3 ogos 2010 9.00 a.m
sebelah pagi, bahagikan kepada dua kumpulan, tiga orang teruskan mencari maklumat di muzium negara manakala aku dengan seorang pegawai pompuan ke arkib negara dan arkib negeri sabah nak cari maklumat sebanyak mungkin.
dalam kul 12.30 tengah hari, baru le kitorang bergerak ke kudat menaiki van. perjalanan kami diiringi hujan sesekali reda di sebahagian tempat dan adakalanya lebat terutama di sebelah kaki bukit banjaran menghala ke kawasan kota marudu.
di pertengahan jalan, kami berenti pekena jagung bakar di kg. manggaris, kota marudu. kawasan kaki bukit ni berkabus dan sejuk macam dok di bukit tinggi. ada beberapa buah yang tak pernah aku jumpa yang dijual kat sini cam buah turap, wani, bambangan dan pangi (kalu tak salah aku dengo le).
perjalanan diteruskan dan kami nampak sebuah rumah panjang kaum rungus yang masih cantik di tepi jalan menghala ke kota marudu. tak bley nak amik gambar sebab hujan lebat. lebih kurang kul 5.00 petang kitorang sampai di pekan kudat. singgah makan tengah hari dan sempat merayau di pasar kudat. pergh! terkejut gila aku bila tengok harga ketam sekilo rm9.00, separuh harga berbanding di k.l. kalu yang dah sehari dua tak laku, reganya sekilo cuma rm6.00. aku rasa cam nak bungkus semua, beli. kalu ada masa t aku tunjukkan kendian.
lepas makan malam kami buat meeting kecil untuk planning esok. lepas tu makan 8 biji pil yang dibekalkan oleh pejabat kesihatan daerah kudat sebab diberitakan ketika ni, 70% kawasan tu sedang dilanda wabak malaria... huuuuu
Selasa, 3 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 zmn org suka mengomen:
kalau pergi kudat jgn lupa singgah tg simpang mengayau dan pantai bak-bak
Wooowww! sungguh best perjalanan ini, banyak pengalaman. Tapi pengalaman ala kampung lagi tradisional gitu...
Waaahhhh...best berjanal!!cerita la lagi sambngannya!hehe
Latest post:Cerita Pangkor bahagian 1
Jagung bakor ter yang buat koi kecor liur weh
Salam...
Moga sdra sihat di sana..
Ermm yang tergantung dalam botol dibelakang buah terap tu apa erk..
Petrol ker tu..?
teruskan tugasan mu wahai the only cemomoi
Tu dia.. kat tempat kawan nei ketam emboh cecok rege 25 hinggit sekilo itu pun utk 2 hari lepas dah... silap2 makan boleh gatal satu abdan huhuhu...
semoga selamat dan sihat hendaknya...
jagung bakar tu bes jugak, makan panas panas.
seronok koi baca weh! mcm nengok discovery channel la pulok!
wah! best btol aktiviti ni... eh! aku masih confius owner blog ni laki ke pmpuan? sbb nama cemomoi? sory tnya... nnt jwb kat chatbox yer..
8 bijikk pil????
ouh, may Allah wif u~
hai, tajuk kelambu, tapi tak pa per citer pasal nyamuk pun..? takkan nak bawak kelambu gi pasar kot.. :P
assalamualaikum:
shameel: insyaallah esok seblom balik ke kk semula ingat nak singgah la jap
kak azieazah: tul tu, tempat ni masyarakatnya baru sangat terima elektrik dan jalan raya dalam 3, 4 tahun kebelakangan ni
iqbal: insyaallah, crita kita pon berlatarbelakangkan lokasi sama - pulau
jejaka desa: koi takat dua butir je balun...
abd. razak: alhamdulillah sihat
belakang tu, madu...
sahrom: insyaallah, moga terus dikurniakan Allah kesihatan dan kekuatan...
akuanakpahang: tul tu, nok makan pon kena kiraaaa dulu
abu aiman: tima kasih atas doa tu, semoga kita dikurniakan Allah rahmat
endiem: ada gak rasa pahit, hangus sebab masing-masing tak cukup satu
abgpie: lebih kurang le tu, ni ekspedisi selongkar rahsia keagungan bangsa ni...
nick irfan: heee soklan kali ketiga ke nih? takpe jawab jugak, lelakiiiii
macy: ntahnya, doktor bagi banyak tu, member kata telan je, hantam saja laaa
aanas: heee saja tak bagi tau (sebenonya lupa...) ada satu lagi cabaran, penyakit untut yang disebabkan oleh nyamuk tiruk tu pon ada kat pulau tu, tapi keadaannya terkawal berbanding malaria...
Catat Ulasan