Jumaat, 5 Mac 2010

(waaa sibbaik aku dok atas sikit... dah nak sampai kat airport, banyak le nampak pemandangan begini)

alhamdulillah hampir lima hari bertapa kat Manila... malam semalam selamat sampai kat rumah. rasanya ni paling jauh otstesen sejak dok opis baru ni. sebelum ni gi kedah. tak abih cuti raya cina, sambung ke terengganu. belum pon balik bos tipon suruh gi manila... HUIYoooo tak mau la bossss... (member cakap susah nak makan kat sana)

nak buat camana, 'Saya Yang Menurut Perintah' , so 28 Februari aku angkat kaki jugak la. jom kongsi pengalaman kat sanun;

sampai sana lebih kurang kul 5.00 petang tu pon setelah 20 minit berlegar susah nak cari parking. malam ni acara bebas selepas beberapa maklumat diambil oleh urus setia. sebelum malam menjelma, sempat gak aku pusing keliling hotel cari socket nak charge kamera atau henpon. camana la aku bule lupa nak cari kat malaysia... puas cari tak ada last pinjam kat hotel kena extra caj 100 peso. layan je la.
(Bekalan idop)

esoknya bermula acara bengkel selama 3 hari. 7 negara datang selain hampir 10 peserta dari negara filipina. cerita bengkel takyah kongsi la. ibarat kita masuk bengkel kereta, kalu kita tak reti pasal kereta mau mengantuk tengok dia buat kerja walaupun sambil tu pomen tu bersyarah macam nak gila kat kita tentang kereta.

tang makan yang aku sebut pada awal cerita. sebelum ni member penah gi manila, bagitau atas meja hidangan ada 2 lobang idong menda alah tu, gamaknya sebagai hiasan dan sekaligus peringatan untuk muslim. so aku begitu berhati-hati. untuk tak dorang tersinggung aku amik sikit nasi dan lauk ikan. tapi ikan letak jauh daripada nasi. lalu aku cuma makan nasik tanpa lauk selama 1 hari setengah (malam pertama ada dinner atas cruise, aku blasah buah banyak sikit) tapi untuk malam kedua aku tak dapat elak, bila member-member filipina bawak berjalan gie shopping dan singgah makan di Inasal Fastfood, di Mall of Asia. telannn!!!cam aku kata tadi, untuk dorang tak rasa pelik apsal orang semua makan aku tak, aku amik le nasik bungkus daun pisang dengan lauk ikan, namanya 'sisig bangus'.

malam akhir ada dinner kat restoran Barbara. cam biasa aku makan sikit je. member, awek minah salleh wakil cambodia sejak hari tu lagi rasa heran terus tanya, dan aku jawab "jaga badannnn!"

sekarang ni, kata member filipina, dorang dah aware tentang makanan kalau melibatkan peserta muslim. so dorang tak lagi hidangkan idong tu. tapi ati aku tetap payah terima atas beberapa sebab. bila kawan aku dari indon tanya, "bukan ke menda tu halal dimakan" heh, aku kata, "memang kita bule makan ayam, tapi belum tentu disembelih." "loh, kalu gitu gi mana saya ini?" sebab sepanjang masa aku tengok dia bedal semua. aku kata, biasanya kalu kek, mat salleh akan campur dengan arak. kalau masakan lain aku bimbang tentang penggunaan minyak masak, bahan dan peralatan masakan yang bercampur. semoga Allah ampunkan le kalu makanan 'sisig bangus' tu ada campuran yang tak baik, tu le doa aku semenjak aku meng'order' makanan tu. (ni bihun nama dia 'pancit sotanghon', yang ayam tu nama dia 'pollo antonio')
betul la kawan aku kata, bila dia dapat naik kapal terbang mas, dia balun nasik tu cukup-cukup... terasa betul nikmat makan. Tu cerita pasal makan

10 zmn org suka mengomen:

endiem berkata...

baguslah bawak bekal maggi banyak banyak..

SRISUFI berkata...

Selamat kembali =)

Seronoknya menerjah negara orang....paling unik tang nama makanannya tu...hikhikhik.

Tanpa Nama berkata...

salam..

patutlah, makanan tak berkhasiat..
nie mesti balas dendam makan sate kajang banyak2

I'm Seri berkata...

Berjalan lagi rupanya. Bila baca sampai habis memang menyeronokkan. Nasi bungkung daun pisang...nama di sana macam menarik. hehehe

terokai seni berkata...

assalamualaikum kengkawan:

endiem: bawak banyak tapi tak sempat makan pon, lupa bawak sudu garfu bagai

serisufi: seronok dapat g free dah sampai terasa nak balik sebab jauh lebih beruntung kita kat sini..

tanpanama: apa nak buat,tu je paling mudah bawak... sate kajang... layan je laaa

iris: nama sedap, rasa pon mungkin sedap tapi jangan main bedal aje.. tang sisig bangus tu mungkin bole difikirkan untuk isi nama anak!

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Teringat saya pada cerita sahabat ni.. katanya ada orang berkata padanya "Babi akan halal dimakan andai disembelih mengikut cara Islam"... tak masuk akal langsung!

piewahid berkata...

"bukan ke menda tu halal dimakan"
kalau halal dimakan, betul la tak halal tapi sape kata mende tu xleh makan?

buleh punya, kalau tak, cmne dia nak idup.. hihihi..
(sori, tetiba kluar lawak bodo...) slmt balik!

terokai seni berkata...

nida: ada sesentengah orang indon kata, quran bagitau daging tak ble makan yang lain cam lemak ke sup tulang ke bule sebab quran tak sebut... aaa macam-macam orang ni kalu nak buat 'alasan'.

piewahid: soalan tu ramai ulama tak bule jawab ter, ate betui jugak kalu babi tak bule makan camana dia nak idop.

nida n pie wahid, bos pencen koi crita, member dia masuk kedai cina n order "oiii apek, bagi gua mee goreng, babi tanakkkk"

HBM Consultant berkata...

Salam...

Jauh perjalanan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan... :)

Tanpa Nama berkata...

salam..

biar pun jauh..
dekat di hati sipalah yang tahu..
remang bulan di manila
tak sama meremang bulu roma.. (nak makan ke tak makan..)
huhu

-abu

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak