Jumaat, 2 April 2010

SYIRIK

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”. ( maksud QS An Nisa 48 )

malam tadi ketika aku nak makan malam, terpandang juga le cerita Penunggu Gunung Raya. sebelum ni aku ada terdengar dialog lain dari cerita yang sama yang aku tak berapa ingat tapi cukup bahaya kerana boleh membawa kepada kesyirikan terhadap pelakunya. malangnya malam tadi, ia benar-benar berlaku... kalau tak salah mata memandang... bila seorang pelakonnya yang kununnya sedang ketakutan berhadapan dengan syaitan belaannya yang mengganas... sebagai perjanjian untuk tidak diapa-apakan, syaitan tu memaksa kawan ni supaya sujud menyembahnya... dan... pelakon tersebut telah melakukannya.. na'udzubillah, DIA SUJUD KEPADA MANUSIA ITU

dan hati aku berdetik... dorang ni tau ke hapa yang dorang buat? astaghfirullah.. kalaupon director itu mahu menunjukkan perbuatan tersebut menyalahi agama, tapi pada aku tak sepatutnya pelakon itu diminta bersujud kepada rakan setannya. banyak lagi angle yang boleh dibuat tanpa perlu dia bersujud di kaki manusia. alangkan memberi tabik hormat dan kalungan bunga di tugu negara pon telah melakukan suatu kesalahan yang 'bertentangan' dengan agama, ini pulak benar-benar bersujud di kaki manusia...

semoga para pelakon dan pengarah lebih peka dengan situasi ini... katanya setiap filem kita ditapis untuk tayangan.. jadik menda-menda begitu takan boleh terlepas kot? dan kita yang menjadi khalayak ni pon kena peka juga le semoga kita semua terhindar dari perbuata DOSA BESAR tersebut

Rasulullah saw mengajarkan sebuah doa untuk terhindar dari dosa syirik:

“Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan Engkau dengan sesuatu, sedangkan aku mengetahui hal itu. Dan aku meminta perlindungan kepada Engkau dari tindakan menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku tidak tahu.”
(Allahumma inni a’udzubika min an usyrika bika syaian wa ana a’lamu; wa a’udzubika min an usyrika bika syaian wa ana laa a’lamu).

21 zmn org suka mengomen:

Ampuan Awang berkata...

salam jumaat...

Nauzubillah

mungkin ada persamaan dengan yang ini. kliklah Mahu Menyembah Siapa [?]

endiem berkata...

pengarah drama tersebut sepatutnya merujuk kepada alim ulamak dahulu sebelum membuat pengambaran.. ini main terjah je..

Aku Anak Pahang berkata...

Salam...
Susah nak cakap bender cam nei..itulah bendernya bila kita kurang pengetahauan agama terkadang tidak di ketahui... tanpa sedar bahasenya kita telah menlakukan dose besar nauzubillah juga.

Bab tapis tu dema pakai tapis kasor / dah bocor gamoknya..jgn kita bender besar bender kecil abis masuk.

Werdah berkata...

Salam cemomoi.

Banyak lagi perkara yang dipertontonkan seolah2 mereka jahil tentang menjaga kalimah tauhid dan menjaga syari'at keseluruhannya.. kak belum tengok drama yang ni dan kebanyakan drama.

Mimie.Candy Cane berkata...

sy tak pernah tengok citer ni.tengok iklan pun dh tau citer merapu2..

tp tak sangka pulak mengandungi unsur2 syirik macam tu..

hans berkata...

suka cerita tu
kreatif

Rafi Harumin berkata...

jangan sebab niat 'nak buat baik' itu menjadi dosa. sepatutnya ada tujukan yang lebih sebelum buat.. yang ghairah sangat buat cerita hantu ni sapa suruh...

terokai seni berkata...

assalamualaikum ghodong:

ampuan awang: ye mungkin ada persamaan walau pun sorang sembah hantu sorang lagik sembah berhala namun kedua-duanya menyekutukan Allah

endiem: dorang mungkin ingat cam nak dapat sijil halal kot, lambaaaat

akuanakpahang: hemm koi rasa ander hok tiris le tu abang yasin

cekguwerdah: rasanya takyah tengok la, buang masa aje. cuma kekadang sedih tengok orang filem buat tentang crita agama jadik lebih rosak daripada dapat manfaatnya

mimie: oak takyoh tengok, koi naik serun nengok orang yang tengoh keseraman layan cerita hantu repek ni

hans: memang crita tu kreatif dan mengikut perkembangan semasa pasal hantu dia pakai sluo jeans takde lagi dah pakai baju tido

ashrafi: heee kat negara kita kat dah banyak hantu.. jadik kena la ikut market. hantu pon dah tak reti tengok kita yang lebih berantu dari dorang

mr.kordes berkata...

itulah pasalnye..ya Allah....teruk betul set2 deme te...

cis!

