Isnin, 10 Mei 2010

jangan takooootttt!!!

al-Baqarah ayat ke-19:

او کصیب من السماء فیه ظلمات و رعد و برق یجعلون اصابعهم فی آذانهم من الصواعق حذر الموت و الله محیط بالکفرین

Atau seperti orang-orang yang ditimpa hujan lebat dari langit disertai gelap gelita, guruh dan kilat. Mereka menyumbat telinga dengan jari tangan mereka ketika mendengar petir karena takut mati. Dan Allah meliputi orang-orang kafir

Ayat ke-20:

یکاد البرق یخطف ابصارهم کلما اضاء لهم مشوا فیه واذا اظلم علیهم قاموا و لو شاء الله لذهب بسمعهم و ابصارهم ان الله علی کل شیء قدیر

Hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali sinaran itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu

langit mendung dan awan makin memberat, gelap.

satu petang, sembang dengan kawan

"aku nak balik awal la... sekarang petang aje hujan"

"eh! aku pon nak balik jugak nih. kang hujan susah plak."

maklum la kami sama-sama naik motor.

"aku takut betul kalu bawak motor ada petir... kawan aku berlubang kepala kena sambar petir!" dia melanjutkan perbualan.

"mati?"

"mati la... tembus sampai ke kaki"

"aku bukan le cakap besar. aku ni suka hujan. petir berdentum pon, aku layan aje hujan... dok basuh laman rumah aku. tapi bila petir menyambar, aku doa la dalam ati kalu Allah nak tarik nyawa aku pon jangan le kena sambar petir"

pendirian aku.

"bila cerita pasal petir ni, aku teringat Quran ada sebut tentang orang yang takut petir ni orang kapir aje... jadi aku tanak la takut" (rupanya ayat tersebut berkenaan perumpamaan bagi orang munafik)

orang kata, kalau tak salah kenapa nak takut yea. kalu dah nak kena juga nak buat camana, itulah takdir yang ditentukan oleh Allah untuk kita.

8 orang adijauhari:

piewahid berkata...

salam sahabat,
t kasih...
kita hanya mampu mengambil pengajaran & berikhtiar.

tidak memberi bekas makhluk kepada makhluk yg lain melainkan dgn izin-Nya.

maCy berkata...

eh, ular sama maCy pegang dlu..
hehe

ops, dah baca entry, kena baca and hayati lg. ralit tgk gmbr..huhu

akuanakpahang berkata...

Kawan kalau jumpe petir kawan beristifar je.... setan tak singgoh kata dik org tua..sebab petir tu nuju setan...

NIN berkata...

SALAM.
TAK TAKUT KE PEGANG ULAR

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Bukankah Surah AlBaqarah:20 itu juga menceritakan bagaimana perangai manusia di `remote control`kan mengikut apa yg diprogramkan? Bila terang menyinari ( set `on` ) maka bergeraklah ia dan bila gelap gelita (set `off`) maka berhentilah ia! Wallahualam

SANI berkata...

BETAPA NIKMATNYA DUNIA...
BESTNYA MANDI HUJAN

iman berkata...

saya pun suka hujan..kalau guruh lagi bagus..tapi tak suka bile petir..

cemomoi berkata...

assalamualaikum,

abg pie: terlalu banyak benda yang Allah perlihatkan dari al_Quran untuk kita fikir-fikirkan

macy: ralit tengok ulo ke atau orang yang pegang ulo, takpe koi bule tolong sampaikan salam pada tuan empunya badan

akuanakpahang: tul tu abg yasin dari kecik2 lagi ustaz dok ajo baca la haulawala quawwata illa billah...

tajnur: hemmm ayat tu dok cerita manusia yang teraba-raba bila datang je cahaya berjalan le sikit, hilang je cahaya mula la kelam-kabut.. wallahu a'lam

nin: member tu kata pegang ulo free tak takuttt, kalo kena bayo takottt sebab takot kluo duittttt

sani: betul tu... masa kenit-kenit nak mandi hujan mak slalu marah dah tua-tua ni bini lak marah tapi memang syok mandi hujan

iman: yang tak syok kena tutup tv nanti kilat dok sambor kena beli tv baru pulakk

suka dengo irama hujan dan bunyi rintik-rintik yang jatuh atas atap

pilihan

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu...

rodong