Jumaat, 14 Mei 2010

Filled Under:

"agi idop agi ngalaban"

tu kata-kata kanang ak langkau
"lagi idop lagi nak makan", itu aku yang kata


sebelum crita panjang ni nak bagi hadiah pada blogger yang pesan ole-ole... dia sorang je mintak, macy. walaupon aku tengok dia ada banyak syarikat, gedung, bangunan pencakar langit... bla3x masih nak ole-ole jugakkkk, sebagai kawan, aku hadiahkan yang ini jeng... jengggg)
(aku snap kat rumah drebar kami, uncle lenggang, orang iban... apa dia nak buat dengan menda alah ni, aku tak tau dan tanak tanya pon)
hari ketiga di sibu
(amboi kak, khusyuk baca buletin kempen kerajaan...)

aku maleh nak cerita pasal kempen pilihanraya.. bio le dorang akhbar yang cerita. ni aku ada candidkan reaksi orang kampung. yang lain tu bio akhbar le critakan. yang aku nak kongsikan adalah tentang warisan kita. makanan sarawak terutamanya le. jom tengok.
manuk pansoh. ayam yang dimasak dalam buluh menggunakan adunan serai, halia, pucuk ubi kayu, lada hitam, sedikit garam dan air yang digaul dan diperap sebelum dibakar macam lemang selama 10 jam. sapa nak cuba try test, buat le... camana caranya korang bule cari kat internet kot.
yang ni kuih chang berintikan kacang yang dibuat daripada pulut dengan gula nira. biasanya dibalut dengan daun pandan bersaiz besar. tapi yang ini, member beritahu menggunakan sejenis daun hutan yang dia lupa namanya. aku pon lupa nak tanya tuan yang buat kuih ni.
kuih bungkor plak menggunakan santan dan tepung beras berintikan gula apong dan garam. dibalut dengan daun pisang dan sisipkan dengan lidi (jangan staple ye, pesan tukang masak tu) nak masaknya, kena kukus.
kuih celorot juga menggunakan tepung beras, santan dan gula apong.

dek sibuk buat kerja, semua kuih dan makanan yang lain tak sempat nak aku rasa... takpe bio le orang kampung yang makan. lagipon pada kain rentang yang aku pasang tu tertera 'makanan percuma disediakan'. heh, makan le... sampai berbondong-bondong orang kampung bawak balik

kenyang perut, orang kampung suka hati...

7 orang adijauhari:

deena farhana berkata...

wah, nampak sedap ye..manuk pansoh unik, bahasa ibunda sy, kadazan manuk tu ayam gak..hehe..same lak ye..

akuanakpahang berkata...

Salam rodong...
Popalit yeek byk benor permakanan deme disana...sedak laa weh!

Nida berkata...

Bangga menjadi rakyat Malaysia.. macam2 bentuk makanan yang ada.. yang pelik2 pun ada..

p/s: terliur tengok kuih bungkor

shameel Iskandar berkata...

Baru balik sibu ke. Best tak sana.

Cikgu Jang .. berkata...

bes le aok yak dapat merasa makanan gitu...

cemomoi berkata...

assalamualaikum:

farhana: saya tanya orang melayu sana, dia kata makanan tu asalnya makanan orang melayu saya tanya bukan orang iban atau kaum lain ke, takk, memang melayu... wallahu a'lam

abg yassin: lebih kurang kita jugok le tinggei lagi jarang kita beno kita dengo

nida: nengok nampak sedap tapi tak sempat nak rasa jadik takleh nak crita camana rasanya.

shameel: haa, dah slamat sampai... ni kunjungan kali kedua ke sibu

cekgu jang: alhamdulillah, dapat jalan free syok le

Acik berkata...

Salam..
Tak pernah makan makanan sarawak tp kawan kata manuk pansoh sedap. kuih bungkor tu nampak macam kuih jongkong di Perlis..