di sebuah wad bersalin, tentulah yang kalut ialah para doktor, bidan dan jururawat yang nak menyambut orang bersalin. tapi bila nak menyambut anak bulan syawal, pasti le penyimpan mohor besar raja-raja dan kaki skodeng anak bulan yang ditempatkan di merata-rata lokasi di seluruh negara. semuanya gara-gara nak menggembirakan sebahagian orang yang tak sabar nak berhari raya.
(kad raya dari sharom, mintak mahap kalo kad raya ghodong lain tak disiarkan)
bagi yang bersedih kerana ramadhan berakhir, menginsafi betapa dah ramai orang yang tak sempat menamatkan ramadhan dan menyambut syawal lantaran terlebih dahulu dijemput Ilahi, lalu berfikir apakah kita akan sempat bertemu ramadhan akan datang.
semalam dah siap kacau dodol, ketupat pon dah anyam tapi dek kerana giliran beraya di temerloh, orang lain le yang akan merebus ketupat yang siap aku anyam. kabonya bandar temerloh tengah sesak gila. nak masuk pon tak bule... berlapis dah kereta.... jadi rentikan dulu niat nak bershopping tu. pakai aje le apa yang ada. raya tetap akan raya walopon tanpa baju raya... cuma daging dah beli lum?
psst: dipercayai lembu yang terlepas ini juga tak sempat sama skodeng anak bulan... slamat hari raya dan moga bergumbira bersama kluarga, sanak saudara dan jiran tetangga...
Isnin, 29 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 zmn org suka mengomen:
Wahhhh samala kita anyam ketupat, mehla singgah raya triang huhu
Bandor kome sesok juga naib koi nyiap awal barangan keperluan... slmat hari raya maaf zahir dan batin
HADIAHkan aku DOAmu jika aku adalah sahabatmu yang JAHAT...doakan aku berpaling dari KEJAHATAN... doakan aku agar menjadi sahabatmu yang BAIK..
jika aku sahabatmu yang BAIK, DOAkan kebaikan ulus dengan KEIKHLSAN sampai ke pangkuan ILAHI..
gerakkanlah setiap tindakanku dengan DOA.. doakan aku juga agar aku tidak lupa MENDOAKAN mu jua..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR & BATIN...
tak leh blah lembu tu... wakakka
Selamat hari raya ya cemomoi...
salam
raya sakan nampak
Selamat hari raye maaf zahir batin....
assalamualaikum:
ajumohit: tima kasih jemput ketnya tak sempat nak ke sana...
akuanakpahang: orang kita je berlebih-lebih nak nyambut raya ni
Azmie: jangan lupa doa di pagi raya untuk orang yang dah takde juga
alepridz: kompom kena semelih ni
ckLah: koi pon gitu juga cekgu, selamat hari raya mahap zahir batin
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o: nampaknya cam tu le...
Nizam: saling bermaafan kita di ari yang mulia nih
Selamat hari raya, maaf zahir batin dr saya sekeluarga.
Catat Ulasan