya, dia cuma nak pesan pada sorang bos kami yang nak ke mesir, kalo melawat mumia firaun nanti jangan le kita berasa kagum sebaliknya ucapkan la kata-kata laknat untuk dia. heh! aku pulak tukang nambah "kalo nak laknat paling best, bos guna la laknat orang melaka - cilaka cilanat lahabau ko bla, bla, bla..."
wallahu a'lam
psst: hoh! dah habih ke orang mlayu berpolemik sapa nak jadik hero malaya? sepatutnya sejarah dijadikan tauladan dan sempadan, menjadi guru untuk kita bangkit menjadi bangsa lebih hebat
Selasa, 20 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
30 zmn org suka mengomen:
Berada di raudhah memang sempit tapi insya-allah tetap ada ruang utk bersujud/ruko'- tapi kes kawan cemomoi ini jadi iktibar betapa Firaun amat dilaknat - bagaimana dgn manusia yg berperangai bak firaun agaknya bila berada di sana ye?...
mulut rasa macam nak nnambah je ucapan laknat firaun tuh...hihi..
Bila sejarah diubah pincang cerita rosaklah bangsa. Jangan ubah sejarah.
iktibar yang berguna utk
orang tak berkesempatan
nak ke sana macam kita ni lagi :)
monyet punya firaun...boleh :)
Penah gak tengok wang kertas Mesir, sebab my sepupu study kat sana..
Mula nak gak amik 1 tapi memikirkan Fira'un tu dilaknat, terus tak jadi..
p/s : Kalau nak voucher tu cepat2 bg alamat tau :-)
firaun dah takde tp suku sakatnya cukup ramai kat dunia nie huhuhhhhh
bilalah munna di di beri peluang nak ke sana...
kalau org kelantan melaknat pun best jugak " menate firuan beruk. menate firaun benggong gila babi"
saya berharap sgt utk ke sana.. moga Allah perkenan..menarik jugak citer ttg duit mesir tu..tp ngape mesir pilih gambo firaun.. gambo unta tak boleh ke..?
salam..
udah di sumpah nanti
jangan bangun pula mumia
tu...larik tak cukup tanah
belake..he he..
Ande lagi ke duit gambor Firaun ter sekarang ni
"hahaha..tu tak dgr saya melaknat lagi tu..lg teruk dan buruk..astaghfirullah..."
Assalamualaikum...
Semuanya atas ujian Allah kepada hambanya yang melangkah masuk ke Raudhah...
like part yang BAWAH sekali :)
samapi begitu sekali eeh... Firaun mmg dilaknat.... tp jgn benci firau kerana mungkin kita boleh setaraf dengan firaun sekiranya solat xbertoma'ninah.. huuuu
dah smyg belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html
orang utagha boleh tahan jugak ......
Macam-macam ye kita dengar citer dr sana..mungkinkah semua itu ujian dari Allah pada umatNYA..saya muhasabah diri
sejarah itu ibarat kehidpan lampau kita,jika diubah tanpa usul periksa,ibrat diri kita tidak bermakna..sekdar pndgn^^
Pengajaran utk kami yg belum pergi ke sana nih...Elok tuko la duit Mesri ter..Letok gambor Mubarak..huhuhu :P
tertarik dgn cerita ni...tak pernah tgk lagi duit mesir...so x tau yg duit tu bercopkan firaun....
Firaun: Metafora bagi kejahatan...
mcm 2 sekali..huuhhuu
ooo.. begitu ye.. Terima kasih kerana memberitahu. Nanti akan disampaikan kepada sesiapa yang akan ke ke sana (melawat mumia firaun)
ouh. betol. jgn yg zalim dn kejam pulak yg dikagumi
:)
Jum hayati di sini (^o^)
my diary
kite baru tau yang mesir punye duit ada gambar firaun. nape la x diubah.apa la yang best sgt. huhu
Psl plak ada gambar Firaun,
cam bangga je...
hehe mencarut2 yer.. pe kate kalu kite.. ckp.. semoga aku dijauhkan dari tergolong dr golongan2 spt mereka :)
entry yg informative & klakor, hehe
datang sni..tak update entry ke??ke sy yang tak perasaan ni?
takpe,utamakan yang penting..kan3??
assalamualaikum:
Kakzakie: mintak jauh le kita termasuk dalam kalangan orang tak dirahmati Allah tu
Anaa: eee elok kita jangan nambah... kang orang ingat kita maki kat sapa pulak
akuanakpahang: tangan-tangan manusia sokmo gatal nak ungubah sebab nak bagi menang kat dia pulak bila berkuasa
Ati Masrif: ooo tumpang skaki yea...
Myra Jay: laaa nampaknya tak bule juga le kita nak buat koleksi
tima kasih kalo nak bagi tu... tapi rasanya eelok juga bagi kat orang yang dekat-dekat nanti dia kabo "baik ati kawan aku ni" - dulukan orang terhampir...
sahromnasrudin: termasuk juga malaunnnn
munna: jangan pegi sekarang, mesir tak stabil, kalo g mekah kena tunggu abih musim aji le nampaknya nak umrah
shameel: amboih! tu tahap tertinggi mencela bagi oghe klate ko tu?
a.samad jaafar: mudah-mudahan diperkenankan Allah, pesan kawan tu "yang penting kita ada niat insyaallah Allah akan bagi jalan"
zulkbo: tengah ingat balik crita mummy return ni
Nizam: ntah le, gamoknya dah tak ander le kot mesir tengoh huru-hara je ni
Pia: cukup le kita sorang je tau caman kita laknat tu...
Abd Razak: harap Allah permudahkan jalan kita ke sana kelak
muhammad thaqif: memang sejarah dicritakan untuk renungan dan tauladan
L: yeap tul tul, dok cela orang nanti lupa pulak diri sendiri
S..U..D..@..I..S: amboih! sema pakat nak tunjuk bunyi laknat nihhhh
anitaare: eeelok kita ingatkan diri kita dulu mudah-mudahan kita tak terjebak dalam keja-keja ala firaun tu
Woofer Storm: kita tipu diri kita rupanya...
Cik SHiNJU: mubarak yang jual murtabak takpe... sebab orang mesir tak bole langsung sebut mubarak hatta pada kalimah ramadhan al-mubarak
Yastro: tak tau le ada lagi ke tak bila mesir dah goyah nih
ckLah: kita pulak jangan terlalu bombastik tapi perangai tetap sama ala-lala firaun
ZORA: jangan kita pon ikut perangai firaun
Nida: tak tau le kita ada kesempatan ke tak nak ke sana...
zaty luvlianncezzz: banyak dah orang jadikan manusia sampah sebagai idola
cik sakdi: dah tersenarai 7 keajaiban dunia tu yang nak dimegahkan kot
Amri Abd Rani: promosi pelancongan gamaknya...
amranaiman: ada sikit beza mencarut dengan melaknat cuma kekadang terlebih tu yang bercampur dengan mencarut tu..
apa pon betul juga daripada memikirkan kejahatannya baik kita doa agar kita tak termasuk dalam kalangan orang yang sesat cam tu
Manjeamusyuk: buat ingatan diri sendiri dan kengkawan juga
Woofer Storm: heee sorry la, masa bertapa blom tamat!
Catat Ulasan