memetik kata sahabat yang memberi emel kepada aku:
Jika HATI sejernih AIR, Jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biarkan IA mendung,
Jika HATI seindah BULAN, Hiasi IA dengan IMAN.
Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar nafsu angkara.
Sebulan penuh Kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.
nah! duit raya supaya hati lebih berbungaaaa...
psst: bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat
Jumaat, 26 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 zmn org suka mengomen:
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin :)
selamat ary raya !!
Selamat hari raya cemomoi n family!!!
Salam Aidilfitri buat Tuan Cemomoi sekeluarga...
Makan ketupat tu jangan banyak sangat.. bawak-bawaklah pos kat sini sikit...
Cemomoi kakak datang lagi
menghulur sepuluh jari-jemari
tak nampak muka dekat di hati
suka melihat hero-hero comel di sini
mengomen setiap kali ada N3
berkunjung juga berkali-kali
ada kala baca sembunyi-sembunyi
selamat hari raya aidilfitri
mohon maaf jika ada terguris di hati...:)
Assalamualaikum...
Kian terasa Ramadhan akan pergi..
Sepurnama segala ibadah terisi..
Kini Syawal akan sedia menganti..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Maaf silap kata dan bahasa diri..
Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra .. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..
Salam selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin :)
Kalau duit jepun tu ada no. siri laku :)
slmt hari raya :D
Puasa kalau tak penuh tak boleh raya. Hehehe
Assalam...
Mohon maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap yer...
Selamat menyambut aidilfitri...Semoga kita semua dipanjangkan umur agar dapat bertemu lg dgn ramadan yg penuh rahmat dan keampunan ini...
p/s - goner gayanyer nak ngambik duwet raye ter...susoh ati koi..
salam aidilfitri utk encik cemomoi.^^
Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Tak kan satu dollar aje...
Semoga sentiasa dalam rahmah Ilahi.
TQ
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri .Maaf zahir dan batin .Semoga berbahagia dipagi raya :)
assalamualaikum
Ati Masrif: sama le kita, slamat hari raya aidilfitri moga kemaafan tersimpul
nelly: slamat bergumbira di samping kluarga di hari raya nanti
ajumohit: dah siap baju raya baru le syok nyambut syawal
Nida: hee nak dikirim, kata orang posmen dah cuti la pulak (alasan) apa pon slamat hari raya, omputih tak reti buat ketupat ke?
Kakzakie: makasyih rajin datang sini, moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kebaikan kita
salam penghujung ramadhan sebelum syawal menyusul
Abd Razak: saya pon begitu juga, sebab dalam menulis ni kekadang mudah juga setan menyelinap membuat kita mudah tersilap
slamat hari raya mahap zahir batin
sahromnasrudin: saya terima dengan erlapang dada kerana tujuan kita hanya bertukar pandangan
salam lebaran moga berbahagia bersama kluarga
akuanakpahang: koi rasa kalo lelaong tu laku juga ter... slamat hari raya le kita yerk
Saiazuan: begitu juga kepada saudara, moga syawal menjelang penuh gemilang
Hisyam Nozi: ketnya antu raya ter haram sikit tak posa, mboh je raya...
Cik SHiNJU: koi gitu juga, bemaafan tak merendahkan martabat, raya menjelang diucapkan slamat
oak print je, poleh tak tangkak kalo duit gini
Nurul Aziz: heee jangan main mercun heh!
Admin P@P: aji bakhil kata, bbudak taleh pegang duit banyak2 kang bli mercun
slamat hari raya le kita
MIDA MIDOT: eeee dipagi raya jangan lupa ke kubur lepas solat raya, banyak duit raya kat situ...
Catat Ulasan