Unknown berkata...

Kesian kat depa..
nak cari makan sampai jadi lagu tu..

azieazah berkata...

Saya tak tonton drama ni, juga yang seangkatan dengannya..

Semoga yang dikatakan mesej itu, dilihat sebagai tauladan dan sempadan...

saharul berkata...

hajatnya nak insafkan org...nanti takut pengarah pulak yg tersesat....

kelompen berkata...

salam
sebelum berdiri belajarlah untuk duduk, jangan hal hal yg melibatkan agidah diperlekehkan atas nama seni dan lakonan, amat cetek pengetahuan mereka. ntahlah..

Pacifist berkata...

salam EnCemomoi,
mungkin deme rase deme dah tahu hukum,padehel deme tak tahu,pttnye kalau nok buat crite berunsur mistik ni,rujuk org bijak pandai agama,jgn main hentam keromo je.

mazru berkata...

salam..

is is is...camne deme te bleh terlepas pandang yek?

koi tgok ujung mate je citer te..ngarut melampo lampo

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Tak pernah tengok cite ni sbb tak suka tengok tv.. tp kalau scene mcm ni boleh disiarkan, amat malang bagi semua yg terlibat dlm proses membuat, berlakon dan menayangkan serta yg tengok tanpa menegur perbuatan syirik tu...boleh kira subahat?

piewahid berkata...

weh..., aok jgn kritik artis, filem atau drama.
kritik ulama' xpe!
(ramai org antor emel marah ke koi bila koi kritik artis kawin berkemban!) hahahaha...

Nida n' Hanafi berkata...

Inilah sekiranya kita jahil dalam bab agama ni... sanggup buat perkara yg betentangan dengan agama untuk kaut keuntungan.. nau'zubillah

MONOKROM berkata...

SYIRIK ITU MERUPAKAN SALAH SATU GODAAN ATAU PENGARUH SYAITAN TERHADAP MANUSIA. ADA BEBERAPA BENTUK LAIN DARI PERBUATAN SYIRIK, ANTARA LAIN YAITU PERGI KE DUKU, PERCAYA PADA RAMALAN BINTANG, MELAKUKAN RITUAL SESAJI DAN LAINNYA. MEREKA LEBIH MEMPERCAYAKAN NASIB DAN MASA DEPAN DENGAN PETUNJUK DARI DUKUN, RAMALAN BINTANG DAN SESAJI. PADAHAL NASIB MANUSIA ADA DALAM KUASA ALLAH S.W.T.

terokai seni berkata...

pakcik kordi: kot deme ni seronok sangat ke hantu tu samapi lupa apa patut buat

bang lanabulu: enta la.. pengarah dan pelakon tu takat buat keja tu bule kaya ke?

kak azieazah: yang baik jadik tauladan yang buruk jadik sempadan, tapi takan la nak ikut omputih ye dak, nak cerita semua sampai menda tak perlu pon nak tunjuk gak

cekgu jang: buat sesuatu bia dengan ilmu, kalo tak tau tanya e orang yang sepatutnya ye dok?

bang kelompen: betui le tuh, deme ni jangan keuntungan yang sedikit dengan menggadaikan akidah pulok, bukan takan diri sesat malah takut menyesatkan orang la pulak

pacifist: tu la gayenya, kot rasa lekeh ngat kalotanya ustaz gamoknya. deme rasa lebih hebat

mazru: koi pon kebetulan pasal bebudok hok tengoknya, koi banyok kija nok buat, tu hok kabo tertengok time makan malam ter

kak shaniza: sebab taknak subahat le kluo entri ni, kalo ikut mboh dorang saman ni. maklum la orang filem sekarang main samannn aje kejanya

abg pie: memang betui le tu... ulama takpe kritik alasannya dorang manusia besa aje.. kalo artis manusia lua besa. takleh komen

nida: iye tu.. mencari keuntungan dengan cara yang bole menyesatkan orang lain... masyarakat le yang rugi

pelangi anak: manusia suka yang mistik sebab suatu yang pelik menjadi idaman semua orang untuk dimiliki, nampak hebat kononnya... heran jugak orang jumpa bomoh untuk dapatkan nombor ekor. kalau ikut logik tok bomoh dah kaya dulu daripada orang yang meminta nombor ramalan tu.

CRAZYBEAUTIFUL88 berkata...

saya pun jarang layan criter cam gini sebab nanti nak tido malam takut

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak