Selasa, 21 Jun 2011

abdullah ibnu amru meriwayatkan bahawa rasulullah sa.w. bersabda, “umatku akan menyerupai bani israil selangkah demi selangkah. bahkan jika seseorang dari mereka menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya. kaum bani israil terpecah menjadi 72 golongan. umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, hanya satu yang masuk syurga.” kami (para sahabat) bertanya, “yang mana yang selamat?” rasulullah s.a.w menjawab, “yang mengikutiku dan para shahabatku.” riwayat imam tirmizi.

satu ketika sorang member dok tanya, "kalo takde mazhab tak bole ke?" kerana kekadang kebanyakan kita rasa susah dibuatnya. apatah lagi bila dalam keadaan tertentu kita kena pulak ikut mazhab lain. contohnya bila berada di mekah untuk tunaikan haji, contoh paling popular sebagai alasan. tu blom lagi crita bergaduh kerana mazhab!

"yang pertama kita kena faham bahawa perbezaan dalam mazhab hanyalah dalam perkara ranting (furu'), bukan hal dasar. contohnya hal baca qunut, wajib baca ke tak? dorang bukan bincang pasal wajib ke tak solat lima waktu tu..."

"yang kedua, mazhab tu suatu aliran. dorang tu ibarat guru. bila cekgu ngajo begini, begitu, kita akan ikut cakap cekgu. bila dah ramai yang ngikut, maka lahir le suatu aliran dan disandarkan pada nama guru tersebut... contoh kalo kat negara kita ni, dorang slalu kata dalam bahasa melayu pon ada mazhab, ada dua prof. yang glemer yang sokmo dirujuk sebagai mazhab tu!"

"cuma bezanya imam mazhab kita tak rigid pon. dorang sendiri kata, bole ikut mana-mana. hatta kalo nak tau, imam syafei blajo daripada imam malik dan anak murid imam hanafi, manakala imam hanbali pulak berguru dari imam syafei. takan nak kata anak murid lawan tokey kot?"

"berbalik pada soklan tayah bermazhab... kita kena tanya pulak kat diri kita, mampu ke kita berfatwa? kita hapal ke quran dan hadis? tau ke asbabun nuzul? tau ke bahasa arab dan segala selok belok balaghah, ma'ani, mantiq dan macam-macam la? tau ke usul fiqh dengan bab qias, masalihur mursalah dan apa lagi istilah yang aku pon dah tak hengat! bla... bla... bla..."

"abih tu apa crita dengan syiah ni?"

"heee... tu baru topik aliran yang wujud dalam masalah fekah. syiah pulak muncul kerana pertelingkahan politik mengenai pelantikan khalifah. dari situ juga muncul golongan khawarij. nampak tak bezanya?"

"tu blom kira pecahan mazhab dalam perkara usuluddin... ada muktazilah, syiah, murjiah, jabariah dan macam-macam lagi... semua tu kebanyakan rentetan dari perbalahan politik hingga membawa kepada perkara akidah dan masalah fekah"

pssst: ala macam politik kita ni la... bila sorang kluo parti, tubuh pulak parti lain. mula pekembar pecah parti negara, kendian 46 lepas tu ada pkr. tu blom parti india dan cina yang berantakan juga... masing-masing tuduh orang salah dengan segala macam dalil!

24 zmn org suka mengomen:

Aku Anak Pahang berkata...

Mmg payoh weh :( adakala kita kena ikut perkara yang ramai org ngikut.. adakala kita tak boleh main ikut-ikut :(

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum...

yg penting kite kne pegang pd satu mazhab dan tak campur adukkan agar ibadah kita tak jadi cacamarba sifannya huhuhuhhh

Anaasuria berkata...

koi tak moh ler nyusohkan kepala bab2 mazhab ni.. yang penting rukun islam ngan rukun iman yakin, hafal, buat... buat ngan ilmu lerr.. baru ler ikut jalan idup, bukan jalan mati..ntah lerr..

ZORA berkata...

bukan senang nak mnentukan hala tuju.....

Mutiara Bernilai berkata...

salam cemomoi,
hu, kadang jd keliru jugak,
jadi berpegangla dgn yg satu dan yakinlah dgn itu.,selagi tak bercanggah dgn akidah kita :)

ajumohit berkata...

jalan yg lurus lagi diredhai

zulkbo berkata...

SALAM..
Sana mengaku betul
sini mengaku betul
cuba bersatu melayu2
islam ni belaka
pasti jadi kuat kan?

Unknown berkata...

Islam ni sebenornya mudah...cuma manusia jer yg suka "menyusahkan" dirinya sendiri...

shameel Iskandar berkata...

Salam Cemomoi.

Tentang mazhab, terlalu terbuka pun tidak harus. Dan terlalu tertutup atau rigid juga tidak wajar. Kita kena hormat menghormati antara satu sama lain. Semuanya mazhab2 muktabar ini adalah benar dan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Para imam mazhab ini adalah imam mujtahid yg muktabar dan mereka hanya berbeza dalam persoalan ranting atau furu'.

Tapi kat Malaysia ni, ramai jugak pelampau mazhab, hinggakan Imam Sudais dari Masjidil Haram pun digelar Setan Kudis

^ Uncle Syaf ^ berkata...

yeahh aku setuju

^ Uncle Syaf ^ berkata...

mazhab boleh campur2 bak kate seorang ustaz ni. sebagai contoh kite ikut syafie tapi at the same time kite gune mazhab lain jugak,. sebagai contoh macam yg ko bagi tadi dan satu lagi bab cukai...

^ Uncle Syaf ^ berkata...

ap3 pun terpulang pada individu sendiri, kene takwa dab beriman,.

semoga kite diberi kekuatan untuk beribadat pada Nya dan dapat syurga Kelak

munna berkata...

munna ikut je...yg ptg masih berlandaskan ajaran islam...

Sham berkata...

hebat gak sahabat aku ni...aku masih di peringkat mendengar dan belajar lagi...lagi dan lagi...

nadbaptist berkata...

katakanlah apa saja yg kamu suka dan lakukanlah apa saja yg kamu mahu tapi ingatlah antara khutbah terakhir Rasulullah.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yg sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU."

Nizam Awang Brahim berkata...

Kala rajin mencari InsyaAllah berjumpe juge nanti...

Ati Masrif berkata...

salam,

benar tuh..

percaya pada al-quran
dan sunnah

Kakzakie Purvit berkata...

Walau kemana kita dan ilmu apa yg kita dapati jika pegangan kita kukuh dan berlandaskan hadis dan al-quran insya-allah.

benar ada kala kita kena guna pakai mazhab lain seperti ketika bertawaf yg menghimpunkan jemaah berjuta umat. Solat subuh di MH yg tiada doa qunut dsb.

Belajar lebih banyak tak rugi....

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

tapi pelik la ni banyak betul fahaman ajaran sesat.

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
hmM..masih ramai yang tak faham bab mazhab nie..
maka kita bertaqlid pada yang satu..
jangan mudahkan dan jangan sukarkan

Tanpa Nama berkata...

Teringat Ustaz ckp..apa pun..bpgang pd 1. Terus fokus pd ibadah..jgn ada keraguan ttg keagunganNYA dan kebenaranNYA

terokai seni berkata...

assalamualaikum:

tima kasih atas semua komen yang diberikan.

aku tak le mencadangkan kita mencaca-marbakan fatwa mana yang kita rasa mudah, suka nak ikut atau apa aja alasan yang menguntungkan diri sendiri. contohnya bila terasa malas nak amik wuduk disebabkan tersentuh bini, kita tetiba dan sesuka ati je nak ikut mazhab tertentu yang membolehkan hal tersebut.

jika kita dapat jawab soklan "adakah kita hapal quran dan hadis ... dan kita memahami asas hukum yang dibuat oleh 3 imam yang lain (sebab kita pegang mazhab syafei) baru le ulama kata kita ada lesen untuk berbuat demikian. bukan kerana atas sebab faedah peribadi dan sesuka ati je...

berpegang pada satu mazhab lebih baik kerana kita konsisten dan beribadah. para imam yang telah meentukan hukum yang samar-samar ini tentulah lebih hebat daripada kita yang sesuka ati nak tukur hukum untuk meringankan beban (kecil) yang lalui.

cuma jangan sampai fanatik hingga mencetuskan perbalahan sudah la sebagaimana yang diingatkan bahawa perselisihan ulama hanya dalam perkara ranting dan mereka sendiri tidak penah memaksa orang untuk berpegang secara total dengan fatwa yang dibuat oleh mereka. wallahu a'lam

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum cemomoi

Kadang-kadang dik nak berhujah tentang mazhab ramai pula mengetepikan yang wajib itu bertauhid kepada Allah dan ikhlas beramal.. Allahua'lam

Tanpa Nama berkata...

tahniah weh. ramai follower dah deme. karya pong syok dibaca. agaknya kat warisan macam mana la environment dia ek? mana tab link ke FB tuan?

nazaree (anm perak)

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak