Isnin, 14 Mac 2011

minda pon bergegar

lambat tul aku reply hal tsunami, kan?

....

aku: wooo dasat tul, kan jepun kena tu?

joe: mau taknya. lagi teruk dari acheh. tu la manusia takleh lawan kuasa tuhan...

aku: tu baru bencana... kiamat tah camana la pulak

joe: tu pon orang tak sedo juga

aku: heh! nak sedo camana, dah asik dok anggap bencana alam je. manusia, selagi tak kena batang idong...

joe: heee...

aku: macam orang sakit la... sakit kencing manis ke. walopon dah tau bahaya, mana nak brentinya minum manis. ghalibnya dah tau pon kena sakit tu maknanya makin dekat dengan ajal...

joe: errr, crita kiamat tadi. heran juga bila sebut pasal petanda dia, napa bangunan tinggi dikaitkan dengan kiamat?

aku: ... ntah ... nature?

joe: takde la.. kalu kita kata, pokok tumbuh kat padang arafah, maknanya kita lawan ketentuan Allah, padang pasir tuuu. kalu kita kata, orang buat maksiat ke, hapa ke semuat tu lawan perintah Allah. tapi apa kaitan rahsia disebutnya bangunan pencakar langit ngan kiamat haaa?

aku: haa'ahhh aku pon tak pnah fikir pon cenggitu. fikir logik, bangunan ni manifestasi manusia sebagai pemakmur bumi. maknanya sesuai dengan tugas khalifah di muka bumi. takde la kontras, kan? tak reti la aku nak jawab tu. ace le tanya ustaz pulak...

psst: gambo tu tsunami kat burma. yang jepun punya takde sapa pon nak bagi lagi ni

16 orang adijauhari:

si para para berkata...

mesti ada penjelasan yang kita tak tahu..kalau tak, nabi takkan sebut dalam banyak hadis.

sama sama kita beringat..

zulkbo berkata...

salam..
terbukti kebesaran Allah..
di hantarnya gempa dan air
je..sekuat mana,sebijak mana
manusia pun kalah dengannya..
Allahuakbar..

munna berkata...

semuanya ketentuan Allah... untuk peringatan kepada kita supaya jangan lalai dengan perintahnya...

akuanakpahang berkata...

Salam, yang pastinya bencana itu menyimpan 1001 makna dan hikmah tersendiri jika kita ini memikirkannya.

Kakzakie berkata...

1. Padang Arafah ada juga pokok tau. Jangan gatal tangan udah masa ihram....

2. Kalau bencana Allah berikan buat tak tahu memang hati dah kaldu

3. Zaman nabi lagi dah kata kiamat dah dekat. Ini dah 1400 tahun lebih camana tak dekat lagi ke kiamat?

Kazakie: terasa takut, kelu dan kaku.

Jejaka Desa berkata...

Sedia ke bekalan cukuk2.

Hisyam berkata...

tengok tsunami dalam gambar nampak kecik je. kalau kat luar dia punya power arus memang kuat. takut sangat.

hacimun berkata...

wahhh.komen2 semua profesional belake.

yang penting,ambik pengajaran and kesedaran.

'manusia' sendiri membawa maksud 'lupa'

benda2 macam ni berlaku sebagai peringatan.

cewah!

moga2 kita digolong dalam golongan orang2 yang sedikit :)

Nur -al- Ain berkata...

kt blog ain ade gmbr tsunami jepun..ambik je la ;)

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum...

semoga kejadian tsunami ini memberi seribu pengajaran kepada kita..bahawasanya pembangunan fizikal yang dijelmakan berpuluh tahun lesap dalam sekelip mata

Ati Masrif berkata...

as salam cemomoi,

macam dah semakin hampir
saje hari itu kan...

bekalan masih tak cukup lagi..

cemomoi berkata...

assalamualaikum:

si para para: banyak lagi yang kita kena kaji hadis tu

zulkbo: teringat kisah nabi nuh, camana la rupanya banjir besar dunia ketika tu yea

munna: tu la... manjang lupa jeeee

akuanakpahang: gone la kalo kita yang ditakdirkan kena ter... na'uzubillah

Kakzakie:

1. tul tu, ralit ngat memikirkan camana dia bule tumbuh kat padang pasir tu kang, lupa g petik pulok

2. kerana tak lihat dengan mata ati tu yang kelabu tu

3. tu pon masih dok analisis lambat lagi sebab beberapa tanda beso tak berlaku lagi cam orang berilmu/ulama blom mati semuanya

Jejaka Desa: kalu bab akhirat ramei yang rasa dah cukup sebab rasa dah semayang, posa, zakat dan aji je

Hisyam: air tu nampak lenggang kangkung je, sekali dia marah takde ampun lagi dah

hacimun: yea amik iktibar dari sifat pelupa manusia ni

Nur -al- Ain: gambo biasa tu memang banyak cuma yang senset-senset masa dorang buat kerja pembersihan tu blom ada lagi.

cuba besokan gambo pertama tu, berladung mayat manusia dalam sampah yang hanyut...

sahromnasrudin: segala kehebatan manusia tu ibarat sampah dan tak membewa erti di sisi Allah pon... ibarat kata tak rugi la kalu dihancurkan-Nya

Ati Masrif: tu yang risau tu ketnya amalan tak juga bertambah adoyaiii

moga Allah pelihara kita daripada segala bencana

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum cemomoi

Teringat kisah ibu ikan nasihat anak-anaknya jangan makan cacing sebab dalamnya ada keluli nnt ditarik ke atas disiat-siat kemudian campak dalam kuali, tp anak-anak ikan tak ambil kisah. Maka tercampaklah dalam kuali dan jadilah mknn kita.

cemomoi berkata...

kak werdah: gamaknya perangai manusia ni takmboh nak amik iktibar atas insiden yang berlaku

Nida berkata...

Setiap kali bencana datang.. dan setiap kali wajah2 insan yang kehilangan orang tersayang... saya akan turut mengalirkan airmata...

cemomoi berkata...

nida: apa pon moga semua yang terlibat tabah, sabar dan redha... ada hikmah yang perlu kita cari