"fatwa pelik kerana peristiwanya pon pelik" kata ustaz yang berceramah kat surau aku sambil tersenyum kecil...
alkisahnya tersebut pada zaman imam malik. disebut orang, sorang pompuan telah meninggal dunia. mulut tak ketahuan heboh mengatakan pompuan tu bukan jenis yang baik. propesyennya diadukan orang sebagai pelacur, wallahu a'lam. tatkala dimandikan dek orang pompuan, sorang makcik ni nak membasuhkan bahagian sulit ni, barangkali dok syok sangat dengan crita orang, lalu dia dok le menepuk beberapa kali kat alat sulit kawan tu seraya berkata, "ni haaa, dah berapa kali dah ni? berapa kali dah niiii..."
tetiba Allah nak tunjukkan kuasa-Nya, melekat pulak tangan makcik ni tadi kat menda alah. tu. sudoh!!!
heboh le crita tu di serata ceruk bandar. setelah puas ditarik-tarik tak bule juga, sudahnya dipanggil le segala kadi, imam, ustaz dan tok bilal untuk beri fatwa nak setelkan problem. problemnya, camana nak tanam mayat dan orang idop yang dok melekat ni.
ada la yang cadang tanam je mayat tu, yang idop pulak dok la kat kubo, nak wat camana dah takdir dia gitu... "ceh! nak munasabah!" kata sekumpulan yang lain. diusul pulak, "apa kata kita kerat je tangannya. dia idop lagi kalo kerat pon!" mau berkerut la muka makcik ni pulak...
dalam kalut gitu, ada orang berkata, "weh! ada sorang lagi tok syeikh yang kita tak minta pandangannya... imam malik!"
bila imam malik datang, "aphal?" maka diflashbackkan orang kisahnya. imam malik pon kata, "huh! ni dah kira menuduh ni, meh bukak Quran kita tengok hukum qazaf!"
80 sebatan kata beberapa jemaah surau yang tersenyum-senyum dengar crita ustaz. sambil ustaz membetulkan jumlah yang salah bila dijawab jemaah lain dok kata 100 tadi.
(sibbaek bukan kena hukuman sula)
"60 kali sebat, 70, 75, 78, 79..." kata ustaz nak bagi suspenkan crita tu, "dengan kehendak Allah, abih je kali ke-80 sebatan, terlepas le tangan makcik ni tadi" sebahagian jemaah melopong dengo crita ustaz tu terus menarik nafas lega...
kesimpulannya, ustaz kabo "kalo kita dengo crita fitnah jangan kita pulak menambah-nambah. kalo rajin siasat, siasat la jika ada kaitan dengan kita atau kepentingan masyarakat. kalu dak, lebih baik kita diam aje..." sambil dikiaskan dengan keadaan politik sekarang
Ahad, 29 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 zmn org suka mengomen:
sempoi je pokcik cerito..
tp.. pengajaran dia..
wah~~~
Assalamualaikum...
Dahsyatnya perlakuan mulut manusia kan! Nabi pernah bersabda, "Dijamin masuk syurga jika umatnya boleh menjaga dua anggotanya iaitu mulut dan kemaluan."
salam bertemu...
Dengan ketentuan Allah SWT, andainyer kes sekarang nih adalah FITNAH, jenuhlah gamoknyer tukang sebat menyebat orang yang berdosa nih yak....
Alangkah cantiknya kalau hal begitu jadi pada mereka yg celupar di negara kita sekarang ini kan. Bayangkan mulut/bibir yg buat fitnah itu melekat tak dapat nak dibuka baru padan muka. Yg konon saksi mesti takut punya...
ya allah...ni baru cakap depan mayat allah dah bg balasan..cam ne la kita yg cakap belakang2..yg heboh2kan dlm sotkabar..yg bising2 dlm tv...ishhhhh
klu dpt cash kat donia takpe ni klu kat akhirat nanti camner...(peringatan yg bagus unt diri ini sendiri) tq cemomoi
Kalau Allah tunjukkan "segera" balasan tersebut saya rasa tak ada yang akan buat tak baik. Yang kafir pun akan menjadi Islam.. kan.
Semoga cerita ini diambir iktibar. Jangan nampak orang sahaja yang buat tak baik. Kita pun perlu jaga diri kita baik-baik..
semoga ambik iktibar dari pengalaman makcik tu...
salam..
ermmm..banyak pengajaran dari kisah ni..ermmm..mak cik tu pun nak mandikan jenazah pun tak ikhlas yak..?setuju dengan pandangan ustaz Maza tentang "maksiat peribadi"..hal kita dengan Allah..taubat kita dengan Allah jua kan..?
Salam rodong...
Menarik cerita nei moralnya jangan buat mulut lembik ngat :(
semoga fitnah sekarang dapat dijauhkan kelak huhuhhh
assalamualaikum..
di sebabkan mulut
badan binasa...
semoga di jauhkan kita semua
dari segala mcm fitnah dan
kepercayaannya
Bahaya fitnah nie....
Gajah Liar.Part 3
salam.
kalau kisah ni dihayati dgn teliti nescaya tak de lagi kaki fitnah dlm kalangan umat islam.
Berbalik kpd isu politi kdi malaysia arini. punah ranah negara, klip video lucah tersebar merata-rata, entah berapa juta rakyat malaysia yg tgk. lagi teruk kat masjid pun diedar cd tu kononnya utk sebaran awam. gila betul politaik di malaysia ni.
"lalu dia dok le menepuk beberapa kali kat alat sulit kawan tu seraya berkata, "ni haaa, dah berapa kali dah ni? berapa kali dah niiii..."
Isk..isk...tak patut sungguh makcik tu...
ketika Rasulullah ditanya "apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?
Baginda menjawab "Kejahatan mulut dan kemaluan."
salam cemomoi.
ampun lame ta singgah. bz bebenor. huhu
back to d entry.
nauzubillah. sbb tu la kne jage mulut bkn pakai sebat je na..
macy share kt fb~
woo 1st time aku dengar..bagus, pengajaran untuk semue orang, betul, kalau dengar fitnah tu senyap je, jangan nk heboh2 bende tak tentu betol
dulu ade kes lelaki & pompuan berzina melekat kemaluannye
ade kes pasal anak derhake yg tersepit dekat tubuh mak die, ditanam sekali, betul2 tak betul aku tak tahu, tapi pengajaran untuk semue umat manusie
assalamualaikum:
cik nurussalwa: pakcik hanyo menyambung apo yang dicritokan dek ustaz yo...
Abd Razak: tima kasih atas penambahan maklumat tu, moga ingatan nabi itu tersemat dalam ingatan kita
Cikgu Jang: kalo dah kena sorang mboh orang lain tak buat dahhh
Kakzakie: barangkali Allah bagi peluang kat kita lagi ni... jangan sampai ditimpa bala kalo dah takde sorang pon nak mengingatkan ancaman Allah tu...
dyea irdina: dapat cash kat dunia ada baiknya masih ada peluang bertaubat, tapi biasanya kita malu pulak nak ngaku salah....
cikgu Mohamad: sebaik-baik seorang muslim ialah yang menjaga lidah dan tangannya
munna: saling mengingatkan...
zulkbo: kalo dosa dengan Allah, Allah Maha Pengampun, dosa dengan manusia kang malu pulak nak mintak ampun...
akuanakpahang: terlebih ramah, dengan orang dah meninggal pon nak diajok bersembang
sahromnasrudin: bila fitnah berleluasa tunggu le saat binasa
Adinda Amy Sensei: wa alaikum salam wa rahmatullahi... alhamdulillah sihat adanya
Ati Masrif: mulut kita ni kekadang memang takde insurans... mujur tak kena saman!
Miecyber: sebab tu n3 tu bermaksud 'fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh'
shameel Iskandar: memang sungguh kita terjerumus ke lembah hina bila masjid pon diedarkan video tu
Yastro: tu la, ralit sangat buat kija sambil memikir ke kija deme ter
anitaare: dua-dua ni mempunyai kemahuan yang tinggi...
maCy: selesaikan apa yang penting tu dulu, takde hal punya... bule dikongsikan jika ada manfaatnya
Uncle Syaf: sebenonya memang ada tapi menda gini kang ada ulama juga yang dok marah, kunun tahyul la, karut la... teringat ceramah manusia bertukar khinzir dulu. sudahnya ulama sama ulama yang bertegang leher
Catat Ulasan